terus menulis sesuka hati
andai tiada yang baik untuk dikongsi
semata-mata catatan syok sendiri
elok juga kalau kusimpan di dalam diari
tak kutahu mana yang elok
walaupun rasanya sekadar berolok-olok
tak baik pula kalau ada yang tak seronok
membaca tapi di dalam hati rasa terjeruk
dengan ikhlas ingin kubertanya
anda mahukan catatan yang bagaimana
tentu tak enak asyik menghirup kuah sahaja
tapi isinya entah ke mana
asyik bercerita tentang anak-anak
bimbang nanti ada yang muak
hendak berceramah tentang agama
aku sendiri kurang segalanya
teringin juga membuka kisah lama
tapi bagai membuka aib pula
bukan semua indah untuk dikenang
mungkin airmata akan berlinang
masih ada yang terbuku di hati
tak perlu juga dicerita berkali-kali
simpan diam-diam di sanubari
mengharap dan mengharap tidak berhenti...
andai tiada yang baik untuk dikongsi
semata-mata catatan syok sendiri
elok juga kalau kusimpan di dalam diari
tak kutahu mana yang elok
walaupun rasanya sekadar berolok-olok
tak baik pula kalau ada yang tak seronok
membaca tapi di dalam hati rasa terjeruk
dengan ikhlas ingin kubertanya
anda mahukan catatan yang bagaimana
tentu tak enak asyik menghirup kuah sahaja
tapi isinya entah ke mana
asyik bercerita tentang anak-anak
bimbang nanti ada yang muak
hendak berceramah tentang agama
aku sendiri kurang segalanya
teringin juga membuka kisah lama
tapi bagai membuka aib pula
bukan semua indah untuk dikenang
mungkin airmata akan berlinang
masih ada yang terbuku di hati
tak perlu juga dicerita berkali-kali
simpan diam-diam di sanubari
mengharap dan mengharap tidak berhenti...
tak kisah kak..apa sahaja cerita yg akak nak kongsikan..kaseh ikhlas membaca.. kalau ada pengalaman hidup yg nak dikongsi pun besh gak kak..boleh gak kami jadikan pedoman..yg penting akak ikhlas je.. take care kak..muashh suka ar profile pic baru..chumell...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSelagi tidak menyinggung mana-mana pihak....ceritakan aje. Tapi kan kita tak ada niat menyinggung...deme kata ngata deme juga...sabojela.
selamat pagi kakakku kakcik
BalasPadamsajer singgah bawa lempeng pekak di pagi hari..
daku memang suka entrymu ini,,
bersahaja...tak kering gusi ku tersengih-sengih...
asal kau suka..daku lagi suka setiap entrymu sebelum ini
suker dengan tiap patah dan barisan ayat yg kakcik susun, dads why ai suker singgah sini hari2..
BalasPadamsaya tak kisah makcik~~takde peraturan yang mengatakan isi blog kena sekian ini,sekian itu~
BalasPadamAlahai kakcik apa nak kata
BalasPadamkatakan saja apa nak kira
kalau ikut kehendak yg membaca
bermacam-macam tidak terhingga
kalau ikut pilihan hati
cerita perjalanan hidup yg dititi
walau cerita dulu dikira basi
membaca kadang boleh terpahat di hati
Salam kak cik..... bagi saya kalau org tak suka dgn tulisan saya saya tak kisah itu blog saya.... tapi bg yang nak berkawan dgn ikhlas saya berterima kasih sangat... org yang ikhlas berkawan tak kisah la apa pun isi kandungan blog kita..... apa yang penting adalah hati kita....
BalasPadamAdikku Kaseh...
BalasPadambukan semua benda boleh kita kongsikan. Mungkin ada yang elok dipapar ungtuk menjadi teladan. Hmmm... nantilah kakcik fikir2kan. :)
Wa'alaikummussalam Myri...
BalasPadamitulah yang kakcik takut, kadangkala niat kita untuk bergurau disalahertikan hingga timbulnya persengketaan. :(
Selamat pagi adikku Ayu...
BalasPadamlempeng pekak tu makan dengan apa? Dengan sambal tumis, ya? Oh! kakcik suka (dah meleleh air liur ni)... :)
salam kakcik...
BalasPadammemang betul tak semua benda elok di kongsikan, tp mana yang kakcik rasa sesuai tu boleh saja di coret di sini, untuk tatapan pembaca yang setia...
Yus tak kisah baca apa saja, asal ada waktu terluang, untuk pengajaran dan iktibar diri sendiri, selain menjadi penghibur di hati.
NM02...
