Kawan-kawan kakcik

Isnin, 21 Mac 2011

Ke Sabah lagi...

Kanda AL bertanya :


Jam 8.10 malam (sepatutnya 7.55 malam) berlepas dengan penerbangan MH2628 ke LTAKK.  Seperti biasa, menjadi peneman setia kepada suami.  Beliau pergi ke sana untuk meninjau tempat-tempat yang bakal dilawati oleh seramai lebihkurang 40 orang dari Syarikat tempatnya bekerja pada hujung bulan Mei nanti.  Program Integrasi Nasional tersebut akan berlangsung selama 7 hari 6 malam (oh... kalau suami terpaksa pergi pada waktu itu, aku tidak akan mengikutnya.  Selain dari terpaksa mengorbankan cuti, aku dapat rasakan yang aku tidak akan menikmati kegembiraan.  Hanya akan dapat penat dan sakit badan!).

Untuk sehari setengah lawatan tinjauan itu, tidak banyak tempat yang sempat kami singgah.  Dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, ini adalah antara tempat yang sempat kami tinjau...

Kami menginap di sini
Kundasang - yang kebanyakan waktu diseliputi kabus tebal

Makan tengahari di Sutera Sanctuary Restaurant, Poring.  Makanan di hidangkan secara buffet tapi boleh ambil sekali sahaja.  Tidak boleh ditambah.  Jadi kalau rasa nak makan banyak, ambillah sekali harung...
Ini di hari kedua.  Daftar keluar dari hotel dan teruskan lawatan sebelum ke LTAKK. Acara kemuncak Integrasi Nasional nanti akan berlangsung di tempat ini.
Di Monsopiad Cultural Village
Tanpa bertukar pakaian, terbang balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan jam 5.35 petang.  Suami sempat menukar pakaian dan bersolat di lapangan terbang.

nota hati :  masih banyak gambar untuk disiarkan dalam catatan akan datang.  Jangan ada yang termuntah pula, ya? 



26 ulasan:

  1. salam
    kak doa selamat pergi dan balik..
    gambo makan buat gua lapo

    BalasPadam
  2. bl dh asyik pegi sana sini..pernah tekad balik hari dri KL-KK-Kota Belud-Kl..

    ahhh..tak boleh buat lagi keje begini...semput tercugap-cugap

    BalasPadam
  3. saya pun berkemungkinan akan ke sabah jika ada rezeki pada pertengahan jun ini kerana mengikuti kontijen sukan

    BalasPadam
  4. Sallam Kak Cik,
    Nampak macam kakcik charter je pesawat tu, sorang je kat seat.

    BalasPadam
  5. more piccas kak..rindu nak g sabah...

    BalasPadam
  6. salam kakcik... nnt kakcik tk ikut ker program tu? sy teringin mau ikut... tp tk dapat. huhu. tgk gmbo kakcik jek la. hehe

    BalasPadam
  7. salam

    saya belum sampai lagi sabah..huhu

    BalasPadam
  8. kakcik,

    pm kan alamat ke FB acu atau ke emel acu ek sephiasayang@yahoo.com

    BalasPadam
  9. huhuhu..bestnye kakcik! sy lm da tringn mau pg sabah. tp iAllah bln sepluh ni mau nyelam kt pulau sipadan.hoho .tpkse tggu bln sepluh sbb nk dpt rege tket 25henggit.huhu..

    BalasPadam
  10. ini leh dikira gi jalan2 lah kakcik...kan....kan...kan...best gak ni....

    BalasPadam
  11. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    kakcik dah selamat pergi dan kembali. Terima kasih, dik. :)

    BalasPadam
  12. IE...

    memang semput kalau tidak punya rehat yang cukup, kan? :)

    BalasPadam
  13. eelobor...

    oh! pastinya seronok nanti bila waktu penuh terisi... :)

    BalasPadam
  14. W/salam Lipislady...

    sebenarnya tempat duduk kakcik di tepi tingkap (tempat kesukaan kakcik kalau menaiki pesawat), tapi disebabkan banyak tempat kosong, kakcik duduklah sesuka hati. Duduk di tepi tingkap pun tak boleh nampak awan sebab sayap airbus itu tersangar besar... :)

    BalasPadam
  15. Kaseh...

    InsyaAllah, nanti kakcik letak ya? :)

    BalasPadam
  16. W/salam Cyana...

    untuk non-exec je, kan? Mohonlah untuk jadi urusetia...hehehe...

    Kakcik tak nak ikutlah - penat! :)

    BalasPadam
  17. Imanshah...

    kakcik percaya, kalau sekali dah sampai nanti - akan berkali2lah Iman ke sana lagi... :)

    BalasPadam
  18. @cu...

    dah selamat kembali ke tanahair, ya? Alhamdulillah. Nanti kakcik emelkan alamat tu. :)

    BalasPadam
  19. Yna...

    menyelam di Pulau Sipadan? Wah! seronok tu. Nanti boleh letak gambar kat blog banyak2, ya? :)

    BalasPadam
  20. jeBateja...

    jalan2 cari penat! hehehe... :)

    BalasPadam
  21. tak muntah pun..hari ni sy otw blik sbh..heheeee
    rndu kat sbh,ngeeee

    follow sni akak..

    BalasPadam
  22. kak cik, su dah pos hadiah tu, kak cik tunggu ekk

    BalasPadam
  23. WS...

    bila balik dapatlah melepaskan kerinduan, ya? :)

    BalasPadam
  24. Su...

    terima kasih. Tak sabar ni nak menanti ketibaan hadiah itu.. :)

    BalasPadam
  25. salam kak cik...

    wahhh..bestnya dpt pegi jalan2 cuci mata... wlupun masanya singkat tp sgt signicant... rindu lak rasa nk fly ke sabah... teringin nk bwk Q fly... tunggu mami & babahnya free aje... ntah la bila agaknya..hu.hu..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikom!
    slamat balik dh ye alhamdulillahhh..
    idoknye muntah aiihh.. ce pos lagi!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.