Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 Februari 2011

Ramai orang boleh bercakap...

... tapi tidak ramai yang boleh menarik perhatian!

Sumber gambar : twainquotes.com

Sayangnya Cikgu Mazidul  tidak menyambung lagi Kelas Pengucapan Awam yang telah dimulakannya DI SINI dan DI SINI.

Memang pening, membosankan dan pelbagai rasa lagi apabila terpaksa menghadiri kursus, seminar atau yang sewaktu dengannya bila yang memberi ucapan di hadapan hanya bercakap seolah-olah tiada orang yang mendengar ucapannya.

Malang juga bagiku yang tiada SPM ini bilamana tidak memahami Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh penceramah yang sebangsa denganku!  Dari awal hingga akhir, Bahasa Melayu hanya diselit-selitkan sahaja sedangkan yang hadir mendengar, 98% adalah orang Melayu.  Betullah kata Usop 'itulah pentingnya English Education'...

Malang berganda bila penceramah yang lain lebih senang bercakap dengan 'dinding' dan merenung kosong ke hadapan daripada berinteraksi dengan mereka yang hadir.

Atau adakah aku yang terlalu mengada-ngada sedangkan orang lain yang hadir begitu gembira?  Cuba suruh aku berdiri di hadapan dan memberi ucapan kepada khalayak - memang tak akan mampu untuk aku lakukan. :(


42 ulasan:

  1. " hanya bercakap seolah-olah tiada orang yang mendengar ucapannya.
    .
    ITU NAMANYA SYOK SENDIRI !!!

    BalasPadam
  2. Dia sendiri pun tak tahu apa yg dicakapkan !

    Salam manis kakcik , jaga kesihatan yaa .. :)

    BalasPadam
  3. 10 minit pertama tengok MUKA penceramah, 10 minit kemudian tengok MUKA jam tangan, dan 10 minit kemudian, mata mula melilau2 mencari MUKA pintu. Tapi zaman skrg dah canggih sebab ramai memiliki telefon pintar. Penceramah dok sembang depan, peserta ramai dok ngadap MUKABUKU.

    BalasPadam
  4. hehehehe..

    kalau ada nak buat kelas pengucapan awam bisa diatur...


    ..skrg nak msk kerja kena penilaian kompetensi dulu, antara penilaian terhadap 'public speaking ' cakap Melayu dan cakap orang putih..minggu depan IE mulai buat operasi pencarian !!!

    BalasPadam
  5. penceramah kena pandai berinteraksi dengan pendengar, selitkan humor sikit biar pendengar tak bosan..dan jgn baca teks, memang membosankan.

    BalasPadam
  6. kalo bab cakap depan org ramai, fuhhh susah nak buat tu, buleh ketaq lutut, tergagap dibuatnya

    BalasPadam
  7. betul kata cik qemaishak.... kena ada unsur humor dan interaksi dgn penonton baru tak bosan...

    BalasPadam
  8. boleh mengantuk tersengguk2 dibuatnya.

    BalasPadam
  9. betul kak cik
    hendak berkomunikasi depan org rmai tidak mudah tetapi tidak juga susah..

    yg penting kene biasakan diri, tahu siapa audince, tahu buat humor, jgn syok sendiri..dan ada bahan bantu spt slide show atau power poin..

    semua itu perlu ada persiapankan..amik ilmu dr yg berpengalaman..kene biasakan dirilah saya rasa itu yg paling utama..jika xbiasa..mahu ketaq lutut...gagap dan gemuruh pon hadooo..hehe

    BalasPadam
  10. konpem seminar yang membosan kan...
    monotone

    kalo iols - bleh siapkan cerpen kot dari melangut tak paham ujung-pangkal topik yang di ceritakan...

    hehehehe

    BalasPadam
  11. dulu masa kerja bila kena buat presentation mesti risau takut orng tak paham atau orang buat tak tahu je :)

    BalasPadam
  12. Salam KakCik,

    1) Mungkin penceramah tu dah terbiasa berbahasa Inggeris kerana dah duduk lama di oversea. Dulu saya ada seorang Prof melayu yang balik dari US tak boleh cakap melayu dah. Kena ambik masa bertahun baru dia fasih.

    2) Mungkin juga sesetengah istilah atau terma lebih mudah disampaikan dalam bahasa Inggeris kerana tiada maksud yang sesuai di dalam bahasa melayu. Kalaulah kiranya saya disuruh menyampaikan presentation dalam bidang yang saya sedang belajar ni, dah tentu saya tak boleh sampaikannya dalam bahasa melayu.

    BalasPadam
  13. selamat pagi kakchik

    kalau ayukan..buka buku /novel yang disimpan dalam beg..
    tamo lah mendengar seminar yang ala2 syok sendiri...heheheh

    jom.......kita lari2...

