Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Mac 2011

Mungkin kita tidak akan bersua untuk beberapa ketika...

oh! tahankah hati ini agaknya
bila di rumah sendiri tidak dapat berleka-leka
apalagi ke rumah teman-teman hendak menunjuk muka

ada sedikit urusan perlu dibereskan
bermula malam ini rancangan dijalankan
sehinggalah esok pagi yang pakar akan menentukan
apakah perlu dibuang atau diteruskan

jangan cuba-cuba untuk meneka
diriku ini sudah terlalu tua
tak mungkin untukku 'berbadan dua'
melainkan sudah ditetapkan Yang Maha Kuasa

Khamis malam akan berangkat
meneruskan tugas PP di suatu tempat
sambil-sambil itu bolehlah berehat
atau melawat sambil melihat-lihat

InsyaAllah Sabtu malam akan kembali
dapatlah kita bersama lagi
doakan tubuh ini tidak lesu dan lali
bolehlah jari ini terus menari...


PP = Pembantu Peribadi


32 ulasan:

  1. Semoga kak chik tabah menghadapi saat yang sukar dalam hidup kak chik.kalau dah selesai, jangan lupa kembali ke sini .

    BalasPadam
  2. Cik Ina...

    terima kasih untuk doa. InsyaAllah, kakcik tetap akan kembali. Tak boleh tahan rindukan kalian...

    BalasPadam
  3. KakCik
    Wah! Dah jadi PA kekdahnya... Selamat menjalankan tugasan penting. Jaga diri baik2 :-)

    BalasPadam
  4. kemanakah itu kakcik?
    Apa pun jgn tglkan dunia blog, rindu nak berseloka baca entri kak cik ni.

    BalasPadam
  5. kakcik, bebaik ye...

    jgn lama2 nanti gb rindu....

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum my dear sis..:)

    Ooo...g jalan2 lagi yaa sis..:)
    best kan..:)
    Yang tini time cuti2 ni pun masih terperap kat umh..huhuhu

    Pe2..akak jaga diri..moga dipermudahkan segala urusan:)

    BalasPadam
  7. Kakcik,

    Selamat berpergian dan selamat kembali. Kita jumpa lg Sabtu nanti ye..insyaAllah!

    BalasPadam
  8. wah kakchik..
    nk gi mana ni, keje luar kwsn ke..
    blk nnti jmpe lg ye..

    BalasPadam
  9. kakcik,
    jaga diri walau dimana berada
    kami disini menanti setia
    usah di fikir yang berat segala
    kelak sabtu bersua semula


    :)

    BalasPadam
  10. Kak Cik,apa pun yang akan Kak Cik hadapi, saya doakan hanya yang terbaik untuk Kak Cik...

    BalasPadam
  11. semoga selamat semuanya ye kak cik..

    ingat..kawan2 sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kak cik..

    insyaallah...

    BalasPadam
  12. selamat petang kakcik...ayu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kak cik

    selamat pergi dan balik yer..
    ayu doakan yang baik2 untuk kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  13. semoga allah permudahkan segala urusan kakcik ye..

    BalasPadam
  14. Kakcik - Selamat pergi dan kembali ke rumah. Selamat ber'vacation'... koh koh koh

    BalasPadam
  15. kalau kakcik nak bercuti .. saya pun nak bercuti jugalah.

    tak tahulah berapa jam jer tahannya ! hehe

    BalasPadam
  16. Salam, Moga selamat pergi dan selamat kembali..

    BalasPadam
  17. kakcik... nak kemana pula tu? haaa....esok nak korek2 tanya abg bob. hehe

    BalasPadam
  18. kakakku kakcik..
    tak seronok yang membacanya.. sebab saya risau akan kesihatan kakcik.. saya akan sentiasa doakan moga kakcik baik2 saja.. tentu kami merindui sapaan penuh kasih sayang dari kakcik..

    BalasPadam
  19. doa pada tuhan banyak-banyak he..he.. mana tau, kun faya kun..

    BalasPadam
  20. Kakcik,
    Semoga sihat dan selamat sentiasa.Take care.

    BalasPadam
  21. kakcik..

    take cre ye..moga semuanya ok..:)

    BalasPadam
  22. my dear kakcik.... jaga diri baik2 ye...
    hope all is well on your side

    gonna miss you!
    muahhhhhhh n muahhhhhhhhhhh!~

    BalasPadam
  23. xpe kak cik
    beresin kejean itu dulu

    **saya pom rindu akan kedtgn kak cik kat umah saya..ehhe

    BalasPadam
  24. assalamualaikum kak chik..

    moga kak chik sihat sejahtera dan dpt kembali bersiaran semula...

    BalasPadam
  25. Bila dah selalu masuk rumah terkenang pulak dah jadinya. Moga perjalanan itu dipermudahkan....

    BalasPadam
  26. Teruskan perjuangan.
    Sentiasa menanti N3 terbaru kak cik.

    BalasPadam
  27. as'kum ibu

    bila mahu datang ke kuala? singgah dikedai dan pekena laksa semangkuk?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com