Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Jun 2011

Makan apa?...

Nasi apa ni?  Nasi bungkus dengan daun dan dimakan dengan kerabu.

Ini dah kira mewah ni tau...

Duluuuu... kalau siang ikan macam ni, mesti kena bebel dengan mak!

Bolehlah untuk mengalas perut.  Ada orang langsung tiada makanan hendak dijamah.

Sekadar meraikan majlis.  Jangan sombong dengan makanan.

Supapaentah - tapi ada kaki ayam!

Oh! yang ini aku memang tidak boleh hendak mencuba!

Boleh minum airnya sahaja - isi tak dapat.

Syukurlah.  Terisi juga perut yang sedang lapar.

Nasi ayam.  Ayamnya rasa macam chicken chop.

Ada yang lebih suka makan nasi dengan sayur dan kari kambing.

Makan lauk tanpa nasi.  Itu pun boleh sendat perut.

Sesekali makan dengan duduk bersila atau bersimpuh walaupun di hotel.

Nasi goreng lagi.  Namun memadai.

Makan dalam kapalterbang - tidaklah sedap sangat.  Kata orang, baik ada dari tiada.

'Jemput makan, jangan segan-segan' kata Jason.


Sekadar himpunan gambar-gambar, bukan semua di atas adalah apa yang aku makan.




64 ulasan:

  1. kak,sup tu mcm sup reneh cina jer...biasnya cina suka reneh sup+kaki ayam...dia macam ubat gak...
    kaklong agak jer..!
    tapi org melayu boleh mkn,klu halal...!

    BalasPadam
  2. kaklong...

    restoran yang kami masuk tu memang restoran Cina yang makanannya halal. Tapi, kakcik memang tak makan kaki ayam. :)

    BalasPadam
  3. bujal...

    siput sedut makcik makan. Siput lain, makcik tak berani nak cuba! :)

    BalasPadam
  4. lain macam je siput dia kak cik,kalau saya pon x makan,hehe

    BalasPadam
  5. siput dia cam seram je nak cuba. tapi kaki ayam cik ina suka, tapi kuku ngan tapak kena ketip dulu, beru best. laparlah kak chik

    BalasPadam
  6. Zul...

    tu la pasal. Seram je kakcik nak cuba makan!

    BalasPadam
  7. Cik Ina...

    kakcik kadang2 kumpul juga kaki ayam, kemudian kakcik buat rendang untuk kawan2 yang suka makan - tapi, kakcik belum berani nak cuba makan. :)

    BalasPadam
  8. okeh...tang siput tu cnfirm saya pun xlalu hihi

    BalasPadam
  9. KAK CIK SYA BELAJAR MAKAN KAKI AYAM SEJAK DUDUK DI LANGKAWI, SBB DI SANA SANGAT BANYAK MENU BERASASKAN KAKI AYAM.

    BalasPadam
  10. assalamualaikom!
    teman gemor kaki ayam!
    anak teman yg tgh pon dh jankit..
    mujor le sekor ayam ade 2 kaki.. kalo 1 jenoh berebut!
    yg mule2 tu bukan nasik krabu ke kakcik?

    BalasPadam
  11. Sya...

    kakcik selalupesan dengfan suami supaya bila beli ayam, jangan ambil kakinya. Tapi bila ada, kakcik kumpulkan banyak2 untuk buat rendang. :)

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    nengok konsert ke malam tadi? :)

    Itu bukan nasi kerabu tapi nasi yang dibungkus kejap dalam daun - ada yang dicampur dengan ubi. sebab kakcik tak tahu nak makan dengan lauk yang mana, kakcik makan je dengan kerabu yang ada kat situ. :)

    BalasPadam
  13. bila kak tayang segala makanan..
    baru ayu ada selera...

    gheheheh... hari2 menghadap makanan.. dah rasa tamo makan.. hahahhah

    BalasPadam
  14. Ayu...

    eh! kena makan - nanti perut masuk angin, penyakit pulak datang, tau! :)

    BalasPadam
  15. tgk stengah je kakcik ui.. abg2nye gadoh nkgi tgk konsert.. tp dok blakang pentas.. nonton buntuts hehehe..
    tetibe tringin nasik goren ikanmasin!

    BalasPadam
  16. kakchik pun sesekali suka gak buat n3 himpunan gambar2 camni. Buat kenangan ..

    BalasPadam
  17. siput apa tu kakcik??? seram perut saya!

    BalasPadam
  18. AzeedA...

    kalo gitu, baik tengok kat telebisyen je! kakcik nengok hot chef kat TV8 smlm. :)

    BalasPadam
  19. Ella...

    sebenonya kakcik ni dah kes takde ilham... :)

    BalasPadam
  20. kak cik amy dah berbulan mengidam nak minum air kelapa untill now masih x dapat huhuhu~ tatap pulak pic di sini meleleh je air liur di sini huhuhu

    BalasPadam
  21. Kakcik... yg siput tu boleh makan ke? Lain macam je kakak tengok. Itu siput apa?

    BalasPadam
  22. Amy...

    eh.. bukan ke kelapa muda tu senang dapat? Amy berpantang ke? :)

    BalasPadam
  23. Kakzakie...

    kakcik pun tak tahu nama siput tu. Tapi melihat pada rupanya saja dah membantutkan selera kakcik untuk menjamahnya!

    BalasPadam
  24. Adusss....gambar2 makanan memang sedapp semua gambar yg tertera..

