Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 Mei 2011

Aku dan adik-adikku...

Ini adalah gambar yang telah 'bertahun' usianya.  Sekarang tubuhku telah dua kali ganda besarnya dari yang di dalam gambar.  Aku rindukan saat-saat aku dan adik-adikku bergurau senda bersama.  Sekarang waktu telah berubah.  Masing-masing punya kehidupan sendiri dan walaupun kami masih bertemu dan bermesra, tapi bagaikan ada sesuatu yang hilang...



 nota hati : kalau aku menggunakan mesin pengimbas,  pasti gambar-gambar lebih terang dan jelas.  Tak mengapalah, aku tidak mampu membeli mesin pengimbas itu.



21 ulasan:

  1. selamat malam kakcik..
    kak 3 beradik perempuan ya..?
    ayu ada 4 beradik perempuan...


    kak...... nak teka mana satu kakcik.. tapi takut salah orang pula.. heheh

    BalasPadam
  2. salam kakcik

    atas yg tudung hitam
    bwh yg tudung coklat ..betui tak?

    ati ni ada 2 beradik pompuan je
    tp sejak kakak kahwin dan berjaya
    dlm kerjaya ...dia dah tak penting
    kami lagi...sedih sgt kisah adik
    beradik ati kalau nak di citekan tau :(

    BalasPadam
  3. begitulah kiranya apabila mempunyai keluarga sendiri.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...masih berjumpa bermesra walaupun sekali sekala..saya memang saperti sebatang kara.. hu hu hu

    BalasPadam
  5. 'bagaikan ada sesuatu yang hilang' ~
    sedihkan? tapikan kakcik...itu yang kakcik rasa...suatu perasaan yang sangat mahal dalam jiwa seorang kakak...sedangkan...Allah lebih tahu apa-apa yang kita tak tahu...

    setiap dari kita dilahirkan dengan takdir sendiri-sendiri. Mata kita hanya mampu melihat dan menafsir yang tersurat sedangkan hanya Allah saja tahu apa yang tersirat...

    mohon doa agar setiap dari kita mengakhiri hidup dalam keadaan yang baik dan beriman kerana Allah amat menyukai org2 yg baik sptmana firmannya : Wallahu yuhibbul muhsinin ( ...dan Allah, Dia amat menyukai orang2 yang berbuat kebaikan)...mengapa muhsinin? mengapa tidak muslimin?

    moga kita semua diberi rahmat dan kesempatan menikmati hidup sebagai hambaNya yg muslimin lagi muhsinin.
    kalau ada di antara adik beradik kita yang mengecewakan, bersangka baiklah pada ketentuan takdir hidupnya...Allah lebih mengetahui segalanya sptmana Dia mencipta bumi dan manusia dulu...pasti ada sesuatu yang ingin ditunjukkanNya kepada kita apa2 yang kita tak tahu dan tidak terjangkau oleh akal yang tidak seberapa...

    rujuk balik kepada erti dalam ayat seribu dinnar...semoga Allah menghilangkan kedukaanmu dan menggantikannya dgn seribu kebaikan dr mana2 arah yang tidak pernah kakcik tahu, insyaAllah..

    redha dan pasrah Lillahitaala...
    Lahawla wala quwwata illa billa hil'aliyyul aziim....

    Selamat Hari Ibu buatmu...

    BalasPadam
  6. assalamualaikom!
    nape tak kabor? ghomah awok ade mesen tuuuuu..

    BalasPadam
  7. yup betul tu kak cik, bila tgk gambar lama, ada kenangan yg mengusik jiwa, rindu pada insan2 yg ada dalam gambar tukan.

    BalasPadam
  8. mada ada yang kekal cantik. dunia pun semakin tua, inikan kita...

    BalasPadam
  9. kakakku kakcik..

    saya juga selalu terkenang zaman kami kecil2 dulu.. kami adik-beradik punya jarak umur yg agak rapat.. meski sekarang hubungan tepat rapat, namun hakikatnya, spt yg kakcik katakan..ada seuatu yg telah hilang..

    BalasPadam
  10. Selamat pagi Ayu...

    selalu lambat kakcik jawab salam Ayu, kan?

    Cer teka cer teka - yang mana agaknya kakcik, ya? :)

    BalasPadam
  11. W/salam Ati...

    ehem... 'Ati punya' tu masih ada dalam simpanan. Kakcik fikir nak poskan, tapi takut kalau sampai lewat, ia akan berkulat. Kalau tak ada rezeki kali ini, lain kali kakcik belikan lagi, ya? Ati jangan sedih tau - nanti kakcik sedih sama! :(

    Tekaan Ati tu agak tepat (agak - sebab yang di bawah tu sebenarnya bertudung kuning bukan coklat) :)

    BalasPadam
  12. eelobor...

    sebenarnya ia tetap bergantung pada 'akal dan budi'...

    BalasPadam
  13. Pn Nani...

    kita selalu tahu bahawa masa yang lepas tidak akan kembali. Tapi nostalgianya tetap 'memedihkan' hati apalagi bila waktu dulu jauh berbeza dengan masa kini dan segalanya sepi sedangkan kita masih tidak mengerti, kan? :(

    BalasPadam
  14. Q...

    terima kasih merana sentiasa meniupkan kata2 semangat ke hati dan jiwa kakcik. Hanya Dia Yang Maha Mengerti dan Dia juga tak lepas memerhati.

    Semoga hidup kita semua tetap dirahmati. Amin.

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Azeeda...

    Along punya ada sebenonya - tapi teman tak gheti nok gune! hehehe....

    BalasPadam
  16. Su...

    Semoga masih diberi kesempatan untuk 'kembali bersama' sebelum menutup mata...

    BalasPadam
  17. IM...

    ibarat bangunan, walau dicat dan diubahsuai, sampai masanya roboh juga, kan? :)

    BalasPadam
  18. Adikku Samad...

    begitulah kehidupan - dalam meniti jalan pulang, akan ada yang cicir dan hilang...

    BalasPadam
  19. masing-masing dah berkeluarga dan punya haluan sendiri. tapi air dicincang takkan putus. Tetap akan bersatu juga walau macamana pun..

    BalasPadam
  20. Kakpah...

    bila air menjadi keras, diketuk dan dicairkan semula - mungkin tidak akan sama dari asalnya... :(

    BalasPadam
  21. InsyaAllah. Dengan takdirNYA juga, sesuatu yang hilang mungkin akan menjadi milik kita kembali...

    atau

    mungkin terus pergi tidak kembali.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com