Pagi : bersama suami ke Pasar Keramat (seperti biasa aku tunggu dalam kereta). Kemudian suami menjamu selera sementara menunggu roti boom yang ditempah untuk dibawa balik siap.
Nasi lemak sotong yang berharga RM4.30 |
Lelaki bertopi itu adalah Sani Kopratasa |
Menjelang tengahari, adik-adikku serta adik angkatku datang ke rumah. Adik angkatku membawa sebiji kek dan sehelai jubah sebagai hadiah hari lahir buatku...
Alhamdulillah. Kasih kami masih seperti 25 tahun lalu, malah rasanya makin akrab. Semoga Allah sentiasa merahmati kami dan keluarga kami. |
Cantik jubah ini. Terimakasih Ummie dan Alin. |
Kemeriahan yang tidak datang selalu. |
Menjelang Maghrib, suami membawa kami 'melihat suasana Kuala Lumpur'...
Selepas Maghrib, saudara-mara sebelah suamiku datang berkunjung.
Sementara itu di luar rumah, anak-anak dengan ditemani oleh adik dan adik-adik iparku riang bermain bunga api...
Menjelang tengahmalam hingga awal dinihari, ini pula aktiviti kami (atas ehsan Along lagi)...
Mujur cicak ini tidak terjun ke dalam makanan kami! |
selamat hari raya kakcik. Muga hidup bahagia kekal hingga ke akhir hayat.
BalasPadamKak Pah...
BalasPadamselamat hari raya. Terima kasih untuk doa. Semoga Kak Pah dan keluarga juga bahagia sentiasa.
Assalamualaikum Kakcik,
BalasPadamSeronoknya beraya ramai2 dengan adik beradik kan.
Selamat Hari Lahir Kakcik. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki untuk kakcik sekeluarga.
uiksss...xajk pun..huhuhu uwaaaaaa
BalasPadamWa'alaikummussalam Kak Ani...
BalasPadamTerima kasih untuk doa. Semoga Kak Ani juga sihat dan bahagia sentiasa. :)
Ummie...
BalasPadamalamak! kesiannya... hehehe.. ;-)
selamat hari lahir kakcik.. moga sihat sentiasa..
BalasPadamroti boom.. eemm.. sedap tu..
tetamu ramai datang buat kita seronok tapi tunggu time nak mengemasnya.. fuh...
Selamat hari ulangtahun kelahiran..semoga allah merahmati..meriah hari2 kakcik beraya
BalasPadamMacam IM juga. Semakin tua rasanya semakin akrab dengan ibu_suri.
BalasPadamaizamia...
BalasPadamwaktu tetamu datang, mujur ada ada adik2 kakcik membantu, kalau kakcik seorang, memang agak penat. :)
IS...
BalasPadamterima kasih untuk doa. Sebenarnya ulangtahun kelahiran kakcik pada 24/8, tetapi adik angkat kakcik sengaja lambat meraikannya. :)
IM...
BalasPadameloklah begitu, bukannya semakin lama semakin hambar, kan? :)
selamat hari raya kakcik..
BalasPadambila ramai tetamu camtu, penat tapi meriah & seronok kan.. bestnyaaa
memang penuh.. hehee..yg paling best, sy plg suke part main bunga api tuh..heheee..selamat ari raye!!
BalasPadam;}
mama..
BalasPadambeshnya..
cheqna jugak dilanda demam...huhuhu
Selamat Ulangtahun Perkahwinan KAKCIK dan Abg MUS. Moga sejahtera bahagia dan ceria selamanya.
BalasPadamSuka tengok gaya selamba cool Abg MUS yang ceria selalu.
pasar keramat adalah tempat wajib kami untok beli mercon....
BalasPadam(kenapa kat jubah tu ada puteh?)
banyak xtvt kakcik
BalasPadamyelah kan .. minggu nie minggu bercerita pasal raya .. seronok lihat kemeriahan .. :)
Dr Hanie...
BalasPadamterlupa penat bila rasa seronok mengatasinya. :)
Fatin...
BalasPadamSalam Syawal ke 7 buat Fatin. :)
Cheqna...
BalasPadamalaaaa.. kesiannya anak mama. Semoga cepat sembuh sepenuhnya.
Azie...
BalasPadamulangtahun perkahwinan kami bulan 12 nanti, InsyaAllah. :)
Abg Mus tu dah semulajadi macam tu...hehehe...
gedek!
BalasPadamwah... memang banyak betul mercun/bunga api yang dijual berhampiran pasar tu - tapi kakcik takut nak ambil gambar! ;-)
(warna putih itu adalah kertas yang mengandungi kata2 ucapan dari orang yang menghadiahkan jubah itu)
ieda...
BalasPadamkemeriahan itu mengurangkan rasa sedih kakcik yang tidak ada lagi kampung untuk dijejaki...