Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Mac 2011

Kata Menteri...

di dada akhbar aku terbaca
seorang menteri telah berkata
'cuba tunjukkan kepada saya
undang-undang mana yang ada berkata
menonton video lucah itu salah adanya'


SubhanAllah... MasyaAllah...

jelas dan nyata dia sebangsa denganku
kalau begitu kita pun tahu
di kad pengenalan mesti tertera
Islam itu agama anutannya

aku tidak berani menghukum dan mengata
walaupun kini makin terang dan nyata
Islam dan bangsa hanya pada nama
tapi amalan dan pegangan berbeza-beza 

Apakah undang-undang dibuat terpilih-pilih
'saya boleh tapi kamu tidak boleh'
kalau kes orang habis semua dilondeh
tapi bila kes saya kamu buat-buatlah jangan menoleh 

kalau menonton tidaklah salah
membuat dan mengedar juga jangan ditegah
bagaimana hendak ternganga-nganga
kalau pelakunya tidaklah ada

dalam Al Quran telah tersurah
hukum hakam terang terserlah
jangan kita mengambil mudah
apa yang telah diaturkan oleh Maha Pemerintah

kerana kuasa yang Dia pinjamkan
kita berbuat seolah tiada pedoman
apa sahaja sanggup dilakukan
agar segalanya dalam genggaman... 


48 ulasan:

  1. saya dah malas tgk berita n baca paper kak.....balik2 ini jugak yg kuar...pastu stetmen yg bukan2 je haihhhh




    psssttt kak..n3 saya xupdate dlm list akak tau...kunci spare dah ada akak masuk terus je 'umah' saya tu hehehehe

    BalasPadam
  2. Itulah percakapan orang yang tidak mengguna guna akal tapi kepala lutut. Baghal punya orang

    BalasPadam
  3. salam k.cik ku...

    masyaAllah... sedih m'bacanya bila hamba Allah sebangsa kita meluahkannya... hukum hakam diambil mudah..diambil ringan... apakah dunia sudah akhir zaman???

    BalasPadam
  4. ye teman sokong komen yg Ariff lg Budiman itu.. baghal lg bahallol!

    BalasPadam
  5. maafkan mereka.

    mereka muslimin bukannya musminin
    orang islam tapi tahap belum beriman..

    moga sempat TOBAT sebeum koma..

    BalasPadam
  6. makin hari - makin terserlah kebodohan dan kebanganggan pihak atasan nehhhh!~

    setiap hari ada jer statement yg baghal bak unta padang pasir [kesian kat unta kan????] dari orang2 itew!

    depa ni kan.... otak letak kat bontot ke????

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ibu,

    sedih bila baca kenyataan dia

    itulah akibat jika undang2 islam tidak diamalkan..

    apakah ini pemimpin kita?

    tepuk dada tanya diri sendiri.

    saya tak menyokong mana-mana pihak, saya sokong Islam saja.

    hahahah..

    yang saya pasti, politik sucks..

    BalasPadam
  8. Kak Cik, hukum Allah sengaja ditolak semata-mata nak membuktikan bahawa 'aku benar', seolah-olah dia yang melondehkan aib orang itu ( yang belum terbukti )amat maksum dan suci.

    Benci sekali dengan benda-benda sebegini. Amat benci, kerana yang menjatuhkan dan cuba dijatuhkan adalah orang yang mengaku umat Muhammad.

    BalasPadam
  9. politik malaysia di tahap sampah!

    BalasPadam
  10. menyampah baca paper sekarang nie..
    tak abis2 isu politik...dah jadi cam drama bersiri indon dah...

    BalasPadam
  11. Ada yang berkata,
    kalau terbukti benar dia, gugurkan segala jawatan politik
    Sedangkan hukum Allah,
    kalau terbukti benar dia, maka hendaklah dihukum mengikut hukum Islam.

    Malas nak tahu dah kakcik. kakpah dari mula tak nak ikut cerita bodoh ni.

    BalasPadam
  12. Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    BalasPadam
  13. undang2 manusia beginilah jadinya..selalu double standard..

    tapi tak berani komen lebih2 nanti kontroversi plak jadinya.. :D

    BalasPadam
  14. alamak. menteri mana yg cakap tu kakcik?

    buat malu bangsa melayu ja!!

    BalasPadam
  15. bosan dgn suasana politik malaysia..sesama islam dan melayu tak mahu bersatu..asyik saling menjatuhkan

    BalasPadam
  16. ada terbaca jugak dan cuma mampu bersimpati & mengutuk dalam hati jer

    BalasPadam
  17. apa sahaj benda kalau dipolitikkan memang akan jadi cam gitu kak cik...huru hara semuanya walaupun telah terang lagi bersuluh bukan dengan lampu neon lagi tapi dengan matahari!

