Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Ogos 2011

Klinik oh klinik...

 Bab 1 :

Petang semalam suami membawaku ke klinik.  Ini adalah pertama kali kami ke klinik tersebut kerana kami baru sahaja mengetahui ia adalah panel kepada Syarikat tempat suami bekerja.  Seperti biasa, kerana pertama kali datang, perlulah mendaftar dengan memberi kad pengenalan.  Kebetulan aku datang bersama suami, jadi tiada masalah memberi segala maklumat/dokumen yang dipinta.

Bertemu dengan pegawai perubatan (doktor) yang bertugas, aku dinasihatkan agar mengambil sedutan nebulizer.  Aku akur akan saranan doktor tersebut.  Tekanan darahku juga didapati agak tinggi (169/97).  Aku diberi ubat dan cuti sakit untuk dua hari.

Bab 2 :

Selepas berbuka dan hampir masuk waktu Isyak, suami menerima panggilan dari kawan sekerjanya di Kedah.  Dia (kawan tersebut) meminta tolong dari suamiku untuk membawa anaknya yang tinggal dan belajar di kawasan yang tak jauh dari rumah kami ke klinik.  Anak lelakinya tidak ke kolej kerana demam.  Setelah mengambil pemuda tersebut, kami membawanya ke klinik yang aku pergi petang tadi.

Sewaktu kami tiba tiada pesakit lain berada di situ.  Tapi selepas ketibaan kami, seorang demi seorang masuk ke klinik.  Kami membiarkan anak muda itu menguruskan pendaftarannya.  Sebaik selesai mendaftar, dia memandang kepadaku dan berkata 'kena bayar'.  Aku agak tersentak sambil berkata 'ha?'.  Kemudian suamiku datang ke kaunter lalu bertanya kepada pembantu klinik berpakaian jururawat (PKBJ) akan apa yang terjadi.  PKBJ tersebut berkata bayaran perlu dibuat kerana kad/pas pekerja tidak dibawa bersama.

Terjadilah 'ketegangan' seperti berikut :

Suamiku : macamana nak bawa pas pekerja, bapa budak ni di Kedah sana, anaknya ini belajar di sini.

PKBJ (dengan tegas tanpa memandang)    :  oh... kena ada pas, kalau tidak kena bayar.  Ini prosedur yang Syarikat tetapkan!

Suamiku (mula naik angin) :  Prosedur apa?  Siapa yang tetapkan?  Awak ingat prosedur tu turun dari langit ke?

PKBJ (pura-pura melihat data di komputer) :  Bapa dia pun tak pernah datang ke sini.

Suamiku (bersuara tegas walaupun tidak begitu kuat) :  Awak faham tak?  Bapa budak ni di Kedah.  Anak dia belajar di sini.  Siapa yang cakap kena ada pas semua tu?

PKBJ (melihat lagi ke komputer) :  Ini ada nama contact person di HR - Zainab.

Jangankan aku dan suami, BS pun terpinga-pinga sebab setahu kami tiada sesiapa bernama Zainab di Bahagian Sumber Manusia (HR) itu.

Suamiku :  Zainab?  J*****h J****t adalah.

PKBJ  :  ya...ya.... Dia boleh menerima rawatan tapi kena bayar!

Suamiku yang makin naik angin, kemudiannya menelefon kawannya yang di Kedah itu supaya dapat bercakap sendiri dengan PKBJ.  Kawan tersebut menerangkan siapa suamiku yang sudah tentu bekerja di Unit Hubungan Kakitangan, Bahagian Modal Insan Syarikat.

Akhirnya dapatlah anak muda itu menerima rawatan tanpa mengeluarkan bayaran.

Aduhai...  tak panjanglah agaknya jodoh kami dengan klinik itu.  Baiklah kami ke klinik yang biasa kami pergi.  Mungkin juga PKBJ itu tidak perasan bahawa yang datang pada sebelah petang dan malam itu adalah orang yang sama.  Di waktu petang, suamiku datang dengan pakaian pejabat kerana baru balik kerja.  Sebelah malam, walaupun memakai kemeja T Syarikat, tetapi dengan 'seluar tidur' dan berketayap!


Mak pun tak jadi nak periksa balik tekanan darahnya!












