Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 Julai 2011

Kata Mengata...

kamu kata dia
dia kata kamu
orang sana kata orang sini
orang sini kata orang sana

tak habis-habis
tak sudah-sudah

tuduh menuduh
ejek mengejek
macam budak-budak
bila tak dapat
kata itu ini
bila dapat
menunjuk-nunjuk

aku kata apa?

tak ada apa-apa

cuma nak tanya

kamu semua

ada Tuhan  ke tiada

kamu tak sedar atau telah lupa

bahawa semuanya pinjaman semata

......

Mak jangan lupa Adik ada kat sini.
Kalau kena tinggal, Adik menangis nanti.






54 ulasan:

  1. rentikan lah wat kerja sia-sia
    erk..MALAS dah nak pikir perangai manusia....

    BalasPadam
  2. takut nanti lidah kena kerat je erk...
    salam pagi kakcik.

    BalasPadam
  3. budak-budak tak adalah seteruk mereka ..

    kalau gaduh2 pun kejap je dah berbaik semula.

    BalasPadam
  4. SALAM,
    BERTAMBAH BERATLAH TIMBANGANNYA KALAU YANG APA YANG DIKATA MENGATA ITU TIDAK BENAR !

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kakcik,

    kata mengata ni kiranya tak pernah dari zaman berzaman kan, walaupun kita dah maju jauh kedepan.

    Mudah2an insan yang mana ni makin berkuranglah. Buat dosa kering kata orang. Nanti kita muflis di sana nanti.

    BalasPadam
  6. sikap kata mengata ni takkan luput dek zaman kan kakcik. sentiasa ada disekeliling kita.

    adik plak, wat ape kat tengah jalan tu? *__"

    BalasPadam
  7. Q...

    sampai satu peringkat, kita pun dah tak tahu - budak2 ke, mak budak2 ke, bapak budak2 ke? ;-)

    BalasPadam
  8. Salam Kakpah...

    jom kita buat sup lidah. :)

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    betul tu. Orang tua lagi buruk rupanya bila kata mengata, kan?

    BalasPadam
  10. W/salam Dato' LF...

    jadi, sendiri kena ingatlah, kan? :)

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    bila mengata, seronok sampai tak ingat dosa pahala - tak sedar dalam masa yang sama kain dipakai terlondeh menyerlahkan keaiban sendiri. Na'uzubillah.

    BalasPadam
  12. Niez...

    sama2 kita cuba mengelak dari terlibat...

    Adik tu berdiri atas batas bendang di Sg Manik, Tk Intan. :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kakcik,

    Bila bisu susah nak berkata-kata
    ada mulut sesuka saja berbicara
    menguris hati tidak dikira
    janji diri menang sentiasa

    adik bergambar dimana tu?
    cantik backgroundnya:)

    BalasPadam
  14. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    bila mulut mendahului otak, maka akan terpacullah kata2 yang bisa saja mengakibatkan gempa.

    Adik posing kat tanah sawah yang kering kontang menunggu masa untuk diusahakan semula. :)

    BalasPadam
  15. lumrah dunia
    adat kehidupan

    sama2lah kita beringat..

    kak cik da mkn?

    BalasPadam
  16. budak2 biasanya sekejap je gaduhnya kakcik. Tak sampai 1/2 jam dah ketawa bersama semula. Orang tua kalau gaduh makan tahun pun ada..huhu

    BalasPadam
  17. kakchik

    tersangat lah betul...

    masing2 nak tunjuk kan dia yang maha betul...

    sekali tuhan turun kan bala,

    semua sekali kena...Nauzubillah min zalik...

    Agak2 agak nya siapa kah yang bertepuk tangan sekarang ni????

    BalasPadam
  18. Mama SN...

    sebab itu ada syurga neraka - pilihannya kita yang buat, kan?

