Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 3 Jun 2011

Yang kelat-kelat manis...

Dalam kelam kabut di awal pagi memasukan bagasi, beg-beg milik dua orang peserta
disedari tertinggal sebaik tiba di KKIA

Tayar van yang membawaku dan suami serta beberapa peserta lain didapati pecah
sewaktu dalam perjalanan dari Ranau ke Kundasang.

Salah sebuah van yang membawa peserta dari Kundasang ke Desa Cattle Farm 'menerjah' longkang kecil.

Sewaktu majlis bersama penduduk di Dewan Kg Lohan, bekalan letrik tiba-tiba terputus. 
Mujurlah ada di antara peserta rombongan yang arif tentang membaiki kerosakan sambungan elektrik.

Sebenarnya isyarat telah diberi, namun manusia leka dari memerhati.  Peserta yang tertinggal bagasi
rupanya dalam perjalanan menghadap Ilahi.  Rakannya yang sama -sama tertinggal beg,
mengiringi jenazah untuk pulang lebih awal ke Kedah.

nota hati : kiranya ada juga manusia yang tidak mengambil pengajaran dari erti sebuah kematian. Saat kita dipanggil pergi, tiada gelaran, pangkat mahupun harta yang akan mengiringi.  Tapi ada manusia yang tidak mahu ambil peduli.  Yang penting kehadiran mahu disedari dan nama disebut-sebut berulangkali walau tiada sumbangan yang sewajarnya diberi!



22 ulasan:

  1. Kakchik... mashaAllah, bermacam dugaan yg diuji. semoga kalian dapat menghadapi dgn tenang dan sabar. Sesuatu yg berlaku ada hikmah sebaliknya.

    Alhamdullillah..program sudah selesai dengan jayanya. Yang pahit di jadi teladan, yg manis dibuang jangan. :)

    BalasPadam
  2. Allah Hu Akbar..
    Moga kita mengambil iktibar drp catatan seperti ini..

    terkadang, tak dpt dinafikan manusia seperti 'aku' juga kadangkala leka dan alpa..

    sama-sama ingat mengingat ye kakcik..n3 kakcik yg bermakna..

    BalasPadam
  3. makcik bila nak balik...rindu~~haha~~

    BalasPadam
  4. banyak betul cabarannya..

    alfatihah kepada arwah..

    BalasPadam
  5. Cyana...

    apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Hubungan sesama peserta menjadi lebih akrab walaupun kejadian2 yang tidak terduga sebenarnya adalah rencah pada apa jua program yang dijalankan.

    BalasPadam
  6. Sal...

    kita diberi mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, otak untuk berfikir dan hati untuk menilai. Walauapapun, Allah jualah tempat kita berlindung.

    BalasPadam
  7. IS...

    Program Integrasi Nasional yang dianjurkan oleh Syarikat tempat suami kakcik bekerja. Kakcik bukan peserta, tapi penyibuk! :)

    BalasPadam
  8. bujal...

    makcik dah balik. Kiriman kamu itu ada, tapi makcik belum sempat ke pejabat pos. Sabar ya... :)

    BalasPadam
  9. SN...

    bila difikirkan semula, cabaran itulah yang memberikan kemanisan. :)

    BalasPadam
  10. Sejak akhir-akhir ini banyak benar berita ttg kematian..moga semakin mendekatkan kita kepada Tuhan.

    Ate suka Kundasang..

    BalasPadam
  11. semoga semua sedar dan insaf bahawa kematian tu sebenarnya lebih dekat dengan kita dari jantung kite sendiri.

    tak sabar gb nak gi kk bulan 10 ni. :D

    insyaAllah.

    BalasPadam
  12. al-fatihah pada yang telah pergi, sakitkah dia atau pemergian yang mengejutkan?

    BalasPadam
  13. Ate...

    masa kita akan tiba, cuma kita tak tahu bila dan di mana kita akan dijemput untuk kembali.

    Kundasang memang indah dan dingin tapi atas nama pembangunan ianya sedang 'dirobek-robek'...

    BalasPadam
  14. gB...

    malaikat maut mengunjungi kita saban hari tanpa kita sedari...

    Berapa hari nak ke KK? :)

    BalasPadam
  15. Niez...

    Allahyarham memang kurang sihat, tapi pemergiannya memang tiada yang menduga. Semoga rohnya damai di sana. InsyaAllah.

    BalasPadam
  16. Sudah jelas dan nyata hidup ini sekejap sangat. Pengakhiran yg tidak kita ketahui kesudahnnya masih tidak digeruni...

    BalasPadam
  17. Alfatihah untuk arwah.
    Banyak dugaan & petunjuk yang di beri.

    BalasPadam
  18. Kakzakie...

    bila2 masa sahaja kita boleh dijemput kembali. Namun bagi kakcik, terlalu banyak kelemahan diri yang takm pasti sama ada sempat atau tidak untuk dibaiki... :(

    BalasPadam
  19. AzMask...

    Allah telah mengaturkan begitu. Penutup program menjadi lebih manis kerana dihiasi dengan alunan ayat2 suci dan doa.

    BalasPadam
  20. DrSinga...

    kata doktor kat QEH tu 'long time history' punya penyebab. Dengarnya beliau mengidap kencing manis bersama rangkaiannya dan athma.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com