Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 Mei 2011

Sepanjang perjalanan...

Assalamu'alaikum dan salam hari Jumaat buat semua yang singgah di sini. Gambar-gambar berikut telah kurakam sepanjang dua hari aku mengikut suami ke hujung negeri Selangor dan ke hilir negeri Perak. Kemudian kembali semula ke daerah kediaman dan tempat cari makan...

Ada tak yang tidak tahu membacanya?  Bayangkan sewaktu anda sangat-sangat 'teringin' ke bilik air untuk membuang air dan ternampak tanda amaran ini.  Apa yang anda rasa? (Sebenarnya, itu adalah tempat untuk berwuduk, bukan bilik air yang kita sangkakan)

Sila ambil perhatian, ya?

Mentari pagi di Teluk Intan - mampukah kita mengubah kedudukannya?

Pagi di Teluk Intan

Tasik yang terletak di jalan pintas dari arah Teluk Intan ke Sungkai

Adakah kita benar-benar pasti akan dimanakah berhentinya perjalanan kita?

Hmmmmm.....

v

v

v

v

Untuk gambar yang di atas sekali - dalam ruminya di tulis begini :




41 ulasan:

  1. Sepatutnya kena tulis bilik utk berwudhu' bukan bilik air kalau tak benarkan buang air...

    Mungkin ada bilik air lain la ye...

    BalasPadam
  2. komen nanti jer ya kakcik...nak masuk opis dah ni....

    BalasPadam
  3. benar kakcik perjalanan kita ni tak tahu bila sampainya..

    bagus penggunaan tulisan jawi ...cuma kena dibaiki maksud tempat tu je... takut terkencing je di situ he, hee

    BalasPadam
  4. makcik gi teluk intan tak cakap~~kat situ ada sarapan best2 tau~~kat food court depan kompleks kerajaan~~

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik...,

    satu usaha yg baik dalam memertabatkan semula tulisan jawi...

    Yg pasti perhentian di dunia ini ialah mati....dan mati ada permulaan utk perjalanan yg kekal abadi....

    p/s: ada tak respond dari Azmir Adzha....dan bagaiman keaadaan ayahanda sekarang..

    BalasPadam
  6. Kakzakie...

    sebenarnya ada kesilapan tu. Bilik air itu sebenarnya tempat berwudhuk. Bilik air lain memang ada disediakan. :)

    BalasPadam
  7. AM...

    tapi.. kita sering terleka untuk menyiapkan bekalan ke sana, kan?

    BalasPadam
  8. bujal...

    eh! kiriman makcik dah sampai ke belum? ;-)

    BalasPadam
  9. w/salam Azmnor...

    tiada respon setakat ini. :(

    Bapa dah dimasukkan ke wad biasa dengan pemantauan. Semoga kesihatan bapa akan pulih sepenuhnya dan beliau berselera untuk makan semula.

    BalasPadam
  10. Kak chik agaknya kenapa dia tak tulis dalam bahasa jawi je bilik wudhuk.oh teluk intan tempat makcik bershopping masa tinggal kat ulu ulu basir dulu tahun 1992.

    BalasPadam
  11. Cik Ina...

    mengelirukan saja, kan?

    Teluk Intan tu kampung asal suami kakcik dan kebetulan dia ada kerja di sana. :)

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik...,

    Alhamdulillah ayahanda dah semakin baik...mudah-mudhan cepat semboh...

    mengenai Azmir tu, la,bat laun dia akan sedar juga...doakan lah...

    BalasPadam
  13. Sebenarnya tempat tu bilik air atau tempat berwuduk? Kenapa dalam jawi tulis bilik air dalam rumi tulis bilik wuduk?
    Siapa yang bersalah....?

    BalasPadam
  14. Azmnor...

    terima kasih kerana turut mendoakan. Kakcik serahkan sahaja kepada kententuan Yang Esa.

    BalasPadam
  15. KM...

    agaknya yang menulis tu tak tahu nak eja perkataan WUDHUK dalam ejaan jawi! :)

    BalasPadam
  16. saya adalah org yg paling sedih kalau toilet hanya ada for squatting je..

    mau menangis nak buang air kecil.

