Kawan-kawan kakcik

Ahad, 6 Februari 2011

Ada apa di iCity?

Tiada sesiapa nak  jadikan isu pasal 'bintang' kat puncak pokok tu ke? ;-)

BS ni mesti mengikut punya...

Lampu... lampu dan lampu....

Kuda pun ada...


Ramainya manusia...

Berpusu-pusu...



Tiada sebab rasanya untukku kembali lagi berkunjung ke sini.  Mungkin kerana aku tidak pandai menghayati keindahan walaupun aku sangat suka 'menatap wajah' alam semulajadi.  Dek limpahan manusia yang begitu ramai dengan pelbagai bauan dan tiada sesuatu yang boleh membuatkan aku terpesona, rasanya inilah kunjunganku yang pertama dan terakhir.  Kecualilah ada sesuatu sebab yang memaksa aku ke sana semula.  Tengoklah gambar-gambar yang kurakam menunjukkan betapa tidak cerianya aku!


Sebelum ke iCity kami menjamu selera di JM Beriani, Ampang ...

Dibandingkan dengan mi bandung yang kumakan sebelum ini, yang ini agak 'kurang' keenakannya...


48 ulasan:

  1. den dah poei gak icity.....mmg sependapat dgn kak cik...ngak ada sebab akan datag lagik....tak best mana pung....

    BalasPadam
  2. ada lagi ke??ingat ke macam pameran pastu habis cam tuh je

    BalasPadam
  3. jeBateja...

    semalam ada persembahan artis Tionghua sempena CNY. Tapi... mungkin kakcik dah terlalu tua untuk menghayati keindahan iCity itu... Lemas dan rimas!

    BalasPadam
  4. Imanshah...

    eh! tempat tu sentiasa ada.. rasanya sedang dinaiktaraf dari masa ke masa...

    BalasPadam
  5. Saya selalu juga ulang alik ke Seksyen 7 ke rumah si AMOI, belum pernah sekali pun singgah ICity..

    teringin juga nanti.
    Dengar citer, nak berjalan dari parking ke atas tu jauh gak menapak.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum

    saya juga belum pernah ke sana.malah rasanya tiada niat untuk pergi.

    Pasti en hubby tak akan pergi..

    tunggu betul-betul best baru pergi.

    BalasPadam
  7. Azie...

    kalau kita sampai awal, kita akan diarahkan ke tempat letak kereta bertingkat untuk memenuhkan ruangan yang ada dulu. Kemudian kita boleh menggunakan lif untuk turun ke tempat lampu2 tu. Kalau sampai lewat, boleh letak kenderaan di bawah. Jauhlah sikit nak berjalan. Setiap kereta dicaj RM10.00.

    BalasPadam
  8. Azween...

    kakcik rasa, menatap air sungai mengalir lebih menggembirakan. :)

    BalasPadam
  9. YA ALLAH kak, tempat ni belakang umah saya je. Kalau nak pegi boleh sangat. Tapi sampai la, saya tak penah jejak pun. Sedara mara dari seluruh pelusuk dah sampai...

    BalasPadam
  10. IM...

    akhirnya kita akan ke 'sana' juga...

    BalasPadam
  11. Yan...

    bila kakcik melihat rumah2 mewah di sekitar kawasan itu, kakcik memang sangat teringat kepada Yan. Hati kakcik juga berkata 'kalau betul rumah Yan di sini, mesti dia tak pernah jejak kaki ke iCity ini'... rupa2nya, ada kebenaran detik hati kakcik itu. :)

    BalasPadam
  12. kak, saya belum sampai kesana. semuga isteri saya tidak menyebut tempat itu. Untuk orang muda muda eloklah pergi kesana tenguk lampu. Balik rumah belilah lampu klip klip dekat mydin dan buat sendiri

    BalasPadam
  13. Saya pernah singgah ke ICT dalam perjalanan membawa budak2 sekolah ke satu pertandingan di Putrajaya. Rombongan satu bas...cikgu pun dah jadi macam bebudak sama, bergambar sana-sini.



    ....tapi rasanya, macam kakcik juga, tak akan lagi sengaja datang ke sini untuk melawat-lawat. Tak meraslah anak-anak saya.

    BalasPadam
  14. kak cik
    sya pun tak teringin ke sana, kalau sekadar nak melopong menatap kalauan lampu2 tu...

    BalasPadam
  15. pernah pergi tempat tu ketika masih baru dan kurang dikenali lagi...sekarang memang malas nak kesana, tak sanggup besusah-susah utknya...

    BalasPadam
  16. PM...

    kalau isteri ajak ke situ, tunjukkan sahaja catatan kakcik ni... :)

    BalasPadam
  17. ckLah...

    kakcik pun sebenarnya ikut kehendak anak2. Tapi dah pergi sekali tu, cukuplah. Baik balik ke Tk Intan. :)

    BalasPadam
  18. Sya...

    pasang lampu banyak2 dan berwarna warni depan rumah, lagi meriah. :)

    BalasPadam
  19. ab@h Izz...

    terima kasih sudi tinggal komen. Tak tahulah kalau suatu hari nanti tempat itu mempunyai tarikan yang lain, ya tak? :)

    BalasPadam
  20. saya pegi sini time hjg thun lepas..nk buat n3 ttg icity..tapi asik tertunda je..hehe..

    comey gak sini sb pesen baru lampu dibuatkan..warna warni..pokok2 bagai tu..adik ipar saya keje btul2 kat dpn taman tu..

