Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Ogos 2011

Tukang sapu...

Waktu aku sedang berehat-rehat di dalam bilik, BS tiba-tiba memanggilku, 'mak tengok tu.  Orang tu ambil buah mangga.  Kalau tak minta izin, haram dia makan, kan mak?'  Mulanya aku buat tak peduli.  Tapi bila dia dah bising dua tiga kali, aku bangun menjenguk ikut tingkap.

Wah! beriya-iya 'makcik' tu mengait buah mangga di hadapan kawasan rumahku.  Kalau setakat nak makan, tak apalah.  Ambillah secukupnya sahaja.  Tapi dari cara dia mengait, macam semua nak diambilnya.  Sampaikan buah yang belum cukup matang pun 'dipunggah'.  Sambil mengait, sesekali dia menoleh ke sini sana.  Tiba-tiba dia terpandang kepadaku yang sedang memerhatikannya.  Dia hanya tersengih-sengih sebelum terus mengait sekali lagi dan kemudian berhenti.

Waduh buk! hak orang tetap hak orang.  Kalau nanti pun kita
punya 'kertepe' yang sama warna, kelayakan kita tetap punya beza!

Ini baju bola Adik, mak tak boleh pakai!












50 ulasan:

  1. amboi bukan men die kait erk,dah tu xmintak izin pun nak ambik haihhh

    BalasPadam
  2. apalah salahnya minta izin.. kan lebih berkat..

    BalasPadam
  3. indon ke yg sapu buah mangga tu?

    BalasPadam
  4. x menahan bila org tengok masih mengait tu...sabo jela

    BalasPadam
  5. Afikah...

    kalau minta bukan kita nak kata tak boleh pun!

    BalasPadam
  6. aizamia...

    dia dah minta kat 'orang lain' kot!

    BalasPadam
  7. kot2 esok lusa pun dia mengait lagi buah mangga tu...

    BalasPadam
  8. Dr DZ...

    yup.. yang kerjanya menyapu sampah kat kawasan perumahan kakcik. Sekali - lain yang dia sapu da! (gaya Ajis Satar bercakap) :)

    BalasPadam
  9. eik..

    kebetulan hari nie ada kerabu mangga..hehehe

    BalasPadam
  10. cheqna...

    bulan pose ni kena banyak sabo :)

    BalasPadam
  11. Zaidah...

    harus juga dia datang lagi nanti. :)

    BalasPadam
  12. Ayu...

    kakcik pun ingat nak buat kerabu mangga. Tapiiii... macam tak jadi je! :)

    BalasPadam
  13. lebih elok mintak dulu kan???
    nak plak dah nampak kan... kakcik dok tengok dari tingkap!

    apa lah cik kak ni!

    BalasPadam
  14. hehe milo.. cik kak ke kak cik? heheheh
    ni sorang lg nk kene azankan telinge!
    terawikh ke tawarikh kakcik?
    ;D

    BalasPadam
  15. miloais...

    dia ingat kakcik takde kena mengena dengan itu pokok agaknya. :)

    BalasPadam
  16. AzeedA...

    mike ni memacam le... Masak apa petang ni? Meh anto sikit ke sini. :)

    BalasPadam
  17. Wani...

    kertepe tu maknanya kartu tanda pengenalan atau kad pengenalan. :)

    BalasPadam
  18. lo mcm tu pun boleh ka?adusss.....ada juga ini olang...sekali yg lain pun dia sapu daaa.....

    BalasPadam
  19. keh keh~wakaf wakaf jugak~~tapi ingatla kat orang lain~~ye tak mak?

    BalasPadam
  20. kalau saya, saya pergi tegur dia dengan senyuman.. geram jek nengoknya.

    BalasPadam
  21. Tah nape baca N3 ni, Ate tak pasal2 pulak geram kat org yg bertudung biru tu...Tak tahu malu lak tu, boleh sengih2 sambil terus mengait...Ishh..

    BalasPadam
  22. orang kalau dah tak memikir halal haramnya memang cam gitu kak cik...nak pahala kena niat sedekah tapi dalam hati mau nak medidih jugak, nampak tuan pun boleh buat dekkk...:)

    BalasPadam
  23. menu ghomah teman ptg ni spaghetti bolognaise... insya Allah! jemput le teghojah.. :)

    BalasPadam
  24. Jiran saya pun mcm tu Kakcik. Dtg ambil mase orang takde di rumah. Apalah salah kalau minta dgn kami. Bukan kami mkn byk sgt pun..

    BalasPadam
  25. Makcik cleaner...kat situ pun dia nak sapu???

    BalasPadam
  26. kalau den....dah kena sound dah...pernah ada wanita cina tua petik cili den...den sound jerk...biar le dia tahap warga emas pun.....

    BalasPadam
  27. alahai...tuan rumah dah tengok pun masih tak nak dtg minta izin..hmm..

    BalasPadam
  28. LadyZul...

    mungkin dia dah biasa buat kerja macam tu.

    BalasPadam
  29. haram tetap haram...
    jgn lupa kisah ibrahim adham.

    BalasPadam
  30. Ate...

    dunia punya dalam, macam2 cerita juga ada!

    BalasPadam
  31. JunAina...

    agaknya mungkin sebelum ni dia pernah minta izin dengan suami kakcik, jadi sepanjang hayatlah dia guna 'lesen' tu!

    BalasPadam
  32. AzeedA...

    teman memang gemo beno spegeti - tapi kat ghomah teman ni, umatnye jenih makan nasik!

    BalasPadam
  33. ~izan~...

    tidak2 pun angkatla tangan, kan?

    BalasPadam
  34. Tak rasa bersalah ke dia amek hak orang...kalau minta izin x kan la orang x kasi kan..untuk uat makan apa salahnya...

    BalasPadam
  35. heh heh heh...

    sorry la kalau ada org indon terbaca ni...

    depa ni mmg kuang ajaq dan jenis sembrono..kat tempat saya ni selamba jer pi kebas buah nangka org kita (sampai 4 biji tau)..buat masak lauk kenduri pulak tuh! boleh ker kenduri masak benda2 curi?

    kalau takat mangga depan rumah ni? halal kan jer la...saya siap ada simpan gambar depa mengait dan melontar dgn kayu dan batu pda buah yg tinggi2 tu...tak sempat masak kakcik...dari yg dah besar sampai ke putik? har3..kebulur ler tuh..

    kawan saya tanam buah nenas kat luar pagar, punyalah menaun tungu berbuah, hari2 dok belai, aleh2 bila dah cukup masa, elok jer dia dtg memontes..

    alasannya? - benda2 kat luar pagar rumah tuan yg tanam tu dah kira harta wakaf.......??
    syiapa2 2 pun bisa ngambilin...

    BalasPadam
  36. banyak nak tergelak daripada nak tumpang tegur....

    BalasPadam
  37. Amy...

    ityulah kakcik kata, kalau swetakat nak makan, ambillah seadanya.

    BalasPadam
  38. Q...

    bukan tak ada yang baik di kalangan mereka, tetapi bak kata pepatah ' seekor kebau membawa lumpur, habis yang lain terpalit sama'. Malang juga bagi kita sebab yang kita jumpa banyak yang jenis membawa lumpur!

    BalasPadam
  39. eelobor...

    pasai apa nak gelak pulak tu?

    BalasPadam
  40. rata2 yg saya jumpa cuma baik di depan jer...

    BalasPadam
  41. Q...

    kakcik pernah jumpa yang mengaku kononnya sudah tinggal di Malaysia selama 30 tahun - tahu pasal IPK/IPD, tapi bila bercakap macam baru tiba semalam bahasanya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com