Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Februari 2011

Jalan-jalan di Menara Condong...

Keluar dari hospital (aduh... bilnya untuk 3 hari boleh buat belanja untuk jelajah 1Malaysia! - nasib baik Syarikat yang bayarkan), balik ke rumah sekejap - sempat masak nasi, lauk ikan dan sayur.  Buat jemput-jemput pisang.  Jawab komen di blog mana yang sempat.  Selepas kaum Adam balik dari solat Jumaat, lebihkurang jam 3.00 petang bertolak ke Teluk Intan.











Sampai semula ke rumah hampir jam 11.00 malam.  Selepas buat catatan ini, nak masuk tidur.  Ubat pun dah telan semua....
 

 

33 ulasan:

  1. alhamdullilah

    senang hati ayu, kakcik dah keluar ward..
    mujur syarikat y bayar, kalau ayu kena cash money walau tak berapa byk moneynya..

    PS: ayu belum jejakkan kaki ke menara teluk intan..insyallah..pasti ke sana jua

    BalasPadam
  2. alhamdullilah anda dah sehat ,,,, jaga lah kesehatan demi TUHAN

    BalasPadam
  3. Salam, sempat lagi Kak Cik Jalan2 ye walau sakit..apapun semoga yg terbaik untuk kakcik sekeluarga

    BalasPadam
  4. yuhuu!! im back!! lama tak hapdet blog...rindo kamooo!! kiss pp sket!!

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah ... itulah gunanya Syarikat - menjaga kebajikan staff .

    Lama saya tdk ke Teluk Intan . Insyallah March nanti plan nak ke situ .

    Kakcik,jg kesihatan yaaa..

    BalasPadam
  6. Ayu...

    Alhamdulillah. Bagaimanapun, dah tak lama lagi kakcik boleh gunakan kemudahan Syarikat tu. Bila suami pencen nanti, kemudahan itu tiada lagi....

    Tujuan sebenar kami ke Teluk Intan itu untuk menziarahi ibu mertua kakcik. Tertangguh sebab kakcik masuk wad. Terpaksa pergi juga semalam sebab hari ini ada urursan lain yang perlu dibuat. :)

    BalasPadam
  7. PO...

    Alhamdulillah. Allah beri kita sakit sebagai peringatan agar tidak leka dengan nikmat kesihatan lalu melupakannya kewajipan kita sebagai hambaNya. Syukur kerana masih diberikanNya peluang untuk kembali 'merenung diri'. :)

    BalasPadam
  8. Imanshah...

    dah agak lama kakcik sekeluarga tidak menjenguk ibu mertua. Walaupun seketika, kami tetap gunakan kesempatan yang ada. :)

    BalasPadam
  9. Nadia...

    (baby berry kan?) Sibuk ya selepas kursus yang panjang tempohari? Semoga masih mempunyai masa untuk saling berkongsi cerita. :)

    BalasPadam
  10. LiNda...

    jom kita dating kat Teluk Intan pada bulan March nanti! :)

    Semoga LiNda dan keluarga juga sihat serta ceria sentiasa. :)

    BalasPadam
  11. kakcik mmg hebatlah! terus jalan2 lepas kuar spital.

    papepun take care ye kakcik... lega sebab kakcik dah kuar spital.. :)

    BalasPadam
  12. salam kak cik..alhamdulilah dah keluar hosp..yang best tu dah dapat jalan2 lagi tu hehe.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum,

    Alhamdulillah, kakck dah sihat. Kalau kakcik naik menara condong tu kaa...nampakle umah saya...meh singgah.

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik.
    Moga semakin segar.

    Inilah pertama kali saya lihat Menara Condong dari dekat dan menyeluruh. Selama ini, ramai yang tunjuk gambar luar jer. Ada kompleks shopping rupanya. Saya ingat bangunan kosong utk orang lihat kesan sejarah jer.

    Kat R&R mana ntah (Tapah kot), ada replika Menara Condong ni kat bangunan menghala bilik air, kan?


    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    BalasPadam
  15. Ohh ada jual macam2 rupanya kat situ ya.
    nak topi koboi satu? kihkihkih, lawak sajaaa :D

    BalasPadam
  16. gB...

    kakcik ni kalau dapat 'berjalan' lupa kejap pasal sakit! ;-)

    BalasPadam
  17. Suri...

    sambil menyelam minum air... Rumah Mak Mertua kakcik tak jauh dari Menara Condong tu. :)

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam Myri...

    kalau tahu, boleh kakcik teropong! :)

    BalasPadam
  19. W/salam Azie...

    kalau dah berjalan tu, tak segar pun jadi segar! ;-)

    Kita boleh naik ke menara tu (kelihatan seperti 7 tingkat, sebenarnya hanya 4 tingkat sahaja). Di atas sekali adalah tangki air. Waktu untuk masuk ke dalam menara tu sehingga pukul 6 petang. Di sekelilingnya ada banyak gerai makan (maklumlah tempat tumpuan - walaupun tiada yang menarik sangat). :)

    BalasPadam
  20. Dinas...

    barang yang dijual kat situ murah2 je.. topi koboi tu hanya RM10 satu. :)

    BalasPadam
  21. syukur dah sihat..

    entri ni memang buat IE sedih...

    rindu tgk semua gambar-gambar ni..

    BalasPadam
  22. k.cik dalam tak sihat tu pun boleh jalan2 lagi...apa pun jangan lupa makan ubat ya...

    bestnya tengok gambar2 tu...

    BalasPadam
  23. IE...

    kenapa? ada kenangan yang mengusik jiwa ke??

    BalasPadam
  24. JunAina...

    berjalan juga merupakan terapi bagi kakcik! :)

    BalasPadam
  25. Wah Kakcik ni hebat betul, mengkale keluo spital aje blh masak bagai2, siap blh travel lagi tu! Mesti semangat tu dtg drp ahli keluarga yg sentiasa berada di sekeliling Kakcik kan?
    Kakcik ade lalu kat simpang 4, Hutan Melintang? Haaa... Kg Teman le tu..

    BalasPadam
  26. last saya pergi Teluk Intan dan lawat menara condong nya tahun 2002...dah lama benor tuu..dah maju agaknya Teluk Intan.

    BalasPadam
  27. Liza...

    mujo En Abang kakcik tu tak gemo nengok kakcik tepeghok lelama kat spital. Dia buleh 'curi2' bawak kakcik kluo ke kedei makan. Bila dah betoi2 kluo, lagi jauh le jalannya... ;-)

    BalasPadam
  28. Siti Murni...

    rasanya tidak banyak perubahan di Tk Intan tu. Eh! tetapi kat Tk Intan ada kampus UiTM. Dah agak majulah dari beberapa puluh tahun lepas...

    BalasPadam
  29. Salam kenal...



    ...dari penghuni Teluk Intan.

    BalasPadam
  30. ckLah...

    selalu juga kakcik terserempak dengan ckLah ni di blog kawan2. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Selamat berkenalan. Nanti boleh kita berjumpa di Teluk Intan. :)

    BalasPadam
  31. aaamboi hamboi2 jenjalan kg teman x ngajakkk... teman ghindu niiiihhh..

    BalasPadam
  32. AzeedA...

    ate.. mike pun tenggelam timboi je! :)

    BalasPadam
  33. itule kan.. skali timboi abih ghomah kakcik diteghojah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com