Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Mac 2011

Kenapa pula jadi macam ini...

Merujuk kepada catatan sebelum ini, nampaknya ada masalah untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada Adik Muhamad Abdul Rahim Hatib.  Tidak tahu apa yang tidak kena dengan akaun bank kakaknya Zawiyah Hatip...


Susur kembali ke blog beuatifulnara untuk mencari maklumat tambahan, terjumpa pula komen ini...


Jadi kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan, cubalah.  Mungkin jumlahnya tak sebanyak mana, tapi bila ramai yang membantu pasti sedikit sebanyak dapat meringankan beban saudara kita.

Selingan :

Tidak dapat difahami mengapa jadi begini :

terjadi sewaktu kakcik singgah di blog miloais  petang semalam!
Tabung gajah milo dah jadi tabung pengepala blog kakcik pula...




20 ulasan:

  1. salam kakcik,

    setahu saya pasal akaun bank tuh jadi cam gitu antaranya di sebabkan terlalu ramai orang memasukkan duit pada waktu sama atau dalam tempoh tersebut. penerima akaun (kakaknya) terpaksa hubungi pihak bank & perlu maklumkan masalah tersebut

    BalasPadam
  2. PC kekadang bengong~~sama macam pc saya gak~~makcik da minum??

    BalasPadam
  3. w/salam eelobor...

    kakcik agak pun macam tu juga. Alhamdulillah, sekurang-kurang ringan juga beban mereka bila ada yang sudi membantu. :)

    BalasPadam
  4. bujal x...

    makcik pun selalu bengong!

    Macam biasa, makcik suka minum milo tapi bukan miloaiskurangmanis

    BalasPadam
  5. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    sedikit tapi bermakna. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. kakcik : akaun tu - may be ramai sgt yg access dalam masa yg sama....
    so kena cuba le masa orang tak ramai access...

    tabung gajah iols buat hal le plak... gamaknya tu - kita kena share tabung gajah kot!
    ekekekeke

    BalasPadam
  7. milo...

    besar kemungkinan, itulah sebabnya akaun itu tidak dapat ditembusi.

    jom kita kongsi tabung jommm... tapi, tabung kakcik dah kosong. Sekarang kakcikm pasang balik bukan untuk kumpul 'sen' tapi sebab nak intai siapa yang datang ke blog kakcik...hehehe... :)

    BalasPadam
  8. psl bank tu den xtaula kak...huhuhu


    tp psl hak 1 lg tu sbb line biol pun ye gak...lately ni line demam denggi gamaknya huhuhu

    BalasPadam
  9. walaupun sumbangannya tak banyak mana... tapi pahala itu berpanjangan.. :)

    BalasPadam
  10. Mimi...

    selalunya ruang 'borak2' (shout box), yang rajin dihinggapi iklan... memang line x clear la agaknya... ;-)

    BalasPadam
  11. Kak chik kadang-kadang line terlampau busy sebab tak boleh transfer. Selalu bank line okey, bawak pukul 11 pagi.makcik pun dah banyak kali kena cam tu, account sendiri pun tak boleh log in.

    BalasPadam
  12. LINE BZ LA KOT...... SELALU GAK JADI CAM NI....

    BalasPadam
  13. salam kak cik..

    Terima kasih di atas info ini , en.hubby dah ambilkan no akaun semalam mudah2an tiada masalah untuk di beri sumbangan hari ini...

    BalasPadam
  14. Cik Ina...

    nampaknya nanti-nanti sahajalah buat urusan tu... silap2 nanti, lupa pulak...

    BalasPadam
  15. AKT...

    ramai yang berpendapat begitu, nanti tengok semula macam mana...

    BalasPadam
  16. W/salam Amy...

    sama-sama. Kalau rezeki mereka, akan dapat juga nanti kita membuat sedikit sumbangan....

    BalasPadam
  17. salam k.cik ku...

    slalunya begitu lah dugaan bila kita b'niat m'buat kebaikan... moga2 usaha kita utk m'bantu dipermudahkan...

    BalasPadam
  18. Gee...

    Alhamdulillah, masalah itu telah selesai. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.