58 ulasan:

  1. Selalu kes begini terjadi kakcik. Kalau Abang dtg pakai bush-jecket mesti tak kecoh....

    Senario dunia hari ini di negara kita...:(

    BalasPadam
  2. Kakzakie...

    mereka tidak pandai menggunakan 'budi bicara'...

    BalasPadam
  3. saya pun tak suker ada satu klinik panel saya ni. doktor tu dah la belagak, kalu kita cakap ape yg sakit, dia plak nak menafikan. mcm dia plak yang rasa. pastu bila cakap nak mc, bleh plak tya naper tak dtg mlm, kenape perlu hari bekerja. makin sakit otak layan doktor tu.

    BalasPadam
  4. lebih malang bila sipelaku ni rata2nya melayu...seolah2 ada satu sikap hapa2 ntah dalam otak org2 yg macam tu...kat mana2 pun org2 camni mmg ada...

    takder kerja cari kerja..depa taktau ker beza kerja ngan akal dan kerja ngan dangkal?

    tengok jer kat jakim sekarang..
    kejap tak halal kejap halal pastu tak halal balik...tu org2 ugama tu...

    letihlah kan kacik kan? sib bek darah kakcik tak mendadak naik...

    BalasPadam
  5. kerenah org ni mcm2..saya pom naik heran la kak..

    dorang ni xde ilmu tafsir diri..pe kata kalu hal tu terjadi kat dorang..baru tau langit tu tinggi rendah..

    BalasPadam
  6. Orang kita kurang rasa empati.. Mesti keadaan pemuda tu agak teruk. Kalau tidak, masakan ayahnya meminta tolong, kan Kakcik?

    BalasPadam
  7. macam macam cerita kalau bercerita tentang klinik swasta nie

    BalasPadam
  8. macam2 karenah manusia ni kan kak cik?sabor je la..

    BalasPadam
  9. sabar je la mak~~pasni gi klinik lain~

    BalasPadam
  10. manusia camtu pun ada, kalo en. abah tak tahulah cam mana, silap2 mmg tak tunggu lama, terus blah dari klinik tu

    BalasPadam
  11. pernah berlaku pada en. suami, pergi klinik panel tempat kerja saya, mula-mula dia taknak terima bila hanya tunjukkn pas pekerja, dia tetap nakkan kad klinik dia.. aduh.. pening2..

    perkara yang mudah dan remeh tu nak dijadikan kenapa..? mana budi bicara.. dalam sistem dah ada, check jelah.. maklumat yang disalurkan ke klinik dah tentu lengkap, jadi apa tujuan dia..

    layanan di kaunter pun problem, doc pulak dah tua sangat.. aduh.. pening2..

    BalasPadam
  12. Ngapela cengeng sgt, org duk kt kaunter ni patut muka manis, disebabkan dia hilang bisnes klinik tu

    BalasPadam
  13. kes imej la ni... kak cik... kalau pakai tali leher dengan kain sarong lagi elok bila ke klinik sebegitu

    BalasPadam
  14. lecehlah klinik macam ni... macam2 karenah padahal panel tu.

    BalasPadam
  15. acu yg baca nie pun jadi geram..iskh..

    BalasPadam
  16. Niez...

    cer cek balik... Doktor tu betul2 doktor atau hanya pembantu perubatan hospital kerajaan yang menyamar jadi doktor di klinik swasta? (perkara ini pernah berlaku beberapa tahun dulu di klinik yang biasa kakcik kunjungi!)

    BalasPadam
  17. Q...

    memang sedih kan? Tengok anak2 Melayu yang perasan cerdik tapi sebenarnya lebih tergedik2!

    BalasPadam
  18. Mama SN...

    kadang2 pakaian seragam membuatkan manusia lupa had kuasa mereka!

    BalasPadam
  19. Sufian...

    teruk sangat tu tidaklah, tapi dia baru di Kl ni dan tak tahu nak tuju ke klinik panel mana. Mujur juga ayahnya ada kawan di sini.

    BalasPadam
  20. pB...

    kalau ke hospital kerajaan pun lain juga ceritanya. Pendeknya, kalau nafsu mengatasi akal, yang mudah jadi susah...

    BalasPadam
  21. Teacher Basariah...

    kalau melampau sangat, susah juga nak sabo!

