Sampai di rumah hampir jam 11.00 malam. Tidur jam 1.00 pagi. Bangun semula jam 5.00 pagi. Ke pejabat dengan semangat yang tiada!
Mari kita tengok antara gambar yang sempat kurakamkan bersama sedikit cerita (oh... aku berbelanja tidak sampai pun RM100 pada perjalanan kali ini kerana peruntukan yang sangat terhad. Alhamdulillah) :
Perjalanan balik yang memakan masa lebih 8 jam (dengan beberapa kali berhenti untuk pelbagai urusan peribadi/solat), memang melesukan. Ada yang berkaraoke untuk menghilangkan kebosanan, tapi aku lebih suka merakam gambar menggunakan kamera kecilku...
Mari kita tengok antara gambar yang sempat kurakamkan bersama sedikit cerita (oh... aku berbelanja tidak sampai pun RM100 pada perjalanan kali ini kerana peruntukan yang sangat terhad. Alhamdulillah) :
Ramai yang membeli batik dengan harga 'yang berpatutan(?)', tapi aku cuma membeli sehelai baju tidur batik yang berharga RM25.00 |
Ada juga yang rambang mata melihat kerongsang. Aku membeli sepasang yang berharga RM10.00 |
Ada yang sanggup membeli durian dan membawa balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sudah rezekiku - bila aku balik ke rumah, durian 'yang segar dari ladang' sedia menanti. |
Tempat membeli keropok dan ikan kering. Di sini aku membeli ikan masin dan sos yang jumlahnya RM19.00 |
Aku terlepas dari memesan keropok lekor yang diuruskan oleh urusetia, jadi aku membeli sahaja di sini dengan harga RM10.00 untuk 17 batang. |
Antara yang dibeli oleh kawan-kawan. Aku hanya memandang sahaja. |
Antara 'hasil kursus' yang memenuhi ruang bas. |
berehatla mama
BalasPadammoga tubuh akan kembali sihat dan segar ..
jauh berjalan yer kak cik..
BalasPadamseronoknya dapat tengok tempat orang. cik ina kalau berjalan pun suka shopping ala kadar.malas nak bawak banyak barang.
BalasPadamWahh kak Cik bjaya menahan nafsu shopping hehe..sy tgk gmbr pon dh rambang mata hehe
BalasPadamowh...lama nya la tak ke Terengganu..
BalasPadamIni pergi kursus ke.. pergi shopping.. hahahaha...
BalasPadamsedangkan naik kapalterbang pun letih, inikan pula naik bas !
BalasPadamorang kata 'biar menyesal terbeli jangan menyesal tak beli'
heheh..g terengganu ye..:-)
BalasPadamkak cik sayang...
BalasPadamseronok dpt jenjalan...wlu penat tp bnyk memungut kenangan kn...:D
Seronoknyaa kakcik berkursus sambil bershopping...:)
BalasPadamkakcik pegi jalan-jalan lagi...wah..seronoknya..terengganu pulak yer...
BalasPadamBanyaknya buah durian. Jenuh makan
BalasPadamkakakku kakcik..
BalasPadamapa kabo kakcik?? perjalanan yg jauh tentu saje memenatkan..isteri saya selalu merendam kakinya dgn air panas(mungkin dicampur garam) selepas berjalan jauh.. saya tak pasti kesannya.. tido jgk sudahnya hihihi..
nampaknya, kursus itu sgt berjaya hahaha..
amboi berjalan sakan akak ye..
BalasPadamp/s: kak cik apa patut amy buat lagi supaya amy dapat kikisan perangai buruk amy yang boros berbelanja .tolong amy kak ada apa2 tips tak amy x tau nak buat cam ner lagi kejap je ok pastu nafsu mula menguasai diri.
kak cik ke teganu ek?
BalasPadambagus cara kakcik tu...berbelanja berpada2...kadang bila kita g tmpt orang ni, ghairah nk berbelanja tu semacammm je kan...
Berbelanja biar berhemah kan kakcik. Ni satu pesanan untuk semua juga ni, supaya mencontohi cara kakcik...
