Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Julai 2011

Tangisan...

boleh saja terjadi
 tanpa alasan
tanpa paksaan
tanpa deraan
tanpa kepuraan-puraan

tangisan
mungkin tanpa airmata
tanpa kata-kata
tanpa apa-apa yang cedera

tangisan
lahir bersama jiwa yang penuh hiba
atau mungkin juga saat gembira

namun tangisanku
adalah kerana
jiwa yang terasa bisa
dirobek tangan-tangan yang punya kuasa
bicara mereka yang penuh pura-pura
konon segalanya demi sejahtera
tapi diugut pelbagai cara

jangan berani-berani kau ingin mara
segala jentera kawalan telah bersiap sedia
tugasmu hanya mengangguk cuma
jangan membantah demi membuktikan taat setia

tangisan
telah sekian lama kupendamkan
hingga menjadi satu tekanan
yang tak mampu lagi untukku simpan !

nota hati : tidak mengharapkan sesiapa memahami nukilan ini kerana ianya lahir dari jiwaku sendiri sebagai sesuatu yang hanya aku mengerti...



27 ulasan:

  1. menangis itu alah satu terapi kakcik... Biarkan!!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Biarlah tangisan tu menurut kehendak diri..

    BalasPadam
  3. wanita tanpa airmata...sakiiit.
    biarkan saja....

    BalasPadam
  4. Tangisan yang menghuni di tasik hati lebih parah dari yang berkumpul di mata..
    Menangis lah puas2 kalau itu boleh menggurangkan sarat nya duka di hati mu..
    Ketabahan mu tidak akan tercalar hanya dengan gugurnya setitik air mata..

    BalasPadam
  5. melawan perkara yang tidak benar dan zalim dengan tangisan adalah senjata jua

    BalasPadam
  6. kdg2 dgn menangis kita rasa lega...

    BalasPadam
  7. assalamualaikom kakcik.. :)
    nangeh le kakcik..
    kakak teman kene penyakit kerin ayor mate.. jenoh nk nangeh.. kesian kan?

    BalasPadam
  8. menangis dapat meredakan perasaan..

    moga lepas ini lega sikit di hati

    BalasPadam
  9. Kadang2 air mata dapat melegakan sikit tekanan ..

    BalasPadam
  10. menangis boleh mencuci mata dari kotoran jugak.

    BalasPadam
  11. menangis la makcik~bagi lega~

    *tapi jangan meratap!

    BalasPadam
  12. menangis sampai puas.. pastu cuci muka, pakai bedak, pakai lipstik, pakai baju cantek.....





    pegi shopping... hehehehe... boleh gitu?

    BalasPadam
  13. salam kak,lama tk singgah sini,jgn sedih2 ye kak,kdg2 kita rasa susah dan sedih tp itu tanda Allah sayangkan kita...berfikir positif sekurang-kurangnya ada orang yg jauh lebih susah dr kita...semoga tabah

    BalasPadam
  14. Kalau menangis boleh meredakan biarkan ia terjadi kakcik... Jangan dibendung boleh membengkak di hati...

    BalasPadam
  15. cik ina rasa header blog kak chik cantik buat masa ni.simple tapi bermakna

    BalasPadam
  16. salam..
    sedih sungguh membacanya
    moga anda tabah..dugaan Allah
    datang dalam pelbagai bentuk
    untuk menguji kita hambanya

    BalasPadam
  17. menangis la kak buat membasuh luka itu.. semoga air mata tu dapat memberi semula kekuatan yang pudar..

    BalasPadam
  18. menangis dapat melegakan perasaan dan jiwa yang terusik..

    BalasPadam
  19. salam kak chik..dalam makna puisi akak ni, betul laa kan..keluarkan airmata byk mn pun bknnya ble meredakan sesuatu permasalahan yg kdg2 tu memang kita dh x dpt nk elak n lariii...tangisan dalam hati la nmpknyer...

    BalasPadam
  20. Menangis la sepuas2nya kalau dengan tagisan itu dapat mengurangkan bebanan yang selama ini di tanggung.biar reda dan lapang dada selepas di lepaskan...

    BalasPadam
  21. menangis adalah salah satu terapi terbaik untuk cheqna....=)

    BalasPadam
  22. saya banyak menangiss minggu nie akak .. huhuhuhuh
    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tgk .. nangis layie !!!!

    BalasPadam
  23. adakalanya menangis mampu mengurangkan tekanan dalam diri..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com