Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Julai 2011

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Ke 21, Angah...

Wajah 'tak cukup tidur' Angah yang kurakam sebelum keluar ke pejabat pagi tadi.

kata orang 21 itu usia merdeka
tapi mak tak faham apa erti sebenarnya
merdeka yang bagaimana
adakah bebas dari kawalan ibubapa
atau boleh berbuat apa sahaja
tanpa memikir buruk baiknya

selagi mak bergelar mak
dan selagi Angah bergelar anak
hati mak tetap akan sebak
kalau Angah tidak bijak mengawal tindak

biar apa yang orang kata
biar anak  mak tidak sekacak mana
bagi mak anak-anak mak tetap permata
yang tidak boleh semahunya orang mencela

hendak menegur tidak mengapa
jika tujuannya untuk membina
bukan sekadar mulut dibuka
semata-mata untuk menghina

mak merengus mahupun marah
kadang bagaikan terhilang arah
tapi di hati mak kesal tak sudah
walaupun anak-anak tak ambil endah

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Anakku
doa restu mak mengiringi perjalanan hidupmu
walaupun  kau tak pernah tahu
mak serahkan kepadaYang Maha Satu

Angah ketika berusia 8 tahun dan Bangcik 1 tahun.

InsyaAllah, sebelas tahun lagi, Adik
akan sampai ke usia 21 juga.


52 ulasan:

  1. happy birthday Angah...


    moga jadi anak yang soleh ya...
    belajar sungguh2...sayang mak ayah dan keluarga bermakna sayangi diri sendiri juga...tau.

    sabar itu mudah disebut
    nak laksanakannya tersemput-semput
    kalau anak jadi serabut
    tandanya emak suka menghamput...

    waka waka...tul ker kakcik?
    ala...gurau jer lar...

    BalasPadam
  2. Happy Birthday Angah..
    Moga panjang umur, murah rezki dan sihat sentiasa..

    Dah beso dah anak kakcik ye..
    (^0^)

    BalasPadam
  3. pandai sungguh kakcik bermadah
    menceriakan pagi yang sungguh indah
    semat dihati pesan ibumu wahai angah
    selamat ulangtahun dari pak ngah !

    *tak menjadi pulak syair saya .. agaknya sebab belum sarapan lagi !

    BalasPadam
  4. 21 kunci kebebasan terindah
    Namun dengarlah angah mak bermadah
    Walau Angah rasa besar sudah
    Usah bertindak buat mak gundah
    Happy 21st birthday Angah
    Moga sentiasa dilimpah rohmah

    p/s: Adik apasal adik montel, angah tidak:)

    BalasPadam
  5. Selamat Hr jd Angah ank k.cik. Kakcik, time umo 21 la sy kawen..hehe

    BalasPadam
  6. angah..selamat hari lahir..moga angah sihat dan ceria hendaknye..

    BalasPadam
  7. Q...

    hari ke hari kakcik mengajar diri agar seboleh2nya tidak menghamput (walaupun sesekali tersebut). Kakcik sangat bimbang andai kata2 buruk kakcik akan memberi kesan yang tidak baik terhadap anak2. Sekarang kakcik lebih rela memendam rasa dari mengeluarkan kata nista...

    BalasPadam
  8. Jamiel...

    terima kasih. Anak sulung kakcik dah masuk 24 tahun pun. :)

    BalasPadam
  9. Zeq...

    mak yang tak waras je yang sanggup buang anak merata-rata... :(

    BalasPadam
  10. Kanda AL...

    terima kasih Pak Ngah.

    Mak Angah bukanlah pandai bermadah, cuma suka membuat helah...

    BalasPadam
  11. Kakzakie...

    terima kasih. Adik tu mana tak montel - tetengah malam pun masih cari makanan, konon katanya nak diet! :)

    BalasPadam
  12. fISZ...

    bagus juga kahwin awal, nanti bila dah berusia macam kakcik ni anak2 dah macam adik beradik je. :)

    BalasPadam
  13. Cik Ceria...

    terima kasih (bagi pihak Angah). :)

    BalasPadam
  14. Muga Angah baca luahan hati mak kat sini...mak angah sorng ibu yang superb...best dan tiada duanya bagi angah..mudah2an angah jadi ank yg soleh dan 8 tahun lagi nanti bawakan menantu yg solehah buat mak..

