Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 Januari 2011

Terima kasih Tuan Hj Hamzah (Al Lavendari)

Gambar ini diambil tanpa izin.  Harap jangan saman saya, ya Tuan Haji?
 Dua tiga hari kebelakangan ini, aku agak sibuk (entah apa yang aku sibukkan, aku sendiri tidak pasti).  Jadinya, aku agak kurang berjalan ke 'rumah' kawan-kawan.  Rumah sendiri pun antara berkemas dan tidak sahaja.  Baru sekejap ini, aku menerjah ke rumah Kanda AL atau lebih dikenali sebagai Al Lavendari dan aku terjumpa catatan beliau yang INI.

Terima kasih atas penghargaan tersebut Tuan Haji.  Selalunya, saya menulis tentang sesuatu selepas berkali-kali menimbangkan buruk baiknya kesan tulisan saya itu.  Sering juga saya menulis mengikut apa sahaja yang terlintas di fikiran atau apa yang saya perhatikan hingga menerbitkan ilham-ilham spontan.  Saya juga amat sedar dengan kekurangan diri saya ini.  Bak kata Husin dalam Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah 'teman tak ada SPM...'

Sekali lagi, dengan penuh rasa rendah diri, saya mengucapkan terima kasih kepada Kanda AL dan juga semua pembaca blog ini yang merasakan ada manfaatnya tulisan saya selain dari 'cerita-cerita merapu' yang saya titipkan di sini.  Tanpa kalian, blog ini hanyalah satu catatan peribadi yang tiada apa-apa....


40 ulasan:

  1. tahniah kakcik...semoga terus berkarya ya...

    BalasPadam
  2. Kakcik,
    Semoga tahun 2011 ini semua kita berada dalam ketenangan.Bukan ketegangan.The writings in the blog do give me inspirations when I am down...Semoga persahabatan dialam maya ni tambah semarak.Hidup kakcik.

    BalasPadam
  3. Salam kak cik,
    selamat tahun baru 2011, moga tahun ni akan lebih baik lagi hendaknya, moga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya. Sy suka baca tulisan kak cik, walaupun kadang tu pendek je tapi penuh ngan maksud yg tersirat. Terhibur gak membaca tulisan2 kak cik

    BalasPadam
  4. Saya suka baca catatan kakcik. Setiap orang ada sesuatu yg mereka hendak 'highlight' kan dalam penulisan mereka dan saya suka apa yg sering kakcik highlight kan.

    Terima kasih dan semoga terus menulis lagi.

    BalasPadam
  5. saya tak saman sebab kakcik telah memilih gambar saya yang paling hensem ! hehe

    teruskan berkarya !

    BalasPadam
  6. Sahrom...

    terima kasih kerana menyokong kakcik untuk terus berkarya. :)

    BalasPadam
  7. Cikgu...

    kadang2 berjalan2 ke blog kawan2 juga boleh memberikan kita ilham untuk menulis. :)

    Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya. Saya amat menghargainya. :)

    BalasPadam
  8. W/salam dan Selamat Tahun Baru Aidah...

    semoga kesihatan Aidah juga ditahap yang amat baik dan sentiasa ceria menempuhi hidup ini. Terima kasih kerana sudi dan suka membaca coretan2 kakcik. :)

    BalasPadam
  9. MIsz Sephia...

    bukan semua orang dapat memahami apa yang cuba kita sampaikan. Tapi, kakcik sangat berharap tulisan kakcik tidak menyinggung sesiapa sama ada dalam sedar atau tidak.

    Terima kasih kerana sering singgah membaca tulisan2 kakcik. :)

    BalasPadam
  10. AM...

    terima kasih dan semoga tidak jemu singgah ke blog kakcik ini. :)

    BalasPadam
  11. Kanda Al...

    saya ingat tadi nak cari gambar yang lain.. tapi sebab talian agak perlahan, saya ambil yang mudah sahaja. Nasib baik tuan suka.. :)

    BalasPadam
  12. Kadang2 kita pun tak sedar tulisan kita ada sedikit sebanyak mendidik pembaca kan?

