Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 Februari 2011

Ramainya Prof. Dr. sekarang ini...

... tertanya-tanya juga tentang kelulusan mereka dan di universiti mana mereka belajar/mengajar.  Tengok kepetahan bercakap, memang TERsangatLAH petahnya, cuma kandungan dalam percakapan itu bagaikan terlebih kuah dari isi ... (wah! pandai-pandai pula aku mempersoalkan kelulusan orang sedangkan aku sendiri SPM pun tiada)





Selalunya kalau memberikan biodata, akan berderet-deretlah ditunjukkan belajar di mana dan apa pencapaiannya.  Tapi kalau cuma ada PhD sahaja yang boleh diperolehi dengan kos lebih sikit RM2,000 dari negara Datuk SRK, tu kira macam kelas lompat ya? (alaaa ... kakcik tu dengkilah tuuuu...)



33 ulasan:

  1. kakcik
    selamat tengahari..
    ayu pun spm jer...hehehhehe

    (ops..ada lah tinggi sikit dr spm..tak baik tipu kan?)

    BalasPadam
  2. sebabnya sekarang ni kalu setakat ade degree je, susah nak dapat kerja...

    3,4 org anak buah yg ade degree tak dapat kerja yg setaraf kelulusan.. kesian depa.. kerja apa saja asalkan ade kerja

    BalasPadam
  3. ada yang memang betul2 belajar lagipun zaman sekarang ni banyak peluangnya...tak di nafikan yg beli pun senang dapat, alkisahnya jugak tak pernah gi kelas pun leh dapat master...entahlahhh...

    BalasPadam
  4. Pelik sebab sijil pun boleh di beli sekarang ni.

    Tapi tak di nafikan ramai juga yang berhempas pulas nak dapatkan phd dan title Dr. kat depan tu. Saya dah tengok sendiri mcm mana susahnya suami nak dapatkan semua tu, saya sendiri tak akan boleh nak buat dan memang tak mampu nak buat..huhu

    BalasPadam
  5. pesen zaman skrg kak...
    sijil pun banyak hak tipu punya..
    biodata akademik kemain panjang....hujung2 semuanya tipu jek huhu..



    psstttt kak...moga cepat sihat...lambat masuk sini ni ari ;)

    BalasPadam
  6. saya baru terbaca pasal emeritus prof dr sir yg tipu. beraninya menipu walhal diri sendiri yg tertipu.
    belajar demi ilmu untuk menjadi hamba yg lebih baik, bukan untuk pangkat dunia yg tak melalaikan..

    BalasPadam
  7. tu la saya pun dah terlalai :D
    dari mana pulak 'tak' tu timbul?

    BalasPadam
  8. salam kakcik..

    selamat tengahari..

    da makan?heheh..

    ala akak..bg sy yg penting rajin dan eppy..ehhehe

    BalasPadam
  9. takpe kakcik. dah mati karang takkan ditanya dah mende tu sume tu ye dak?

    BalasPadam
  10. Apa yg kakcik kata memang ada berlaku. Lagilah kalau fulus utk ke oversea ada. memang mudah sesangatlah. Balik je dah ada tittle tu. Em.....

    BalasPadam
  11. ada Ph D janganlah anggap meeka tahu segala-galanya.
    walhal dapat Prof. dalam bidang sukan,bidang ikan,...

    BalasPadam
  12. itulah namanya Dr Mickey Mouse...heboh benda ni di Malaysia..tapi gomen mcm tak serius nak tapis kelulusan sekian bagai penceramah bogus kat luar sana

    BalasPadam
  13. salam kak cik..dunia dah macam2..tambah sekarang dunia tanpa sempadan..buat tesis amik dari internet je pun penah dengar...

    BalasPadam
  14. saya punya pun beli jugak..hek3
    kira gulung bukan kira helai....
    takder la...tipu jer tu...

    BalasPadam
  15. lepas spm saya belajar kat cosmopoint, tapi sayang...tak diiktiraf oleh kerajaan. so, spm saje la...

    BalasPadam
  16. kak cik..org skarang ni dapat pangkat ngan duit (bukan semua)..

    Yang penting pangkat kat akhirat pun kena tinggi gak..

    BalasPadam
  17. skrg byk yg segera kak cik
    ada $$$ semua bole..betul tak??

    BalasPadam
  18. tak sangka pula begitu murah harganya .. saya ingat nak beli satu, lepas tu nak beli dato' pulak. wah .. Dato' Dr. Hamzah. Ngam tak ?

    BalasPadam
  19. sokong 2 sokong kak chik..
    jom belanja...sijil jerr boleh.

    BalasPadam
  20. lebih merisaukan
    sekarang ni banyak sangat U tipu - esp kalo belajar online - buat master online kekdahnya!

    BalasPadam
  21. Oleh itu, mereka yg menipu jarag terlepas kalu nak syarah di gomen, tapi pakai copy pun lepas jugak kan?

    BalasPadam
  22. Kak Chik..kenkadang, lagi tinggi pelajaran, lagi kurang pengetahuan....sekarang ni, semua tu boleh beli jer....

    BalasPadam
  23. Salam Kakcik

    Masalahnye orang kita mudah juga terpedaya dengan title tu kan?
    Saya pun sama..

    Back to basic, buku boleh beli tapi bukan ilmu. Title boleh beli tapi bukan respect. :)

    BalasPadam
  24. haritu kawan saya pi bercuti di Thailand, dia jumpa sebuah gerai kecik boleh print ijazah! boleh pilih nak ijazah dari universiti mana, kahkahkah!

    BalasPadam
  25. Skr nie mmg ramai pakai sijil tipu huhuhu...

    BalasPadam
  26. assalamualaikum

    bagi saya kan kak cik, orang yang banyak pengalaman macam kak cik merupakan prof dan dr yang paling teror..

    orang yang macam ni saya lebih rasa nak hormat daripada org prof dan dr pangkat.

    bukan apa, kadang2 mereka merendah-rendahkan orang lain..itu saya tak suka.

    hehe..saya ada degree dan bakal mengambil master tak lama lagi. Cuma, pengalaman hidup rasanya lebih bernilai lagi

    BalasPadam
  27. sesetengah org mmg gila pangkat, nanti anak nak kawin, leh tulis nama panjang2, agaknye kalau dia tulis pangkat banyak2, org bagi salam kokot tu banyak sikit kott.. heheh

    BalasPadam
  28. Sekarang semuanya boleh dibuat.yang penting DUIT kakcik.Alahamdulillah dah masuk 12 kerja goment walaupun ngan SPM je.

    BalasPadam
  29. dorang satu persatu listkan kelulusan yg dorang ada, supaya masyarakat percaya ngan kredibiliti dia sebagai orang bijak pandai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com