Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 Oktober 2011

Pernah tengok orang beratur untuk beli kuih buat juadah minum petang?...

Sesekali letak tajuk panjang, apa salahnya kan?  Bukan menyakitkan hati orang pun.  Lagi pula ini blog sendiri, suka hatilah.  Jagan jadi macam sesetengah orang, asal masuk ke blog orang, fikir nak taip apa untuk menyakitkan hati... kan... kan...kan???

Beli kuih untuk juadah minum petang???  Eh! kuih tu untuk dimakan ke diminum?  Hentam sajalah Labu... janji faham! Kalau tak faham, buat-buatlah muka tembok terhegeh-hegeh menyalak kat ruang komen blog orang... kan... kan... kan...???

Seorang lelaki berkata kepadaku 'tak pernah pula tengok orang beratur beli kuih macam ni'.

Kebanyakan kuih (kecuali kuih bakar tu) berharga RM0.40 sebiji.

Lelaki yang sedang beraksi itu adalah adik iparku - Mejar Kamarul.

Bersepahnya dapur rumahku - beginilah bila hujung minggu...

...meriah, kan?  Aku kan seorang Queen Control - jadi semua orang kena ikut cakap aku!

Sebarang komen yang 'mengada-ngada' tidak akan dilayan sama-sekali. Harap maklum.


45 ulasan:

  1. Kakcik ada terima eh komen yg mengada2? Org yg komen tu nak manja2 gamaknya kakcik??? Hihihi. BTW, baju tu kalo ada, ella nak jugak. hihi.

    BalasPadam
  2. ingatkan kuih yg pelik2...rupanya kuih biasa2 je..sedap ke kakcik smpai bratur begitu sekali.

    BalasPadam
  3. penah tgk, especially kat area ofis saya pun ada mcm ni, beratur nak beli kuih, tp berbaloi beratur sbb kuih2 dia mmg sedap especially cucur kodok :-)

    BalasPadam
  4. mesti sedap kuih muihnya tu sbb sanggup beratur panjang tu kan....
    meriahnya di hujung minggu, seronok tgk kak..

    BalasPadam
  5. yang komen mengada2 tu agak2nya tak dek kerja lain kuttt...
    aduhaii...sabar jeklah kakcikS ekk..;)

    BalasPadam
  6. syoknya berniaga kalau orang sampai beratur macam tu...!

    BalasPadam
  7. memang seronok makan reramai ni kakcik. meriah...

    BalasPadam
  8. wani teruja nk beli kalau tengok gerai tu kemain ramai yg q!

    BalasPadam
  9. tumpang jual kuih kat kedai tu bleh tak ...

    BalasPadam
  10. bujal...

    kalau mak jumpa lagi, nanti mak belikan. :)

    BalasPadam
  11. Ella...

    t-shirt tu kakcik beli di ka4 Jalan Peel. :)

    Nak manja2 dengan kakcik? Geli ah! ;-)

    BalasPadam
  12. RK...

    sudah semestinya megi - nak simpan buat apa! (~__~)

    BalasPadam
  13. Zue...

    anak2 kakcik kata karipapnya sedap, tapi kuih lain pun habis licin juga kena makan. :)

    BalasPadam
  14. WBH...

    kuih2 yang dijual di sini, kiranya berbaloilah dengan harga yang kita bayar. :)

    BalasPadam
  15. ~yus~...

    Kakcik ni anak sulung. Mak ayah pun dah tiada, jadi hujung minggu selalunya kalau masing2 tiada rancangan tersendiri, adik2 kakcik dan keluarga mereka akan berkumpul di rumah kakcik. :)

    BalasPadam
  16. Tinie adikku sayang...

    sabar kakcik ni masih ada lagi...hehehe... :)

    BalasPadam
  17. gedek...

    rasa macam nak berniaga sama pulak, ya? :)

    BalasPadam
  18. Kakpah...

    ajenye yang ye (kata orang Perak)... makanan pun tak terbuang. :)

    BalasPadam
  19. Wani...

    mesti jadi tarikan bila tengok orang lain berebut2 beratur, ya tak? :)

    BalasPadam
  20. Chik Att...

    cuba telefon ke nombor yang tertera tu... hehehe.. :)

    BalasPadam
  21. pernah gak tengok, tapi dah lupa lokasi kat mana. lepas tu baru terfikir ruginya tidak di ambil gambar buat kenangan

    BalasPadam
  22. kuih bako ler paling sedap....aiyy kalau beli tamak2 nak makan 1 biji sorang2..ahahahah...

    BalasPadam
  23. mesti kueh mueh yang dijual lazat bangat :-)

    BalasPadam
  24. kuih tu sedap kot .. tu yg org sggup beratur ..

    Best la baju tu .. sempoi jer...

    BalasPadam
  25. bile sedap..org mmg sanggup beratur membelinye...


    seronokkan kakcik bile berkumpul ramai2 mcm tu..mmg meriah...

    BalasPadam
  26. sedap lah agak nya kueh yang di jual tu...
    kakcik..in our kitchen..kita yang kontrol..dont play play ok!..hehehe

    BalasPadam
  27. salam buat kakakku kakcik..
    hihihi.. lain mcm sikit n3 kakak aku kali ni..hihihi.. sabo !

    BalasPadam
  28. kalau kita suka mengajak orang bertandang ke rumah Allah akan murahkan rezeki kita kakcik.

    BalasPadam
  29. eelobor...

    gambar itu kakcik rakam di gerai kuih Makcik Ina (tak tahulah nama makcik tu Ina atau anak sedara dia nama Ina...hehehe), Kg. Pandan - berhadapan dengan Masjid Nurul Hidayah. :)

    BalasPadam
  30. Yan...

    memang pun, tak terasa masa berlalu. :)

    BalasPadam
  31. Diana...

    yak rugi belajar, setidak2nya untuk makan sendiri dan keluarga. :)

    BalasPadam
  32. Eri...

    kakcik pun boleh habiskan sebiji kuih tu, tapi bukan sekali makan la... :)

    BalasPadam
  33. Chik Na...

    mungkin juga. Satu lagi, tiada orang lain berniaga kuih muih dekat2 situ. :)

    BalasPadam
  34. Fazz...

    kuih-muihnya dijual panas2, itu pun salah satu tarikan juga. :)

    BalasPadam
  35. Ain...

    dua2 kenyataaan Ain itu adalah betul. :)

    BalasPadam
  36. Ezza...

    ada orang komen dalam kotak komen kakcik sebelum ini, kononnya kakcik ni Queen Control dan suami kakcik bodoh sebab hanya ada satu isteri sahaja. Entah anak tong sampah manalah yang tak tahu malu mengecahkan ruang rumah orang tu.

    BalasPadam
  37. AM...

    InsyaAllah, mudah2an begitulah hendaknya. :)

    BalasPadam
  38. Assalamualaikom kakcik.. :)

    sabor ye kakcik.. kalo takleh nk sabor kite bakor aje!

    hmmm dapor bersepah cenggitu? alamatnye dapor teman ni cam kne ribut topan! heheheheheh ;)

    BalasPadam
  39. sedap banar kaa kekuihnyer tuh, kakcik? kalo yer, berbaloilah. kalo tak, tebaloi...ahahhaha.. t-shirt tuh mmg sesuai utk tukang komen tong sampah tuh...hampehhzzzz!!

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    sisa2 sabo tu masih ada, kalo dah xde, lain pulak gaye catatannya. :)

    BalasPadam
  41. akuzle...

    sedap ni ikut tekak memasing, sedap bagi kita belum tentu sedap di tekak orang lain. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com