    BalasPadam
  21. Dengar dan tahu tapi tidak pernah sampai ke sana. Tak membazir ke kakcik.. Lebih baik duit letrik tu bagi pada anak-anak yang memerlukan.

    BalasPadam
  22. tak pernah lagi pergi kat sini, best ke

    Terkini dari AUC dot com: Followers Ke 500

    BalasPadam
  23. ida masih tk berpeluang pegi jadi tak tahu apa rasanya..kot2 sama rasa mcm kakcik rasa...sbb kita sama2 dah tua...

    BalasPadam
  24. kak chik saya pun tak pernah ke sana lagi, walapun ada rakan sekerja menunjukkan gambar mereka di sana, tapi hati ni memang tak terlintas pun nak kesana. Mungkin saya ni suka alam semulajadi je kot. tak panas ke kak chik kat sana? semuanya lampu.

    BalasPadam
  25. ada something yang menggangu fikiran kakcik kah? bunyi nya macam begitu..
    tapi sama lah...tempat yang best boleh jadi tak best kalau bersesak dengan umat sebegitu ramai...saya pun tak suka..rimas..pening dsb nya..

    BalasPadam
  26. SN...

    sekarang ni bentuk lampu macam tu ada kat mana2, cuma taklah sebanyak yang 'dikumpulkan' di iCity tu. :)

    BalasPadam
  27. Kakpah...

    bila kakcik fikirkan, memang terdapatnya unsur pembaziran. Tapi, iyalah - kakcik bukannya faham sangat tentang penjanaan ekonomi. Bayaran masuk RM10.00 tu pun membuatkan kakcik berkira2...

    BalasPadam
  28. AUC...

    bagi kakcik, ianya indah khabar dari rupa..

    BalasPadam
  29. Ida...

    kanak2 mungkin teruja, tapi tidak bagi kakcik yang dah berusia ini... :)

    BalasPadam
  30. Cik Ina...

    bukan setakat panas dengan lampu, tapi kerana ramainya orang - tudung dan baju kakcik pun basah dengan peluh.

    BalasPadam
  31. Siti Murni...

    yang mengganggu kerana kakcik tidak merasakan ketenangan untuk mengganggap tempat itu sebagai tempat yang sesuai untuk merehatkan minda! :)

    BalasPadam
  32. telah banyak dikhabarkan orang tentang bandar ini .. namun saya belum berpeluang menjengahnya. anak2 juga sudah beberapa kali merengek ajak ke sana.

    membaca catatan kakcik membuat saya tidak teruja.

    boleh saya bertanya, berapa bayaran masuknya ?

    BalasPadam
  33. saya penah pegi masa zaman free entry dulu. penah buat entry tapi masa tu zaman baru berbelog. ngeee...~

    http://www.gadisbunga.com/2010/04/i-city-shower-yourself-in-lights-and.html

    BalasPadam
  34. saye belum pegi lagi kat sane...

    anak2 nak pegi sgt...cume mak nye ni belum sgt nak pegi lagi...

    BalasPadam
  35. walaupun ICity ni dekat dgn rumah, tak pernah lagi jejak kaki kat sana, sebab:

    -tak suka bersesak2..tu port budak2 nak dating beramai ramai..port org melepak hujung minggu.

    Melihat gambar2 yg ada dlm blog/internet pasal ICity ni, menyebabkan saya makin tak teruja nak ke sana..hahaha

    BalasPadam
  36. Kanda AL...

    saya tak pasti bayaran masuk bagi perseorangan. Bagi kereta di kenakan RM10.00 sekali masuk. :)

    BalasPadam
  37. gB...

    bagi orang bujang mungkin ianya menyeronokkkan. :)

    BalasPadam
  38. Ainnoraini...

    budak2 seronok la agaknya. Boleh beli permainan yang berlampu2.. :)

    BalasPadam
  39. Dr DZ...

    rasanya memang tak payah teruja pun... :)

    BalasPadam
  40. salam..
    agak agak berapa banyak bil TNB kat situ yek :)

    BalasPadam
  41. salam kakchik, senang hati bila kak dah semakin pulih..

    pS" kata kawan ayu kalau kesana, kena ada kamera yang best2..baru berbaloi2..


    oleh kerana ayu nie tak ada kamera atau hp canggih..duk umah jerlah yer

    BalasPadam
  42. Salam Kakcik, penah gi sekali ada kawan bawak. Tak tau apa Icity tu. Punyalah susah parking. Takder apa pun, lampu hiasan warna warni jer. Elok tengok sungai jer cam Kakcik kata.

    BalasPadam
  43. Jinkamen...

    yang pastinya, TNB mesti mendapat pulangan yang besar...

    BalasPadam
  44. Ayu...

    kalau ada kamera canggih pun mungkin setakat dapat merakamkan gambar yang indah dipandang tapi tiada 'rasa yang meresap ke jiwa'... (kes kakcik tak ada kamera canggih le ni - ehehe...)

    BalasPadam
  45. Yong Helli...

    ajenye beno bak kata oghang Perak - moh le kite nengok ayo sunga, lagi tenang. :)

    BalasPadam
  46. baru cadang nak bawak anak buah g ICT tapi nampak macam tak menarik je tpt ni

    BalasPadam
  47. Kaseh...

    kalau tanya kakcik - jawabnya memang tak best langsung!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com