Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 September 2011

Bapa saudaraku...

Satu-satunya bapa saudara (abang kepada Allahyarham bapaku) yang aku masih ada.  Aku dan suami menziarahi beliau dalam perjalanan kami ke Seberang Jaya tempohari.  Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik buatnya.

Sangat mirip dengan wajah Allahyarham adiknya.

Tergambar kegembiraan di wajah tuanya bila mengetahui dirinya tidak dilupa.



11 ulasan:

  1. memang betul tuh akak, kekadang jelas terpancar di wajah mereka apabila di kunjungi sanak saudara. terasa begitu diri di hargai dan masih di ingati.

    *pesanan untuk diri saya sendiri juga

    BalasPadam
  2. Kunjungan tanda ingatan itu lebih menggembirakan warga seperti ini kakcik. Memang mirip dgn arwah ayah kakcik ye...

    BalasPadam
  3. Assalmaualaikum Kakcik..,

    itu lah yg sebaiknya dilakukan menziarahi org yg akrab dan karib dgn arwahnya...allahualam

    BalasPadam
  4. apa lagi yg mengembira kan meraka?,bila anak2 saudara dtg melawat...
    keceriaan terpancar diwajah beliau..!

    BalasPadam
  5. yup betul sgt, terpancar rasa happy kat wajah dia, esok kalo kita seusia itu, kita pun akan punyai perasaan yg sama, bila yg lebih muda still ingatkan kita

    BalasPadam
  6. betul tu kakcik...

    org2 tua ni bukan hard-up sgt ringgit kita, kalau sempat jengah mereka bertanya khabar pun dah heaven sgt bg mereka..

    bila berkesempatan, saya mmg akan ziarah semua mak2/pak2 sedara belah mak ayah termasuk jiran2 lama dan kawan karib mereka esp yg duk jauh2 tu...depa lg best kalau kita duduk masak kat rumah mereka dan makan sama2...boleh nampak ada air bergenang kat hujung mata...

    hidup ni bukannya lama mana sgt kan kakcik? saya sll berharap agar diberi keberkatan RM dan masa serta kesihatan agar dpt terus mengekalkan nikmat berziarah ni, dlm masa yg sama boleh beri didikan indirectly kat anak2...

    BalasPadam
  7. Alhamdullillah didoakan moga bapa sedara KakCik dipanjangkan umur.. Nampak sihat..walafiat lagik..:)

    BalasPadam
  8. insyaallah kan kak selagi ada usia kita x akan lupa pada org2 tua yg dekat dgn kita ..
    sama2 kita doakan mereka2 sihat sejahtera dan boleh ketemu di syawal yg akan dtg .. aminnn

    BalasPadam
  9. kak chik nampak segak lagi ye. suka sangatlah hati dia tu kak chik datang jengah.

    BalasPadam
  10. Pak sedara kakcik, nampak ceria & nampak muda..

    BalasPadam
  11. kegembiraan terpancar diwajahnya

    mmg nmpk sebiji aruah ayah kakcik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com