    Kakcik dah sarapan tadi. Hari ini nafas kakcik masih 'berbunyi'. Penyumbangnya mungkin cuaca yang jerebu dan fikiran kakcik yang agak 'kusut'.

    BalasPadam
  19. ~yus~...

    ada yang membawa hingga 'ke hujung nyawa'. :(

    BalasPadam
  20. Ezza...

    apa pun yang berlaku, DIA Yang Maha Tahu. Kita pun tak tahu dengan sebenar2nya mana betul mana salah. Sebab, tidak semua yang kita sangka betul, betul sebetul2nya dan tidak semua yang kita sangka salah, salah sesalah2nya.

    BalasPadam
  21. Depa nak kata apa depa punya suka.... jangan kita turut serta... kelak bala datang menimpa.....

    BalasPadam
  22. tu la, kalau bebudak buat begitu masih sedap di dengar, tapi kalau yang dah tua2 ni... memang buat perangai

    BalasPadam
  23. setuju akak .. semuanya pinjaman semata ! ...

    BalasPadam
  24. slm kenal sis..

    hehe...kerna mulut bdn binasa...

    BalasPadam
  25. AKT...

    Bila bala datang, ditakuti yang tidak terlibat pun akan kecundang!

    BalasPadam
  26. ibuintan...

    lepas buat perangai, terus buang tabiat! ;-)

    BalasPadam
  27. Ieda...

    tiada yang kekal melainkan ALLAH. :)

    BalasPadam
  28. Salam kenal Diana...

    pulut makan dengan santan tambah sedikit garam, sedap kan? :)

    BalasPadam
  29. Kata mengata,
    biar dalam mesyuarat,
    baru puas hati!

    BalasPadam
  30. Myri...

    dalam mesyuarat, tidur la pulak! :)

    BalasPadam
  31. bab kata mengata ni makin menjadi2 pulak zaman skrg ni

    BalasPadam
  32. lebih baik diam dari berkata atau mengata benda yang tak sepatutnya =)

    BalasPadam
  33. Banyak manusia yang tak sedar kita hanya pinjaman.yang kekal hanya Allah SWT.

    BalasPadam
  34. Mimi...

    kata mengata yang menghilangkan keintelektualan seseorang! ;-)

    BalasPadam
  35. Tina...

    seandainya kata-kata mengundang dusta, maka diam itu adalah yag lebih baik. :)

    BalasPadam
  36. Cik Ina...

    kerana itulah, ada yang bercakap bagai mereka tidak akan mati.

    BalasPadam
  37. Kat mana2 pun mesti macam ni. asyik kata mengata jek.

    BalasPadam
  38. eemm..tapi kan kalau org tua begaduh cukup hodoh tau...

    baik tngk budak2 begaduh...best ja tngk perangai lepa...

    BalasPadam
  39. AzMask...

    lagi sedih bila ada yang menyelit2kan ayat2 suci demi menegakkan kata2 sendiri... Ayat2 itu pula 'dipotong2' sesuka hati... :(

    BalasPadam
  40. Ladyzul...

    kalau budak2 boleh juga dinasihat atau ditangan2kan.. ;-)

    BalasPadam
  41. Teringat la satu lagu ni kak chik...yang "Kau kata kau kata"...

    BalasPadam
  42. waka....waka...sodap kak...mengata2 ni....hilang nagntuk akalu koje malam...ahakz

    BalasPadam
  43. Aspen...

    asyik kat kata, lupa apa yang sendiri kata! :)

    BalasPadam
  44. jeBateja...

    jangan sampai nanti anggota badan masuk dalam mesin pulak! ;-)

    BalasPadam
  45. sy hanya mampu berkata syukran jazilan yarhamukallah....

    BalasPadam
  46. Sahrom...

    Mudah2an Allah membukakan pintu hati mereka...

    BalasPadam
  47. sejak jadi surirumah, dah lama tak dengar org kata mengata :)

    BalasPadam
  48. Dr DZ...

    makan ikan stim lagi sedap, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com