Bila berkesempatan (mungkin sambil melipat pakaian atau sementara menyejukkan badan selepas memasak menjelang Maghrib), aku menonton drama Begitukah Cinta. Bukan kerana aku sedang bercinta macam budak-budak remaja.
Aku bukan hendak memperkatakan tentang jalan ceritanya. Tapi aku rasa kasihan melihat pasangan pelakon utama drama ini. Nazim Othman dan Ainul Aisyah. Lakonon mereka masih kaku. Aku lebih memberikan tumpuan kepada lakonan Ainul. Wajahnya bagai tiada emosi. Menangis bagai dibuat-buat. Wajah sedihnya tidak berbeza dengan wajah gembira. Sangat bersahaja.
Menyambut kepulangan suami yang disangka telah kembali ke rumah mertua, tidak pun ada rasa terkejut. Tidak juga nampak risau melihat suami yang cedera. Panggilan 'sayang' kepada suami sangat janggal bunyinya.
Eh! apa pula aku melalut pasal drama secara tiba-tiba ni?? Sajaaaaa... tak tahu nak cerita apa.
Jangan marah aaaaaa....
jangan jual saya aaa.....
BalasPadamsaya tak marah.
saja nak citer kat kakcik, saya ada kawan yg sepesen macam tu. Muka dia betul2 pesen takder reaksi. Kita taktau bila dia excited, bila dia marah, bila dia suka, bila dia feelings...
hakikatnya kat dunia nyata yg bebas dari action and cut tu mmg wujud manusia sebegitu, pelakon di layar sebenar, heh3...
kelakor tak? tak eh? takperlah.
balik dululah eh. tata.
wah yasmin ahmad..wahaha
BalasPadamsekali sekala mengulas tentang lakonan apa salahnya kak cik
wah..tiba2 teringat klu ayu nonton hindustan...bukan depa terlebih reaksi..
BalasPadamayu yg terlebih emo..dg tisu 1 kotak..hehehe
salam
BalasPadamwaa..kakcik sudah jadi pengomen drama hahaha
Wah..kak Cik dah jadi 'pengulas' drama( betul ke term ni, Kak Cik?)...
BalasPadamsaya dah lama tak tengok citer petang petang tu..kalau nak tengok, saya pastikan siapa pelakon dn pengarah dia....baru layan, itu pun pelan-pelan dulu..kalau citer tak habis habis dengan masalah remeh temeh..layan blog lagi bagus...
hehe saya pun layan gak cite ni kak cik sambil duk layan anak suka tgk lakonan aida khalida ngan pakaian muslimah yg anggun2 hehe
BalasPadamkak cik ..cerita ni pun tak best sangat...;heheh..saya ikut sekejap je... lepas tu, terlupa langsung... kak cik komen tu betul sekali... saya pun perasan..
BalasPadamkak cik,jat ade tgk gak kdg2 tu.
BalasPadamjat pun benda yg sama kak.
Kakcik - kira okay lah tu, walaupun lakonan budak tu tidak menjadi sangat, better than stesyen TV tu siarkan drama Indonesia yang sikit sikit 'Zoom', sikit sikit magik, sikit sikit mengarut entah hapa hapa entah. Nanti ita rotan budak tu dengan rotan mengaji ye. Dahlah tak pandai berlakon, pegang anak dara orang suksa suka hati je. libas tapak kaki tu karang baru tau. koh koh koh
BalasPadamsaya pun tengok drama ni...bukan sebab pelakon, memang tak berapa best diorang berlakon, secara jujurnya..cuma nak tahu jalan cerita...
BalasPadamtak tengok drama tu tapi memang ada pelakon begitu. tak tau kenapa dema jadi pelakon..heran jugak..
BalasPadamSaya tak begitu mengikuti cerita tu, kadang tengok kadang tak. Pelik gak macam mana they all ni boleh terpilih untuk berlakon
BalasPadamlebih sesuai jadi pelakon tambahan
BalasPadamwatak utama, diberi jangan!
kaku tak boleh di panggil lakonan
kelak kita penonton yg jadi sawan!
Antara sebab kenapa saya suka tengok cerita detektif Conan......
BalasPadamSalam Kak Cik,
BalasPadamDia orang berdua tu pelakun baru ke,
Saya jarang tengok aatv ni, ada masa nak juga tengok.
menonton juga cerita tu
BalasPadamhaha
sambil sambil makan malam
biasa la orang bujang
hehe
boleh jadi pengkritik ni ni kak chik
BalasPadamtak pernah tengok citer ni.. channel berapa yea ... he he he
BalasPadamSaya baca ereksi..
BalasPadambetol la kak chik ..eyna pun tgk ainul tu berlakon macam tak de perasaan jek
BalasPadamdrama yg saya slalu nanti-nantikan cume Gemilang. Cite cikgu-cikgu. Always getting inspired lps tgk drama tu..hehe
BalasPadamTak sempat nak tengoklah kak.