    Selamat menyambut ulang tahun yg ke 21..

    BalasPadam
  15. Ohh Angah sama umur dg anak saudara Ate yang sulong. Tapi birthday dia 20 July nanti. Walau dia dah besar panjang sesekali dia balik cuti, bila dia tidur, Ate usap kepala dia, pegang dan belek tangan dan jejari dia.. tengok dah besar dah budak ni. Dulu kecik..aku jaga.. membesar depan mata dari tak pandai apa-apa sampai dah masuk U, dah hafiz, tak lama lagi keja dan mungkin menikah, kemudian jadi bapak org...tak terasa masa cepat berlalu. Terasa diri dah semakin tua...Sayu dan sebak. (Maaf, melayan perasaan rindu pulak Ate ni)

    Happy Birthday Angah. Moga berkah hidup buat selamanya.

    BalasPadam
  16. selamat hari lahir angah....semoga jadi anak yang boleh menyenangkan hati ibu bapa kerana Allah akan bermurah hati terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya. :)

    BS....sabar ye... :D

    BalasPadam
  17. Ida...

    bagaimanapun karenah anak2, macamana pun terhirisnya hati seorang ibu - tetap juga didoakan segala yang baik buat anak2nya.

    Tapi adakah anak2 memahaminya?

    InsyaAllah, kalau tidak sekarang, satu waktu nanti mereka akan merasai dan memahaminya.

    BalasPadam
  18. Ate...

    apa yang Ate rasai itu adalah sama seperti naluri seorang ibu. Anak yang dulu disusu, ditimang dan dibelai, sekarang telah dewasa - telah punya citarasa sendiri. Tak mustahil mereka lupa pada tangan yang menyuapkan mereka makan dulu. Walau apapun, didoakan agar mereka tidak 'salah memilih jalan'...

    BalasPadam
  19. gB...

    terima kasih. Semoga anak-anak kakcik akan menjadi anak yang baik seperti Kak gB mereka. InsyaAllah. :)

    BS tu kadang2 perasan dia dah beso, kadang2 perasan dia masih baby! ;-)

    BalasPadam
  20. kakcik
    semuga angah baca apa yang kakcik tulis ni...

    Kadang2 saya ni pun sesak dengan perangai anak anak ni...

    Orang akan tanya..anak sapa tu...
    Nama kita jugak yang akan di sebut..

    BalasPadam
  21. Ezza...

    itulah yang kakcik selalu pesan pada anak2... 'tolonglah jaga nama ibubapa, apa yang kamu buat, tempiasnya adalah kepada ibu bapa kamu. Ingat, apa yang kamu buat semuanya dalam perhatian Tuhan.'

    BalasPadam
  22. Hepi besday angah.. jadi anak yang soleh yer. Mak mana yang tak sayangkan anaknya... Mak rimau pun sayang anak.

    BalasPadam
  23. AzMask...

    kalau tengok cara haiwan sayangkan anak, lagi tersentuh hati. Tapi ada juga ibu manusia yang kejamnya tak tahu nak diceritakan macamana!

    BalasPadam
  24. Salam Kakcik;

    Jangan terikut cara barat, kalau 21 masih dalam tanggungan makbapak, tiada erti bebasnya.

    Dosa/pahala takda kunci kebebasan, selesai ijab dan kabul... baru bebas... hahaha...

    BalasPadam
  25. Hampir terlupa. Heppy besday buat Angah.

    BalasPadam
  26. W/salam Isa...

    bagi kakcik, selepas ijabkabul pun anak-anak tetap dibawah pengawasan kakcik. Pendek kata, selagi kakcik bernyawa, selagi itulah 'mata kakcik tak akan lepas dari mereka'. :)

    BalasPadam
  27. Isa...

    terima kasih, :) (Tak nak belanja makan mi rebus ke?)

