Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 26 Mac 2011

Belum begitu pulih...

kepala berdenyut-denyut
mata terkelip-kelip
leher rasa tegang

hilang semangat nak menjawab komen
rasa berat nak jengah kawan-kawan
cuma singgah satu dua rumah
jengah-jengah
sapa sikit-sikit

enaknya kalau dapat terus berbaring-baring
tapi rasa semuanya bagai tak kena
kena keluar sekejap lagi
ada beberapa urusan perlu dibereskan

kalau diizinkan Yang Maha Kuasa
nanti dapatlah kita berbicara lagi, ya...

RANGGU??  Rangup kot!




44 ulasan:

  1. Kalau ikut crispy tu mesti dia maksudkan ranguplah tu. nak business kat M'sia tapi eja perkataan Melayu pun tak betul. Carilah pekerja Melayu yg pandai bab-bab itu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..:)

    Pagi tadi memang ada singgah blog akak..dan bila tgk komen2 tak berbalas..mmg terlintas di hati..mesti akak tak berapa sihat lagi tuu..ermm

    Moga akak cepat sembuh nanti:)Take care my dear sis

    BalasPadam
  3. IM pun dah seminggu demam tak kebah juga. Asyik kena hujan.

    Nak tidur juga tapi tak boleh...

    BalasPadam
  4. Rehat cukup cukup kak..mmg klau kita tak sihat, kwn kwn dtg komen pun tak berbalas...sama jugak macam saya....

    Kerepek jenama apa tu?

    BalasPadam
  5. salam kak cik..jangan paksa badan kak..rehat2 dulu..bagi segar badan sikit...

    BalasPadam
  6. kakcik, have a good rest.

    *kalau mkn kerepek pisang tu boleh nampak ranggi kot kan? hihihi~

    BalasPadam
  7. begitulah tubuh badan bila tidak sihat akan menjejaskan tumpuan2 yang lain. selamat berahat & semoga akak cepat sembuh

    BalasPadam
  8. moga cpt akak sihat n segar ye..
    :)

    hepi wiken!

    BalasPadam
  9. ala akak ni..tak sihat tu bawak2lah baring2...tu nk kleuar gak..nanti kakcik tambah sakit sape yg susah..kakcik gak...

    ida doakan kakcik cepat sembuh ye..sayang kakcik.

    BalasPadam
  10. "tu la kak...ni tentu pasal penangan pulut, sarapan smlm kan...saja nak jadi sbb jaa kan akak...alahhh itu tanda bdn minta rehat....rehat je lah,weekend2 ni kan,memang sesuailah.."

    BalasPadam
  11. jom gi jogging keluarkan peluh. aina kalau dah macam tu memang kena keluarkan peluh insyaallah...

    BalasPadam
  12. Kakzakie...

    kerepek tu kakcik beli di lapangan terbang Kota Kinabalu sementara menanti menaiki pesawat ke KL.

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam Tinie Sayang...

    sekarang pun kepala kakcik masih berdenyut2, ditambah pula dengan selsema...

    BalasPadam
  14. Assamualaikom :)

    rehat ye.. mane yg leh pospon tu pospon le dlu..
    moge disembuhkan Allah cepat.. amiinn!

    BalasPadam
  15. IM...

    semoga cepat sembuh. Kalau IM 'tumbang', siapa nak uruskan ibu_suri, kan?

    BalasPadam
  16. Cikgu Nurin...

    kerepek jenama RANGGU... tapi boleh dimakan tanpa ragu2, hehehe...

    BalasPadam
  17. Suri...

    kakcik dah telan pil dan bawa tidur, cuma berkurang sikit je sakitnya...

    BalasPadam
  18. gB...

    nampak ranggi, nampak macam tak bergigi adalah... hihihi...

    BalasPadam
  19. eelobor...

    kerja rumah kena buat juga...

    BalasPadam
  20. Salam :

    Kakcik, takpe.. berehat dulu..
    Biar mood berblogging tu dicas semula..

    Hehe..

    :)

    BalasPadam
  21. Mimi...

    terima kasih. Semoga hujung minggu Mimi juga menggembirakan... :)

    BalasPadam
  22. Ida...

    kena keluar sebab ada urusan2 yang perlu dibereskan. kalau hari kerja, tak sempat! :)

    Sayang Ida juga.

    BalasPadam
  23. Piasara...

    kalau boleh, nak je rasanya pergi manjakan diri kat spa.. tapi, hari ini tak sempat. Mungkin esok sajalah...

    BalasPadam
  24. Aina...

    kakcik ni joging dalam rumah je.. ke atas ke bawah, ke depan ke belakang... :)

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    meh datang sini, tulong picit2kan badan teman ni meh... :)

    BalasPadam
  26. W/salam Adol...

    nanti2 mood tu datanglah semula hendaknya...jangan tak datang langsung dah la! :)

    BalasPadam
  27. salam kenal kak cik..

    semoga cepat sembuh...selalunya ubat sakit kepala ni tidur dan rehat yg cukup...

    BalasPadam
  28. moga dah hilang denyutnya.. rehat secukupnya time cuti ni kakcik ye

    BalasPadam
  29. akak ada penyakit apa? darah tinggi?
    boleh tanya/email saya kalau nak tanya apa2..saya bantu apa yg mampu

    BalasPadam
  30. High blood ke kak.. Kes ke Hospital Al Islam dulu tu ke kak.

    BalasPadam
  31. salam k.cik ku...

    hr nie sy t'pksa duty coz ada Program "Selangkah Ke UiTM"... wlu t'pksa tp dek kerana tuntutan t.jwb kugagahkan jua...

    apapun, curi2 masa smbl tmn hubby wat assignment nih...jengah ke blog k.cik...k.cik...moga k.cik cpt2 sembuh ye...

    BalasPadam
  32. ngak apa2 kakcik...buat le mana yg penting dulu....sonang2 leh jalan2 kat rumah kita orang...ahakz

    BalasPadam
  33. salam kakcik..

    semoga cepat sembuh..=)

    BalasPadam
  34. Ladysirna...

    salam kenal dan terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen. :)

    Kakcik dah cuba tidur, bila bangun sakitnya tak hilang!

    BalasPadam
  35. ibuintan...

    kakcik tak dapat nak rehat semalam kerana ada jamuan makan-makan. Bila jamuan selesai, kemas itu ini hampir jam 2 pagi. Lepas tu, setiap jam terjaga. Selepas Subuh, terus tak tidur. Mungkin petang nanti dapat berehat sekejap...

    BalasPadam
  36. Dr DZ...

    kakcik tak ada darah tinggi sebenarnya. Kalau ada pun paras 'border' - mungkin bila kakcik stress. Yang pasti, kakcik memang pengidap athma. Ada juga masalah resdung yang tak hilang2, bak kata Dr Singa - 'sampai mati'... :)

    BalasPadam
  37. Yan...

    kes kat Hospital Al Islam tu, kes 'wanita hujung usia'... ;-)

    BalasPadam
  38. PynGees...

    dah tugas, kenalah didahulukan, ya tak? SEmoga Gee juga sihat2 sahaja. :)

    BalasPadam
  39. W/salam Kalamhati...

    terima ksih, dik. :)

    BalasPadam
  40. jeBateja...


    rumah kalian tetap kakcik jengah walaupun tanpa jejak... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.