Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Februari 2011

Aku ingin terus tersenyum...

..biarpun hatiku luka....

Ini bukan karyaku - tapi lirik lagu ....

Lirik Lagu Senyum - Malique

Senyum 5x

Chorus (Najwa)
Kacak luar, kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit
(4x) senyum
tak perlu kata apa apa

Verse 1 ( Malique)
Akhirnya sempurna, tiga album pertama
bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
dah kukata ku takkan henti sampai tua bangka
kalau habis abjad, aku rap dengan angka
Satu, dua, tiga anugerah diterima
oh, itu tahun lepas, tahun ini cuma dua
tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina, orang secantik nama
cantik luar, cantik dalam, cantik macam mama
hati macam grandmanya, anginnya macam papa
kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
nyanyi balik lagu ayat lama, ayat mama
wanita hari ini, jaga sensitiviti
kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Bridge (Malique)
Ay, cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini
kalau cantik senyum, cantik mesti cantik lagi
senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Chorus (Najwa)
Verse 2 (Malique)
Ay, buai tinggi tinggi sampai ke puncak awan
dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
aku bukan rupawan, aku bukan jutawan
tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
dengar kata hati perasaan jangan dilawan
kalau takut mula mula kita boleh berkawan
duduk dulu biar kubelanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
apa rasa jadi cantik kacuk Cina Pakistan
apa rasa jadi seksi, suka tak diperhatikan
apa rasanya terima bertubi tubi puji pujian
Tu, boleh pun senyum cantiknya gigi
sepuluh markah penuh seharusnya kuberi
wanita hari ini harus pepandai puji
kalau dia jual mahal, boleh cuba lagu ini







52 ulasan:

  1. salam pagi jumaat

    semoga kita saling tersenyum kerana senyum itu sedekah..

    tengah senyum ni walau belum gosok gigi

    BalasPadam
  2. ala KakCik ni... main miss call pulak... tinggallah mesej!!!
    hisyyyyy.....

    BalasPadam
  3. pagi ni tak boleh nak senyum dah kak. Clients tak happy dgn hotel di Bandung.. waduhhh... satu mlm tak tidur... hukk..huk... harap pagi jumaat ni bisa buat diarang senyum kerna mau ditukar ke hotel yg bagus lagi...

    BalasPadam
  4. salam kak cik..sabarlah kak cik..memang senyum itu penawar luka..insya allah,

    BalasPadam
  5. السلم عليكم ورحمة الله

    Senyum ubat segala kerisauan..:)

    BalasPadam
  6. salam pagi jumaat kakcik sayang... hehe

    BalasPadam
  7. kak cik!

    saya suka lagu ni tau..
    nak kata ke-ci tak jugak tapi goyang2 jugaklah badan kalau dalam keta..

    BalasPadam
  8. setiap pagi bangun tidur..masuk bilik mandi tengok cermin mesti senyum dulu supaya memulakan hari dengan mood ceria setiap hari :)

    BalasPadam
  9. bestkan kakcik lagu tu...saye pun suke...

    pagi2 ni elok senyum kakcik...senyum tu pun satu sedekahkannn...

    BalasPadam
  10. senyum kakcik...senyum...
    haaaa kan ke manis tu

    :D

    BalasPadam
  11. x ndak teman senyum2 nih..
    sengih buleh? :D
    gigi dh gosok tawww..

    BalasPadam
  12. saya kacak dalam je~kacak luar tiada~haha~

    BalasPadam
  13. salam kak cik

    ati pun nak terus senyum..
    dan sihat..

    terima kasih atas doa kak cik buat ati..

    sayangggg kak cik!

    BalasPadam
  14. senyum itu penawar duka
    dan yg penting senyum itu merupakan satu sedekah jika kita ikhlas...

    dan suka senyum..awet mudoo

    BalasPadam
  15. iols nak cari ubat senyum jap lagi
    pagi ni mood iols tak berapa ceria!~

    BalasPadam
  16. panjang nye lirik lagu..

    senyum itu sedekah, dapat pahala.. :) tapi kena senyum ikhlas ler, bukan senyum kambin..

    BalasPadam
  17. senyum seindah suria..
    yang membawa makna..
    senyumlah dari hati..
    dunia mu berseri...