BalasPadamayat2 tu ada ketika meluncur laju je bila jari dah mula mengetuk papan kekunci. Ada masanya pula, hantuk kepala ke dinding pun tak juga datang ilham. :)
KakCik
BalasPadamI nak cakap macam artis atau pengeluar filem "kita tak mampu nak memuaskan semua pihak". Bezanya, mereka meraih pendapatan tapi kita? Biarlah kita syok sendiri. Bacalah kalau suka dan pandai2lah bawak diri kalau tak suka. Sekian terima kasih :-)
bujal x...
BalasPadamapa sahaja yang kamu tulis makcik akan baca dan komen sesuka hati makcik..hehehe...
Kakzakie...
BalasPadamkita memang boleh menulis apa sahaja
tapi blog kita terbuka untuk dibaca
tak seronok kalau dikata mengada-mengada
sedang hakikatnya hanya suka-suka...
:)
saya kalu ada idea
BalasPadamsaya tulis kat blog
jika xde..saya merayau2 aje jln2 umah kwn2..heheee
AKT...
BalasPadamkakcik juga suka berkawan. Cuma kita tak boleh nak baca sejauh mana ikhlasnya orang berkawan dengan kita. Yang boleh kita lakukan, bersangka baik sahaja. Semoga Allah melindungi kita sentiasa dari sifat syak wasangka. :)
~yus~...
BalasPadamsalam kembali. Kalaulah ilham itu bagai iar sungai yang tak henti mengalir, pastinya sentiasa ada sahaja yang boleh dikongsikan bersama yang sudi membaca. Tapi, air sungai juga tidak membawa bersamanya benda yang elok sahaja... :)
CS...
BalasPadamI setuju dengan apa yang you katakan itu. Tapikannnnnn... menjelang usia I yang ke 50 ini, hati I bagaikan dah sereput kayu yang dimakan anai2 - tunggu masa hendak bersatu dengan bumi. I kena berhati2 agar luka itu tidak berdarah lagi.
Ewah! apa benda yang I merepek macam skrip drama swasta ni??? hehehe....
SN...
BalasPadammerayau ke rumah kawan2 pun boleh memberi ilham... :)
kak cik,
BalasPadamhonestly apa aje coretan k.cik disini bnyk memberikan inspirasi utk saya... bnyk kata yg t'sirat namun sarat dgn manfaat jika diamat2...
saya kagum dgn penulisan kakcik...apapun jika lahirnya dr hati yg jujur, x kn mngkn ada siapapun yg boleh menafikannya...
akak....ajau resepi kuih2 lama lah kak...terutama kuih abuk2....teringin nak makan ni.....leh,tak...eh tak...lehhhhhh
BalasPadamPynGees...
BalasPadamkakcik menulis tu ikut apa yang tersirat di hati kakcik je. Kadang2, bila dibaca semula kakcik rasa malu sendiri dengan gaya bahasa yang kakcik guna. Tersangatlah 'tidak cendikiawannya'. :)
jeBateja...
BalasPadamkalau bab buat kuih, jujur dengan sejujur2nya - kakcik hanya tahu makan je. :)
Jom kak chik cuci mata, makcik tak kisah dorang nak tulis apa, jangan dorang tulis, "hari ni malas nak update, malas nak bukak blog" yang ni bukan tulis ke, bukan buka blog ke? kelakar betullah dorang ni.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadambetul juga tu. Kalau tak buka blog, macam mana nak tulis kat blog kan? :)
tulis la apa yang akak suka..yg pasti chik na setia membaca blog ni
BalasPadamiols tak kesah kakcik... iols baca jahh...
BalasPadambab sentap segala tu.... tolak tepi lah... dah ini blog kakcik kan???
kita tak boleh nak puaskan hati semua orang @ semua pihak..
the right one - apa yg kakcik rasa nak kongsi bersama - bukan semua entry borak kosong - some may think so.. but actually - ada satu dua isi yg boleh di guna-pakai...
muahhhhhhh!
Chik Na...
BalasPadamselalunya memang kakcik tulis apa yang kakcik suka tapi sesekali terfikir juga, blog ini ada yang turut membaca.... :)
miloais...
BalasPadamhmmm... itulah, tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kadang2, bila dah tulis, hati sendiri pun jadi tak puas... abih tu camno? :)
takpe kakcik.. tulis jer apa pun yang kakcik terasa nak kongsi bersama, yang penting saya sangat suka baca...
BalasPadamAanas...
BalasPadamkadang2 kakcik belasah je apa yang kakcik rasa nak tulis, walaupun susunan bahasanya entah apa-apa. :)
saya pun tak kisah kakcik
BalasPadamlagi pula..
kalau setiap hari pengisiannya sama serupa..
pun boring juga..
bukankah..? :)
Dr Hanie...
BalasPadamhendak mencari kelainan itulah yang susah bagi kakcik. :)