    BalasPadam
  22. bujal...

    suami mak tu ingat nak tolong bangsa (eleh... macamlah orang hairan, banyak lagi syarikat lain yang ambil klinik tu jadi panel). Memang lepas ni, besar kemungkinan mak tak ke situ lagi. :(

    BalasPadam
  23. Su...

    kalau ikut kakcik, memang dah nak angkat kaki. Tapi, suami kakcik tu akan tunggu sampai dia 'menang' (sebab dia tahu dia betul).

    BalasPadam
  24. aizamia...

    semalam pun ada sepasang ibubapa yang sabar berulangalikk berkali2 kerana tertinggal kad rawatan. Kakcik pun hairan, tiadakah rekod dalam sistem atau setidak2nya rekod secara manual di klinik itu?

    BalasPadam
  25. Ajumohit...

    kalau dah jenis hati batu, dihantar kursus berkali2 pun tetap keras begitu. Mudah2an mereka lebih bijak menggunakan budi bicara sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini nanti.

    BalasPadam
  26. AM...

    elok agaknya sesekali pakai singlet dengan seluar senteng je!

    BalasPadam
  27. AzMask...

    itulah suami kakcik kata, masa nak jadi panel - bukan main lembut gigi dari lidah.

    BalasPadam
  28. kakcik masih mc ye???
    banyak rehat ye kakcik...

    apa lah klinik tu...
    kalo iols - memang dah tak akan pegi klinik tu!

    BalasPadam
  29. dah la cakap pun xnak pandang muka orang,begini ke layan orang,xsuke nya..harap2 die berubah sempena bulan baik ni Ameen

    BalasPadam
  30. milo...

    kakcik masih mc - leher kakcik rasa agak tegang.

    Memang pasni tak nak pergi lagi. Ingat nak senang sebab dekat dengan rumah. :(

    BalasPadam
  31. Afikah...

    itulah yang sebaiknya. Semoga mereka sedar dan ada keinginan untuk berubah.

    BalasPadam
  32. Ini komen ikhlas saya, sebagai seorang doktor yang ada klinik.

    1- Memang tak wajar andai staf klinik/doktor bersikap tak mesra dalam melayan pelanggan/pesakit.

    2- Polisi setiap syarikat/panel adalah berbeza beza. Namun kebanyakkan (bukan semua) panel memang memerlukan kad rawatan/pas pekerja utk diberikan semasa pendaftaran. Ini memang termaktub dalam kontrak "Appointment As Panel Clinic". Yang saya faham, memang perlu dibayar (andai tak bawa pas pekerja/kad pesakit, eg ING/PMCare), dan kemudian di beri resit, dan claim sendiri. Andai phak klinik tidak mematuhi peraturan ini (yg jelas ada dalam kontrak), maka cukup bulan, claim klinik kepada pihak insuran/syarikat tidak akan dilayan.

    3- Benar, perlu ada budi bicara. Namun saya juga berharap pihak awam pun faham dan perlu ber budi bicara dgn pihak klinik/staf yang serba salah, samada nak mudahkan urusan pesakit, atau tetap ikut peraturan.

    4- Saya(dan lain lain doktor) acapkali hadapi situasi begini. Mereka kerap datang tanpa kad/pas pekerja, walhal telah dijelaskan dgn nyata, perlu bawa semua itu utk rawatan. Andai tak bawa, kena bayar. Yang sedihnya, atas kesilapan mereka tertinggal/atau sengaja tak bawak pas, pihak klinik yang dipersalahkan/dimaki. Ini semua melibatkan claim klinik kepada syarikat/panel. Dan silap haribulan, andai melanggat kontrak, panel boleh ditarik balik!

    Maaf andai komen panjang lebar kakcik. Saya tak salahkan sesiapa dlm isu yg kakcik dan suami hadapi semalam. Cuma saya beri pandangan dari sudut/pihak saya sebagai doktor/klinik.

    BalasPadam
  33. Dr DZ...

    terima kasih atas penjelasan panjang lebar. Memang kakcik nanti dan alu2kan kerana ada juga catatan sbelum ini yang kakcik harap ada respon dari pihak yang lebih mengetahui, sepi dan berlalu begitu sahaja.

    Masalahnya (bukan nak menegakkan benang basah), petugas kaunter bagaikan tidak tahu hendak memberi penjelasan. Balik-balik dia cakap 'kena bayar'. Tidak pun dikata, 'encik bayar dulu, nanti boleh claim dari company' (walaupun hakikatnya kami tahu tentang itu).