    BalasPadam
  28. selamat ulangtahun angah. moga jadi anak yang baik ye..

    saya dapat rasakan kakcik seorang mak yang sangat baik. kalu saya anak kakcik, kalu kakcik nak marah, saya soh kakcik marah dalam pantun juga. hehehehe

    adik.. sila bersabar ye.. lama lagi tu nak capai 21.. hehehe

    BalasPadam
  29. Niez...

    marah dengan berpantun? Hahaha... keluarlah ribut taufan segala nanti!

    Agaknya sempat ke tidak kakcik melihat Adik sebagai pemuda yang 'kacak bergaya serta berilmu di dada' pada usianya 21 nanti, ya?

    BalasPadam
  30. Selamat ulangtahun ke 21. Angah

    kak cik selagi ada mak dan ayah, selagi tulah anak anak ni akan tetap mencari nasihat dan pandangan dari ibubapanya.
    walau pun sya dah beranak anak anak dan anak, tp kalau balik kampung suka tidur bawah ketiak mak... syokkkk

    BalasPadam
  31. Sya...

    ada juga anak yang semakin dewasa semakin tidak memerlukan ibubapa mereka. Sedih, kan?

    BalasPadam
  32. Selamat Hari Lahir Angah. Semoga hidup diberkati Allah selalu.

    Sama baya dengan anak perempuan kak ani, tapi dia belum bekerja, masih belajar.

    BalasPadam
  33. Kak Ani...

    terima kasih. Angah pun masih belajar, sekarang sedang buat praktikal di Syarikat tempat ayahnya bekerja. :)

    BalasPadam
  34. hepi birthday to angah!
    moga sentiasa jd anak yg menyejukkan hati keluarga kakcik :)

    BalasPadam
  35. Mimi...

    aminnnn... mudah2an begitulah. :)

    BalasPadam
  36. kak cik..

    saya pun tak faham dengan bebasnya bila usia 21 thn. sebab walaupun dah berkahwin sekarang tetap nak minta pendapat dari org tua.

    BalasPadam
  37. Ratu Kebaya...

    anak-anak kita suka terikut2 sesuatu yang sebenarnya bukan budaya kita tanpa memahami sebarang maksud di sebaliknya...

    BalasPadam
  38. Hepi Besday Angah..

    Umur 21 tahun = kunci kebebasan tu ialah pengaruh barat aja sebenarnya...

    Kita hidup tertakluk kepada undang2 tuhan, sampai bila bila :)

    BalasPadam
  39. eppy bday anggah ..
    dah besar panjang dah ..
    x lama lagi kak cik akan bermenantu .. :))
    harap anggah jadi anak yg baik dan menjadi kebanggaan mak dan ayah ya .. amin :)

    BalasPadam
  40. Dr DZ...

    kita hidup ada batas sempadan, tidak boleh dilanggar sesuka hati walau dengan apa jua alasan. Betul tak? :)

    BalasPadam
  41. Ieda...

    terima kasih. Tulus dari hati kakcik, kakcik mahu anak2 kakcik punya kerjaya dan kemampuan dari segala segi sebelum mereka ingin mendirikan rumahtangga.

    Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anak2 kakcik. Amin.

    BalasPadam
  42. Assalam kakchik

    Hepi besday buat anakanda bujang tu... semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Illahi. Amin

    BalasPadam
  43. SALAM,
    TAK LAMA LAGI DAPAT MENANTU !

    BalasPadam
  44. W/salam mamawana...

    terima kasih untuk doa. Amin. :)

    BalasPadam
  45. W/salam Dato' LF...

    dua tiga tahun lagi kot. :)

    BalasPadam
  46. sampaikan salam saya buat Angah.. semoga hari esok menjanjikan sesuatu yg lebih baik daripada hari ini.. moga Allah murahkan rezeki dan dipanjangkan usia... amin..

    BalasPadam
  47. Adikku Samad...

    terima kasih untuk doa yang dititipkan.

    Amin. :)

    BalasPadam
  48. awat banyak jerawat Angah??
    :)


    selamat ulang tahun ya Angah!!

    BalasPadam
  49. Pn Dr...

    sedang meningkat dewasa la katakan.... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com