    BalasPadam
  18. senyum itu sedekah, dan antara cara termudah nak dapatkan pahala ...jom senyummm :)

    BalasPadam
  19. suka sangat lagu ni... kalau pepagi kluar rumah nak g kerja dengar lagu ni kat radio mau berjoget kami berdua sambil menyanyi bersama....

    BalasPadam
  20. Imanshah...

    pastinya waktu ini sedang tersenyum untuk ke Masjid, kan? :)

    BalasPadam
  21. Monalea...

    senyum adalah sedekah yang tak memerlukan sebarang kos. :)

    BalasPadam
  22. Salam kakcik...

    pagi ni ada senyum? berapa minit?
    kita hari2 kena senyum wlp hati di dalam banyak sakit....barulah boleh awet...

    BalasPadam
  23. Yan...

    dugaan tu... InsyaAllah semuanyan akan selesai dengan baik... :)

    BalasPadam
  24. Suri...

    walaupun tekak terasa kering, kakcik tetap tersenyum juga. :)

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    senyum juga melindungi kesuraman wajah. :)

    BalasPadam
  26. Kaseh...

    semoga pagi ini membawa bersamanya sinar ceria... :)

    BalasPadam
  27. Reen...

    kakcik dengar sambil terangguk2 je... :)

    BalasPadam
  28. Acu...

    kakcik tengok cermin bila nak pakai tudung! Bangun pagi - kumur2 dan ke dapur. :)

    BalasPadam
  29. Ain...

    bila kita tersenyum, mudah2an dunia pun tersenyum bersama kita. :)

    BalasPadam
  30. Mimi...

    bukan Mimi nampak pun kakcik tengah sengih2 ni. :)

    BalasPadam
  31. AzeedA...

    mike tu memang. Teman nak ke Putrajaya Selasa ni, jom golek2 perut... :)

    BalasPadam
  32. bujal x...

    kacak itu terlihat melalui hati yang ikhlas... :)

    BalasPadam
  33. Ati...

    syukur Alhamdulillah, Ati sihat sebenarnya. Itu hanya dugaan yang kecil. Semoga Ati tetap ceria. :)

    BalasPadam
  34. as-salam kakcik,
    hari ni mmg kena senyum pjg sbb hari jumaat waktu lunch pjg boleh merayap lama sikit dan besok yeh..cuti.

    BalasPadam
  35. SN...

    ada juga orang yang senyumnya untuk menyindir, kan?

    BalasPadam
  36. NzA...

    kadangkala bukan ungtuk mengubat, hanya sekadar melindungi...

    BalasPadam
  37. Aanas...

    sebenarnya kita boleh menilai seikhlas mana senyuman seseorang itu...

    BalasPadam
  38. Mila...

    senyum yang indah datangnya dari hati yang luhur...

    BalasPadam
  39. Dr DZ...

    ada pesakit yang rasa terawat hanya dengan melihat senyuman doktor...

    BalasPadam
  40. AKT...

    baik2 berjoget tu - jangan sampai terbabas pulak. :)

    BalasPadam
  41. Q...

    kakcik dah semyum pagi ini, walaupun dapat kakcik sendiri rasakan sebenarnya senyuman itu adalah sangat hambar.

    BalasPadam
  42. Zue...

    dah lama kakcik tak merayap di waktu makan hari Jumaat. Rasanya macam tiada apa nak dicari...

    BalasPadam
  43. jom kita senyum sama2 nak hehehe

    eeee smileeeee

    BalasPadam
  44. hidup yg ceria kate di deme adalah ubat segale macam penyakit.. masalahnye, mcm mana nak ceria kalau badan berpenyakit..??

    BalasPadam
  45. Kata orang...selalu senyum akan membuat seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia.

    BalasPadam
  46. Angah...

    1... 2... 3... cheeseeeeeeee..... :)

    BalasPadam
  47. Dik Samad...

    itule paseinye... ate mun doh bekeghut je nahan sakit, bile mase nok senyumnye?? :)

    BalasPadam
  48. Cikgu Tie...

    kata2 itu ada betulnya. Suami kakcik adalah orang yang sangat senang tersenyum dan wajahnya memang nampak muda dari usia! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com