    Lagipun, bagaimana nak bawa pas pekerja kalau pekerjanya nun jauh di Utara sana?

    Entah Dr. Masing2 ada pendapat dan pandangan sendiri dalam menghadapi dan menangani hal2 sebegini...

    BalasPadam
  34. Kakcik, saya rasa, kalau staf klinik tu menerangkan dengan jelas dan sopan santun, Insya Allah pihak kakcik & suami boleh menerima nya, kan? Takpa lah kakcik, pengalaman dan ujian di bulan Ramadan.. :)

    BalasPadam
  35. selalu terjadi kes seumpama nie, terutama apabila kerani tersebut jahil dan malu untuk bertanya prosedur sebenarnya. ada sesetengah tempat boleh di ikut 100% apa yg di tulis oleh buku garis panduan, ada bab2 perlu ambil kira kemanusian dan juga pertimbangan yang waras

    BalasPadam
  36. Dr DZ...

    iya, kenapa perlu nak menunjuk angkuh dan bercakap tanpa memandang wajah pelanggan?

    Betul agaknya - dugaan di bulan Ramadhan!

    BalasPadam
  37. eelobor...

    masing2 kita dalam situasi 'aku betul'. Kena pulak bila yang menerima 'tidak mesra pelanggan' dan yang datang 'dalam tertekan'...

    BalasPadam
  38. sabor ye kakcik.. lenkali (kalo ade) ce azankan kt telinge dia tu bior sedor skit hehehe ;)

    BalasPadam
  39. KakCik
    Maaflah sebab I tersenyum dengan insiden yang you baru lalui tu. 'Tersenyum' yang bermaksud 'diorang tu sama jer', takde budi bahasa! kan KakCik kan??

    Dah kita luahkan kat blog, rasa lega juga, kan? *kembali senyum*

    BalasPadam
  40. ilmu logik dan atau logik akal perlu ada dalam setiap pekerja...x kira lah
    dalam bdg apa pun...prosedur perlu ikut tp kena la tgk keadaan jgk..

    BalasPadam
  41. klinik pun treat pesakit berdasarkan pangkat n pakaian jugak... alahai..

    BalasPadam
  42. itu PKBJ lebih sudu dari mangkuk.... tak hormat orang punya orang...

    leher kakcik tegang? hmm, gi la check balik bp tu ... rehat banyak2.. dulu masa saya dapat hypertension masa pegnen pun, selalu leher rasa tegang... orang kata tu tanda tekanan darah naik..

    BalasPadam
  43. lepas ni p klinik lain...senang crita..

    BalasPadam
  44. kakakku kakcik..
    alhamdulillah.. saya belum pernah menghadapi masalah ini.. baik klinik swasta maupun kerajaan..malah kadang2 doktor yang datang rumah hantarkan ubat utk saya hihihi.. [ada 6 doktor di kalangan anak saudara saya dan cukup prihatin dgn kesihatan saya]

    BalasPadam
  45. AzeedA...

    eimok! kang oghang ingat teman ngajak berterawikh kat kelenet pulok!

    BalasPadam
  46. CS...

    hehehe... jomle kita buat jejemput!

    BalasPadam
  47. exora...

    berapa banyak hukum Tuhan yang manusia langgar!

    BalasPadam
  48. Chik Na...

    mungkin mereka dah tak sabar nak balik kot!

    BalasPadam
  49. Anaa...

    kakcik kena tarik nafas dalam2 dan tenangkan hati sendiri. :)

    BalasPadam
  50. Halila...

    kena pergi kilinik yang biasa kakcik pergi semula. :)

    BalasPadam
  51. Mimi...

    sebenarnya kes yang hampir sama (berpegang pada prosedur) pernah terjadi pada sebuah hospital swasta di tempat kakcik ni. Takdirnya, pesakit yang datang (mangsa kena tikam) meninggal sebelum menerima rawatan (disebabkan tidak membawa deposit RM3K - ya, ajalnya pun dah tiba). Selepas peristiwa itu, barulah ada perubahan di hospital itu. Kena pula mangsa yang meninggal itu kenalan kepada anak VVIP negara (beritanya masuk akhbar).

    BalasPadam
  52. Adikku Samad...

    untungnya. Kakcik tiada sedara mara dari kalangan pengamal perubatan! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com