    BalasPadam
  17. kakcik...saya cuma nak komen : cantik awan tu kan? suka sangat tengok awan-gemawan...berarak berkepulan...asyiknya ciptaan Tuhan...- nak masuk opis lagi ni... siapkan makan tghari..

    BalasPadam
  18. Kenapa tak ditukar huruf jawi tu, nanti buat orang keliru hehe
    Cantik pemandangan yang kakcik capture tu, rasa damai je nengoknya:)

    BalasPadam
  19. Yan...

    kakcik paling sedih pula kalau masuk ke tandas yang kebersihannya langsung tidak terjaga (kakcik letakkan kesalahan kepada pengguna)...

    BalasPadam
  20. Q...

    kakcik juga suka menghayati bentuk awan - macam2 rupa. :)

    Selamat bertugas, Q.

    BalasPadam
  21. Qema...

    memang awalnya kakcik pun keliru. Kenapa bilik air tak boleh buang air? Kemudian baru nampak yang seterusnya... :)

    Kakcik juga suka melihat keindahan tetapi sekarang kakcik sudah kurang merakamkannya melalui kamera...

    BalasPadam
  22. jauh perjalanan...luas permandangan yaa kakcikS..:):)

    Moga akak sihat2 di sana:)

    BalasPadam
  23. klu x ada org..mau aje buang air kecil di lantai tu...klu dah darurat..hehehe..

    BalasPadam
  24. KakCik
    Kalau tanda papan dalam jawi tu dah selalu benar buat orang silap tafsir, kenapa tak aje ditukar buat betul2, ya tak?

    Anyway, gambar masjid tu kat mana ya? I ada gambar yg seakan2 sama tapi masjid I tu kat kl aje.

    BalasPadam
  25. Zue...

    kalau terdesak, harus sahaja kejadian itu berlaku!

    BalasPadam
  26. Tinie sayang...

    semoga Tinie juga sihat sejahtera. Sebenarnya banyak gambar yang boleh dirakam, tapi kakcik malas mengeluarkan kamera. Contohnya sebuah pejabat pos yang kelihatannya seperti sebuah rumah kampung yang cantik. :)

    BalasPadam
  27. CS...

    gambar itu kakcik rakam di sebuah Masjid di Sekincan, Selangor. :)

    BalasPadam
  28. Pernah juga terserempak dengan satu ibu dan anak nie , di sebabkan di tempat wuduk tiada tandas untuk emmbuang air kecil , si ibu suruh anaknya melepaskan hajat di situ tanpa rasa segan dan silu.. mata yang memandang langsung tidak di hiraukanya...

    BalasPadam
  29. salam kak cik..

    confuse juga bila baca gambar pertama. Bilik air tapi tak dibenarkan buang air..hmmmm

    BalasPadam
  30. kak cik minta tinggalkan nama , alamat dan no telifon akak di email amy boleh , amy_syaquena@yahoo.com

    BalasPadam
  31. Amy...

    sepatutnya ibu itu mendidik anaknya tentang tata susila, kan?

    BalasPadam
  32. Nida...

    kakcik pun terpinga2 dibuatnya! :)

    BalasPadam
  33. mesti akak ade lalu kg saya.. :)

    BalasPadam
  34. MDT...

    Kg apakah namanya? Kakcik menjelajah sampai ke Sg. Lampam di Sg Manik. :)

    BalasPadam
  35. alhamdulillah..
    saya masih boleh baca tulisan kat atas tu!
    hihi

    BalasPadam
  36. Dr h4ni3...

    Alhamdulillah. Ramai anak muda sekarang yang tidak mengenali tulisan tersebut. Sayang kan?

    BalasPadam
  37. saya tak penah ke sana, teringin gak nak sampai teluk intan, nak tgk menara condong tu

    BalasPadam
  38. Su...

    menara itu kalau dijaga dengan rapi, pastinya cantik dan menarik...

    BalasPadam
  39. Bagi orang yang waras lagi dewasa, takkan lah tak leh nak beza antara tempat wuduk dan bilik air...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com