Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 22 Oktober 2011

Gambar saja-saja...




Lebih baik menjadi batu yang boleh dimanfaatkan menjadi bangunan - bukan setakat tempat berlindung dari panas dan hujan, daripada menjadi manusia berhati batu yang tiada sifat belas dan ehsan.



Biarpun berlindung di balik awan, cahaya sang mentari tetap memberi sinar yang mengasyikkan.  Tapi sebagai manusia, adakah 'sedikit cahaya' kita percikkan kepada mereka yang memerlukan sinar harapan?


12 ulasan:

  1. Tapi atas kepala saya kadang-kadang ada batu besar jugak ada duduk!

    Wahhhh follower sudah 500!

    BalasPadam
  2. hehehe.....kekadang saya pun terpaksa menggunapakai konsep sama. tengok situasi semasa

    BalasPadam
  3. walaupun gambar2 sahaja..tapi penuh makna!

    BalasPadam
  4. Macam kata AA tu kakak pun sama ada masa kena ada batu di hati kalau tak mahu kena injak mereka yg punya batu lebih besar dlm hatinya...

    BalasPadam
  5. nasihat buat anak anak...
    jgn menjadi seperti tanggang, nanti di sumpah menjadi batu

    suka tengok gambar mentari di balik awan...

    BalasPadam
  6. tahu tak pe, teringat kata -kata arwah P.ramlee dalam cite ibu mertuaku. "kenapalah ko dijadikn manusia, kan baik jadi haiwan" katanya kepada mak dara.

    BalasPadam
  7. Dalam maksud N3 kakcik ni. Terima kasih kakcik. Cantik2 gambarnya.

    BalasPadam
  8. gambar pon sudah mampu menggambarkan maksud tersirat tu kan kak cik..

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Kalau kita dok perati alam keliling kita, banyak 'drama' yg menarik boleh kita lihat. Thanx for the pix!

    BalasPadam
  10. salam ceria di hari minggu untuk kakcik.. ;)

    manusia dan kemanusiaan..mm..satu renungan petang ni..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com