    BalasPadam
  14. bila penceramah dah macam kayu, hati pun menjadi sayu, lama-lama mata pun naik layu...
    kena pergi krusus untuk menjadi penceramah yang bagus, bukan penceramah syokk sendiri...

    BalasPadam
  15. angah suka kalau bg ceramah tak bosan memang layan...

    BalasPadam
  16. Kakcik - kira okay lah tu, sedap tu tu...koh koh koh, kalau RR yang berdiri kat depan tu, mungkin ada acara lontar kerusi meja segala...koh koh koh

    BalasPadam
  17. Belum diperi peluang belum tahu kakcik. Cuba kakcik bercakap dgn teman sepejabat adakah mereka mendengar? Kalau ya bererti itu lebih baik dari mereka yg bercakap panjang diseminar tapi akhirnya zero....

    BalasPadam
  18. So kakcik..you sure terlentalk yesterday heh? her3...

    Kakcik, setiap 3 tahun sekali,saya akan (wajib) hadiri kursus ttg makanan dan persediaanya dr segi kebersihan dsb anjuran MPAJ...kena cucuk sekali lah...

    Nak tau, sejak tahun 80an sampailah sekarang isi ucapan dan bimbingan, yg tu-itulah jugak, sampai nak terjeluak! Maka selain dari suara si penceramah yg SS tu, suara yg paling kuat kedengaran bersahut-sahutan ialah suara dengkuran..waduh, pusing dong!

    Saya yakin, kalaulah penceramah tu dah bo liau...disuruh saya mengganti, saya takyah tengok text lagi dah..semuanya dah hapal dlm segenap saraf otak, sebiji2...

    Hurr..tapi apa depa pedulik? pokoknya poket masyuk..ya dak?

    BalasPadam
  19. biasanya kita akan mengantuk kalau seorg saja yg berckp..interaksi 2 hala penting dan juga selitkan lawak jenaka..tp kalau majoriti kehadiran melayu lebih mudah dan tentunya difahami semua....

    BalasPadam
  20. Zeq...

    kakcik ingat nak angkat tangan juga - tapiiii, kakcik kan pemalu.. (*_*)

    BalasPadam
  21. Salam manis LiNda...

    semoga LiNda juga tetap ceria. Dia mungkin faham apa yang dia cakap, tapi apa yang cuba disampaikan belum tentu sampai maksudnya.

    BalasPadam
  22. eelobor...

    malangnya kakcik xde enpon canggih! :(

    BalasPadam
  23. IE...

    pastinya IE seorang yang petah berceramah. :)

    BalasPadam
  24. qemaishak...

    betul - kena ada uncur2 lucu bukan lucah untuk menarik perhatian audiens.

    BalasPadam
  25. Mamasyaza...

    ups! kakcik memang akan ketaq lutut kalau berdiri depan khalayak!

    BalasPadam
  26. AKT...

    ramai juga yang tak pandai berlucu dan kalau ada pun macam 'tak masuk'...

    BalasPadam
  27. Kakpah...

    fikiran pun turut terbang melayang2...

    BalasPadam
  28. SN...

    sesetengah penceramah hanya bercakap untuk memenuhi undangan bukan untuk memenuhkan minda pendengar dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan...

    BalasPadam
  29. miloais...

    kadang2 waktu macam tu, kakcik guna ungtuk menulis puisi!

    BalasPadam
  30. Chik Na...

    nasib baik kakcik hanya seorang pengira biji kopi yang tak perlu membuat presentation.. :)

    BalasPadam
  31. Ismail Fitry...

    terima kasih kerana sudi singgah, ikutio blog ini dan tinggalkan komen. Kakcik rasa, penceramah itu bukan tidak fasih berBM cuma beliau mengikut keselesaan lidah dan fikirannya...

    BalasPadam
  32. JunAina...

    bila penceramah syok sendiri
    bulu roma naik berdiri
    mulalah rasa nak lari
    atau bersembunyi balik almari!

    BalasPadam
  33. Angah...

    kalau penceramah pandai menarik perhatian, akan berkuranglah rasa bosan. :)

    BalasPadam
  34. TRR...

    nak koh koh pun tak boleh sebab tempatnya nampak lapang! Jawabnya, pura2 ke bilik air - lepas tu hilang sekejap! ;-)

    BalasPadam
  35. Kakzakie...

    jangan suruh kakcik bercakap, buat orang keliru dan susah nak faham je!

    BalasPadam
  36. Q...

    tersangap2 le jawabnya... :(

    Eh! lambat lagi ke penceramah MPAJ tu nak pencen. Sesekali, bila dia bercakap, cuba Q sambung ayat dia tu sebiji2...hehehe...

    BalasPadam
  37. Wati...

    lagi kesian kalau yang datang tu tahap IQ rendah macam kakcik ni. Hanya faham yes no alright thank you je....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com