BalasPadamSaya macam nak tunggu aje citer Asmara 2 sebab nak tahu endingnya tapi kalau teringat..huhu.
makcik tak pernah lagi tengok dorang ni berlakon.Budak perempuan tu pernahlah, tapi makcik kurang minat, dia tak pandai menghayati watak.betul apa yang kak chik rasa tu.
BalasPadamQ...
BalasPadamkalau dapat 'jual orang lebih untung dari jual unta' bak kata Husin Lempoyang, waaaa... wa kaya maaaa.... :)
Wajah tanpa reaksi dan emosi tu, baru betul boleh dikatakan muka tembok kot??? Ish... susah juga nak telah isi hati orang macam tu, kan?
Imanshah...
BalasPadambila jadi pengulas tak bertauliah ni, maknanya kakcik betul2 dah tak ada idea nak bercerita! :)
Ayu...
BalasPadamkakcik sekarang dah tak layan lagi cerita Hindi, tapi kalau sesekali tertengok, boleh meleleh juga airmata. ;-)
jinkamen...
BalasPadampengomen yang langsung tak boleh dipandang! hehehe...
Cikgu Nurin...
BalasPadamkakcik pun 'layan' drama sambil-sambil sibuk keluar masuk ke bilik air atau sambil buat kerja-kerja lain, memang tak sempat nak terpaku lama2 depan TV (tapi depan PC memang boleh!) :)
Qemaishak...
BalasPadamKakcik pun kadang2 tengok drama, bukan tengok cerita tapi tengok fesyen! :)
Ros...
BalasPadamcerita dan lakonannya memang tak menarik sangat, tapi kakcik ikuti juga untuk mengetahui kesudahannya. ;-)
Zati...
BalasPadamsakit hati je tengok lakonan mereka, kan?
RR...
BalasPadamkalau sinetron dari seberang tu, lagilah entah apa-apa. Kadang2, dari awal ceritanya sangat ok, sampai satu peringkat kerana hendak memanjangkan cerita - entah apa2 jadinya! (itu pun ada yang minat setengah mati menontonnya) :(
KakCik
BalasPadamI follow drama tu. Hero buta tu budak baru. I think dia OK .. suka bila dia jadi baik gitu. Ainul tu pun budak baru .. Since drama tu produksi Rosyam Nor, moga2 dia boleh gilap bakat budak2 tu lebih gah lagi.
I suka episod semalam. Rosyam menampil jadi dirinya. Dia berurut kat hero buta tu. Bila ditanya nama dia siapa, dia jawab Rosyam Yes, kikikikikk..
Somehow I terhibur ...
Siti...
BalasPadamkakcik pun macam tu. Nak tahu apa jadi pada watak2 tu walaupun macam kita dah boleh agak apa yang akan terjadi. :)
Dinas...
BalasPadamdeme baru nak mengasah bakat tu. Lelama esok pandeile gamaknya. :)
Aidah...
BalasPadamRosyam mungkin nak membentuk mereka menjadi pelakon yang hebat suatu hari nanti. :)
sebab tu saya tak layan citer ni..
BalasPadamsaya lebih rela layan citer cina kat tv2 pastu sambung tv8..hihi :D
Dr Hanie...
BalasPadamtengok lakonan macam tak percaya
macamanalah nak jadi pelakon pujaan
mana agaknya yang lebih bahaya
di antara sawan dengan meroyan?
:)
Zool...
BalasPadamkakcik masih juga nak tengok tom & jerry. Eh! kakcik juga suka tengok Dance India Dance! hehehe...
Lipislady...
BalasPadamya, mereka pelakon baru yang sepatutnya belum boleh memegang watak utama (memandai2 je kakcik!) :)
Intan...
BalasPadamawal juga Intan makan malam, ya? :)
monalea...
BalasPadamsilap2 pengkritik kena baling dengan kasut! :)
Chik Na...
BalasPadamTV3 jam 7.00 - 8.00 malam.
Zeq...
BalasPadamish ish ish....
eyna...
BalasPadamkita yang tengok pun rasa semacam (atau bermacam2?), kan?
Sephia...
BalasPadamdarama Gemilang tu best gak. Kakcik juga kadang2 tengok Dia Bukan Maryam. :)
Reen...
BalasPadamCerita Asmara 2 tu dah mula, kan? Kakick tak sempat nak tengok pulak! Tapi macam tahu jugalah jalan ceritanya. :)
Cik Ina...
BalasPadamkakcik kadang2 bayangkan, macam mana kalau Nurkhiriah yang pegang watak tu...
CS...
BalasPadamsemalam kakcik pun tengok babak Rosyam datang tu, tapi kakcik terlepas masa dia cakap nama dia Rosyam Yes. Cuma kakcik dengar dia tanya 'Rosyam tu hensem ke?' Hehehe...
MDT...
BalasPadamciter Cina pun kadang2 best gak... :)