(Catatan-catatanku bermula dari catatan ini kebanyakannya nanti adalah merupakan catatan berjadual (auto publish). Mohon maaf andainya komen-komen yang dilontarkan di kotak komen tidak mendapat jawapan. Bukan kerana aku telah sombong, tapi biarlah aku sendiri yang tahu alasannya...)
Saat kebanyakan pelayar internet begitu akrab dengan laman sosial facebook, aku adalah sebilangan dari mereka yang bersikap sebaliknya.
Benar, aku mempunyai akaun facebook. Tapi, setakat itu sahajalah. Jangankan hendak mengadap sejam dua sehari, sejam dua sebulan pun sukar untukku berbuat demikian. Laman internet kesayanganku hanyalah blogku yang entah apa-apa ini. Di samping itu, aku akan singgah ke blog rakan-rakan yang kusayangi.
Tentang facebook, andainya ada sesiapa yang terserempak kononnya aku sedang 'bermesra manja' dengan laman itu, anda sebenarnya silap. Akaun facebookku boleh di buka dengan mudah oleh anak-anakku terutama si BS dan Bangcik. Tujuan asal aku membuka akaun itu dahulu pun kerana BS hendak bermain permainan-permainan yang ada di situ. Bila aku sudah membuka akaunnya sendiri, aku bercadang menutup sahaja akaunku yang sedia ada. Hasratku dihalang pula oleh Bangcik yang 'mahu mengambil mata permainan' di akaunku. Aku sendiri sebenarnya tidak memahami apa yang aku taip di sini. Semuanya berdasarkan kata-kata anak-anakku.
Jadi, kepada kawan-kawan - kalau ingin mencari aku, duniaku bukan di facebook!
yaa kak cik..ambo faham...hehe kaseh pun baru je join FB kak.. sebab2 utama adalah utk skodeng 2 adik2 kaseh yg 24 jam ada kat FB..lebih mudah jejak dorang thru FB dari call tak berjawab...sms tak berbalas...bila kat fb..ada je yg dorang update..g mkn mana2 pun berupdate... haha tu yg sennang tuh.. so tugas kaseh..bila tau adik2 g mana..report kat mama.. so takdela susah ati org tua tuh..hehe..apa2pun kaseh tetap syg blog...
BalasPadamMaka faham la saya kenapa saya tidak diterima sbg rakan di FB kakcik. :)
BalasPadammasing2 punya pendapat..ada yg suka ada yg tak suka..saya suka FB juga, tapi tidak sampai berejam2..sekadar bertanya khabar kawan, dan murid2 saya yg berada jauh bertanya khabar..itu sahaja
BalasPadamdulu pernah terjebak hampir banyak jam dengan pesbuk.. sekarang dah maleh nak ke pesbuk. sesekali jengah jugak sekadar nak tengok status kengkawan. game kat dalam tu pun dah lama tersadai. Dapur yang pernah di hias cantik kini terbiar berkulat.. Padi ku tanam sudah tumbuh lalang.. heheheh
BalasPadamkak cik,
BalasPadamati sempat singgah beberapa blog saje
tolong doakan utk ati esok ye..
terima kasih kak cik
saya pon sama ler kak cik.. tak hadap sgt ngn facebook, buka pon takat seminggu sekali dua jer.. tambah plak kat opis ni FB kena blok
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamterus terang, saya sangat fanatik dengan fb..
mungkin kerana saya suka main game selain berchatting dengan kawan-kawan yang jauh.
tetapi, hal seperti ini segalanya terletak pada diri sendiri.bagaimana kita membahagikan masa..
Berfb tidak salah tetapi kena kawal diri.
Ces, nampak betul akan hilang arah jika fb tiada.
sy pun tak aktif sgt. slalunye main game n berbual kejap ngan member lama
BalasPadamassalamualaikom!
BalasPadamtd wish abg mus lupe nk bg slm.. ish3..
teman ektif fesbuk! dpt le mengintai2 dunia adikbradik, anak2 sedara + kwn2 yg dok meghate dunie tuuu.. main game tu ye juge tp idok le sampey dapor sendighi x beghasap!
selamat pagi kakchik..
BalasPadamsamalah...dalam FB ayu dah tak bergurau senda....
bukan tak bermakna ayu kurang bersosial..tapi ayu lebih suka membaca blog sahabat yang ayu suka dan gemar kenal melalui tulisan sahabat
terima kasih kakchik kerana sudi singgah ke blog ayu, yang hanya banyak meluahkan pendapat/pengalaman ayu yang entah apa2...
tapi angah di terima kan??kan??
BalasPadamSaya pun dah suam-suam kuku di FB kak cik...
BalasPadamDulu sebab saya ni hantu game. membazir masa betul dulu..
Blogging pulak memang 1st priority tapy sekarang ni kena kurangkan jugak.. Di ofis sekarang memang tersangat sibuk. Balik kerja dengan anak2 lagi.. Tu yang tengah malam baru jenjalan.
Kalau ada entri dan komen di siang hari maknanya boz saya takdelah tu..hehe..
Kaseh...
BalasPadamsatu waktu, kakcik membuka fesbuk utk melihat aktiviti anak yang jauh di mata. Tapi, budak2 skrg lebih advance - mereka ada group, kalau tak jadi ahli, tak boleh masuk. Akhirnya - tiada apa2 lagi yg membuatkan kakcik teruja untuk membuka fesbuk itu.
Azwan...
BalasPadammasih boleh menjadi kawan kakcik di blog, kan? :)
Imanshah...
BalasPadamkakcik tiada siapa2 yang sudi berbual di fesbuk :(
AzMask...
BalasPadamkakcik langsung tak pandai main permainan di fesbuk itu! :(
Ati...
BalasPadamsemoga segalanya baik2 saja, ye dik...
Mila...
BalasPadamkakcik ni berYM pun malas, apalagi berfesbuk.
Azween...
BalasPadamtak mengapa kalau itu boleh melegakan perasaan asal jangan terbabas dari susila seorang Muslim dan isteri....
Mamasyaza...
BalasPadamkakcik ni kawan rapat pun takde kat fb tu... nak main game memang tak reti...
AzeedA...
BalasPadamwa'alaikummussalam. Teman ni adikbadik pun x aktif berfb... ate mane gayenye? ;-)
Ayu...
BalasPadamkakcik ni agak terbuka. Kalau ada yang sudi berkawan dengan kakcik secara ikhlas, kakcik lagilah sudi.. :)
Angah...
BalasPadamhehehe... kakcik dah terima, kan? :)
Reen...
BalasPadamkakcik pun mungkin akan mengurangkan keaktifan kakcik di blog atas sebab2 tertentu... :(