BalasPadamPos Terkini ~yus~ .::Ahmad Nisfu??::.
assalamualaikom kakcikkkk.. :)
BalasPadamteman pon cenggitu juge.. kalo keluor kawasan belinye gitu2 je.. takat2 utk 'askar2' teman tu jadi le.
Cheqna...
BalasPadammungkin mama kena betul2 berehat - tak boleh berehat tubuh badan sahaja sedangkan otak letih memikir itu ini!
Mila...
BalasPadamperjalanan jauh yang memenatkan. :)
Cik Ina...
BalasPadamkalau ikut nafsu, semuanya hendak disapu, kan? :)
Ajumohit...
BalasPadamkakcik kalau dah banyak2 macam tu, kakcik lagi tak pandai hendak memilih. Jadi, baik tak payah beli langsung! :)
Acu...
BalasPadamtapi Acu selalu 'balik kampung'... :)
Isa...
BalasPadamitu namanya sambil menyelam minum ayo! ;-)
Kanda AL...
BalasPadamdua2 jenis menyesal saya tak nak. :)
Rose...
BalasPadamiye, kenapa? :)
PynGees...
BalasPadamkenangan itu tidak semua indah untuk dilakarkan. :)
Rinna...
BalasPadamkakcik tak banyak membeli belah pun. :)
Siti...
BalasPadamInsyaAllah, hujung minggu ini kakcik ke Sandakan pula. :)
Ariff...
BalasPadamkakcik tengok durian tu macam tak segar je! :)
Adikku Samad...
BalasPadamate.. kakakmu ini, nak merendam kaki pun tak sempat, mana ke gayanya? :)
Hahaha... memang berjaya time square kursus tu!
Amy...
BalasPadamkakcik ikut saja ke mana dibawa. :)
Nak bagi nasihat fasal boros berbelanja ini, kakcik tak pandai sebenarnya. Sebab, ada orang berbelanja ikut kemampuan, ada juga di luar batas kemampuan.
Ada yang kata, setelah penat 'mencari duit' apa salahnya berbelanja untuk diri sendiri. Cuma sekarang ni, sebelum membeli kakcik akan bertanya pada diri sendiri 'apakah aku betul2 perlukan barang itu, atau hanya sekadar menurut hawa nafsu?'. Kemudian fikirkan sama mereka
yang tiada berkemampuan - mungkin itu akan memberikan sedikit keinsafan. :)
AIM...
BalasPadamsekarang ni kakcik selalu fikir 'ala.. barang macam ni, kat tempat aku pun ada, buat apa nak susah2 beli jauh2'... :)
~yus~...
BalasPadamkadang2 bila wang di tangan, kita lupa mana keperluan, mana semata2 hasutan syaitan!
Wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadamteman pun gitu le - untuk anak2 yang lebih utama. :)
akak patut amik travel leave tu..penat sgt kan..
BalasPadamxpa..karang kak cik berehat sepenuhnya...
Mama SN...
BalasPadammungkin Isnin depan baru kakcik ambil cuti untuk 'betul2 berehat'. :)
ramai yg shopping sakan!
BalasPadambab shopping ni best
bab yg tak best - nak bayar dan nak bawak tuh!
ekekekeke
salam kak Cik..
BalasPadamLihat gambar ni.. teringat masa KPLI dulu...Maktab Perguruan Kuala Terengganu..
Tapi ada yg berkata batik di Pasar Payang mahal harganya, terutama andai org luar yg membelinya..wallahualam
Miloais...
BalasPadamkalau ada orang yang bayarkan, baru seronok, kan? :)
W/salam Nida...
BalasPadammelihatkan harga batik yang ratus2an RM tu, tak sanggup kakcik hendak membelinya!
Kakcik dah selalu sangat keluar itu yg nak shopping pun dah malas. Yg baru beli minggu lepas pun agaknya masih belum disentuh...
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamkakcik membeli ikut keperluan sahaja. :)
bukti kursus sinonim dgn shopping.Kita serupa!
BalasPadamHani...
BalasPadammujur juga ada tempat untuk shopping, buatnya kursus kat tengah hutan? hehehe...