    BalasPadam
  25. waaa... tgh lapar ni... great.......

    BalasPadam
  26. erk kakcik...
    gambar no 7 tu...buat saya lari tak toleh lagi...
    kaki ayam? jangan kasi depan saya... sedih...macam tangan baby........

    BalasPadam
  27. Pn Nani...

    kalau perut tengah lapar, semuanya nampak sedap. Tapi bila perut kenyang, sebelah mata pun tak kalau boleh tak nak pandang, kan? :)

    BalasPadam
  28. NormaLiza...

    hehehe... kalau ada depan mata pun, mesti tak larat nak makan semua, kan? :)

    BalasPadam
  29. Q...

    kakcik tak lari, tapi sentiasa berfikir - bilalah benda ni nak hilang dari depan mata!

    Kakcik tak makan kaki ayam sebab dia tak pakai kasut! :)

    BalasPadam
  30. xpe, saya redah semuanya juga tapi mesti HALAL..kat indonesia hari2 makan menu Padang, tapi saya bertahan je

    BalasPadam
  31. Sedapnyaa..tgk makanan tuh semua kakcik lapor plak petang2 nie :)

    BalasPadam
  32. Menu sepanjang di sabah hari tu ya kakcik...?ada yang nampak sangat menggiurkan..haihh...sabo aje lah..dah waktu minum petang nih..hehe

    BalasPadam
  33. IS...

    kalau kita ke tempat orang, terpaksa juga makan benda yang tak pernah kita jamah bila dah tak ada pilihan. Janji HALAL, kan? :)

    BalasPadam
  34. Rinna...

    petang2 macam ni, dapat ubi rebus cecah kelapa dengan kopi O pun sodap! :)

    BalasPadam
  35. Siti...

    ya, tepat sekali. Menu makanan masa di Sabah. Mujurnya banyak makanan yang dihidang adalah yang telah disediakan mengikut program - cuma ada dua/tiga kali terpaksa menunggu pesanan di restoran. :)

    BalasPadam
  36. tengok gambar siput babi tu, teringat saya siri BersamaMu dulu yg kecoh pasal ada satu family melayu islam yg makan siput babi!

    BalasPadam
  37. kakcik::

    gmbr yg pertama tu nasi apa???

    BalasPadam
  38. sedap2nya nampak kecuali siput tu..tak penah tenguk dn makan pun..

    BalasPadam
  39. syukurnya plebagai pilihan yang ada didepan mata tu..bnyk dan lazat....yum yum..

    hanya siput tu je..ada masalah,tak bole handle....

    alhamdulillah...rezki datang bergolek....

    BalasPadam
  40. tu la kak cik kan..
    kita kene bersyukur
    jika saya bandingkan ngan zmn saya kecik2 dulu..mmg xmewah makan..

    mak saya akn catu lauk pauk dan apa2 shj agr kami dpt sama rata..

    skrg anak2 saya..asik mebazir ajo..kdg2 geram gak..

    BalasPadam
  41. alamak kak...tang siput tu....real punyer erk....ahakz....ngeri oooo

    BalasPadam
  42. saya akhir2 ni dah tak leh makan bersila..bukan sombong tapi terhalang dek perut...tau, kena diet, semua org cakap cam tu...

    BalasPadam
  43. Dr DZ...

    amboi amboi amboiiiii... directnyaaaaa.... hehehe... :)

    BalasPadam
  44. Acu...

    itu nasi yang dihidangkan dalam bungkusan daun... tak tahu kakcik namanya. :)

    BalasPadam
  45. Ida...

    orang kata jauh berjalan, banyak pengalaman. Itu salah satu pengalaman yang kakcik tempuh. :)

    BalasPadam
  46. Sal...

    ramai nampaknya yang 'terkejut' dengan siput tu! Tapi, di meja kakcik - rasanya kakcik seorang yang tak makan. :)

    BalasPadam
  47. SN...

    makin mahal harga barangan, makin banyak pula pembaziran sekarang. Dulu masa kakcik kecil, makanan akan dimakan selagi tak basi.

    BalasPadam
  48. jeBateja...

    siput tu tak menggigit pun! ;-)

    BalasPadam
  49. Hani...

    samalah kita. Kakcik kalau duduk lama sikit, mulalah nak berlunjur! :)

    BalasPadam
  50. SALAM,
    LAIN MACAM MASAKAN SIPUT TU !

    BalasPadam
  51. Masakan di kapalterbang kabarnya terasa hambar kerana faktor bunyi bising dari kapalterbang yang sedang terbang, tapi bagi tekak Ate, mknan dlm kapalterbang antara yg paling sedap dan sentiasa membuka selera. Mungkin kerana 'teruja' berada di ketinggian ribuan meter di atas permukaan laut.

    BalasPadam
  52. memang le tak mengigit kak....tapi den geli plak tgk....

    BalasPadam
  53. Salam Dato' LF...

    kalau tak silap saya, siput itu direbus dan di makan bersama sos.

    BalasPadam
  54. kakpah...

    syukur kerana kita masih berupaya menikamati makanan, kan? :)

    BalasPadam
  55. Ate...

    sayang juga kadangkala ada makanan yang sudah 'lari' rasanya...

    BalasPadam
  56. ayam tu tak potong kuku eh..??

    sebab tu kakCik tak makan eh ...?
    :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com