    BalasPadam
  18. Mimi...

    setakat ini kakcik masih juga membeli satu akhbar setiap hari (sekali sekala beli dua), tapi kakcik memang tidak membeli akhbar yang menjadikan politik sebagai tajuk muka depannya...

    BalasPadam
  19. AB...

    nak kata bodoh - belajar sampai ke luar negara. Ada ijazah panjang berjela (asli atau palsu bukan urusan kita), menjadi pula pemimpin negara, tapi bila bercakap tidak guna otak yang di kepala...

    BalasPadam
  20. W/salam Gee...

    dunia semakin tua dan mungkin kerana itu ramai yang nyanyuk walaupun usia mereka masih muda...

    BalasPadam
  21. AzeedA...

    doakanlah agar mereka dan kita juga sempat bersyahadah sebelum mati...

    BalasPadam
  22. milo...

    kalau otak udang, masih boleh menjadi penyedap kuah laksa...

    BalasPadam
  23. Wa'alaikummussalam Azween...

    ibu juga menyokong yang benar2 memperjuangkan Isalam kerana agama yang suci itu sendiri bukan kerana kepentingan peribadi...

    BalasPadam
  24. Cikgu Nurin...

    ada yang tidak segan silu 'memotong2' ayat Al Quran demi menegakkan benang yang bukan sahaja basah tapi kusut masai tidak terurai...

    BalasPadam
  25. D DZ...

    suka tak suka, kita tetap berada di dalam lingkungan sampah itu...

    BalasPadam
  26. AKT...

    mungkin juga mereka naik kerana kita yang memilih dan sekarang kita terpaksa menelan walaupun pedih...

    BalasPadam
  27. Acu...

    kakcik dah lama tinggalkan drama2 Indon itu... ;-)

    BalasPadam
  28. Kakpah...

    kebetulan hari itu kakcik terbaca, selalunya kalau kisah2 politik dan kisah2 'drama swasta' ni memang kakcik tak layan - baik kakcik baca majalah Ujang yang anak kakcik beli!

    BalasPadam
  29. MDT...

    komen sahajalah melalui peti undi nanti. Silap2 cakap nanti, 'ke dalam' pula kita...

    BalasPadam
  30. kakakku kakcik..
    ini bukan tahap baghal ni.. bodohnya baghal tidak sampai memudaratkan... malah berguna jgk bia sesak nak berpergian dan mengangkut barang... ni tu jatuh tahap gila dah ni.. pastu, cuba memperbodohkan org lain.. malangnya, di kampung2 sana.. cakapnya sangat laku.. maka, bertebaran fitnah...

    BalasPadam
  31. gB...

    adalah... yang datangnya dari negeri yang sama dengan kakcik! (malu nak ngaku)

    BalasPadam
  32. Rina...

    suka tak suka, itulah yang kita ada...

    BalasPadam
  33. eelobor...

    mujur ada blog ini, kalau tidak - kakcik pun menanggung bengkak di dalam hati!

    BalasPadam
  34. Aina...

    kerana selesa dengan kipas dari segenap ceruk, maka bahang mentari itu tidak menakutkan sesiapa... :(

    BalasPadam
  35. Adikku Samad...

    kesian kat mereka yang dunianya hanya siaran TV percuma dan suratkhabar yang kerjanya menyebarkan fitnah sentiasa...

    BalasPadam
  36. menteri manalah tu yg ngok ngek sgt...nak memimpin tapi diri sendiri pun tak tentu arah tujuan.

    BalasPadam
  37. Salam :

    Macam2 perkara yang berlaku zaman sekarang ni..
    Ada kalanya macam dah takleh nak masuk dek akal..

    :)

    BalasPadam
  38. salam kakcik,
    baru semalam dengo ceramah ustaz azhar idrus pasai menonton video lucah.. haraammmm..

    BalasPadam
  39. Pemimpin sekarang dah hilang arah tuju.lagilah dah dekat nak pilihanraya ni, mulalah lawak-lawak bodoh keluar dari mulut dorang.masing-masing nak up kan diri

    BalasPadam
  40. sedeh kan, lihat pemimpin namanya islam tapi pegangan..? takut pun iya sebab kempimpinan ditangan mereka yg kurang/tiada akal???

    BalasPadam
  41. ieda...

    sama2lah kita doakan agar dia sedar kesilapannya itu...

    BalasPadam
  42. adol...

    ada juga yang sudi menelan tanpa membelek sama ada makanan itu sesuai atau tidak untuk dimakan...

    BalasPadam
  43. Cik Ina...

    bagai enau dalam belukar. Siapa yang berjaya melepaskan pucuknya ke atas, akan bernafaslah ia dengan selesa...

    BalasPadam
  44. nursalamah...

    semoga kita tidak dihampiri kehancuran kerana kejahilan kita sendiri....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com