    BalasPadam
  13. Azie...

    betul tu. KIta cuma meluahkan apa yang kita rasa, rupa2nya kadangkala bermanfaat juga. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  14. gerau gebang...

    Wslm... selamat berkenalan. :)

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik, Menulis ni satu tugas berat Yong. Dan kena bertanggungjawab apa yg kita tulis. Tima kasih pd Tuan Al- Lavenderi. Yang Akak riso apa yg akak tulis menyinggung perasaan org atau tersalah bagi info. Untuk perkembangan terbaru NGO yang antor "Mavi Marmara" ke Gaza, plse check blog akak ari ni.

    BalasPadam
  16. selamat tahun baru kakcik,

    semoga th 2011 ini kakcik terus aktif berkarya, sihat dan ceria selalu

    BalasPadam
  17. merapu pun merapu lah Kak cik..ni ambo ni peminat kak cik..hehe..peminta tulisan, jgn salah paham

    BalasPadam
  18. W/Salam Yong Halima...

    macam mana suasana Turki? Mesti seronok kat sana, kan? Kakcik dah singgah ke rumah Yong tadi - cuma tak tinggal jejak... :)

    BalasPadam
  19. Ibuintan...

    Selamat Tahun Baru. Harapnya, kakcik dapat menghasilkan tulisan yang boleh 'memberi makna' buat kita semua. Terima kasioh atas sokongan yang diberikan. :)

    BalasPadam
  20. Imanshah...

    terima kasih kerana meminati tulisan kakcik. Apa sangatlah berbanding dengan tulisan Iman, kan? :)

    BalasPadam
  21. salam kakcik syg..
    itulah pengalaman org2 lama mcm kita...banyak yg boleh dikongsi dan ditimba dari pengalaman..entry kakcik yg santai memang ramai yg suka baca..termasuklah ida...cuma ida kerap tak sempat singgah dek sebab kesibukan...

    p/s rumah ida dimasuki pencuri...

    BalasPadam
  22. Hehe..nak tergelak baca komen Tn. Hj....ada baca entri tu semalam. Penghargaan untuk kakcik tu...tahniah..:)

    BalasPadam
  23. Salam kakcik, Terkadang kita rasa entri itu bersahaja tapi penuh dengan mesej tersendirinya tahniah.

    BalasPadam
  24. W/salam Ida sayang...

    (dah malam baru dapat jawab komen Ida). Kakcik masih singgah di blog Ida, cuma kadang2 kakcik macam kehilangan ilham untuk meletakkan komen. Harap Ida tak kecil hati, ya? :)

    SubhanAllah. MasyaAllah. Pencuri tu pecahkan pintu rumah Ida ke? Apa yang hilang? Dah buat laporan polis? Semoga Ida tabah menghadapi musibah ini.. :(

    BalasPadam
  25. Kuasai Minda...

    terima kasih kerana meninggalkan komen dan terima kasih juga atas sokongan. :)

    BalasPadam
  26. Siti Murni...

    memang kakcik sangat2 terharu bila ada yang menghargai walaupun kakcik menulis bukan untguk dihargai. Kakcik hanya wanita yang tak punya apa2 kelebihan yang boleh dibanggakan. Tapi tetap bersyukur kerana dapat melontarkan apa yang kakcik rasa di blog yang terpencil ini. :)

    BalasPadam
  27. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    selamat tahun baru, dik. :)

    BalasPadam
  28. W/salam AAP...

    kadang2 kakcik menulis sebagai ingatan untuk diri sendiri sahaja. Terima kasih untuk sokongan yang diberikan. :)

    BalasPadam
  29. Salam Kak Cik
    Selamat tahun baru.

    Karya itu sesuatu yang abstrak, kadang2 bila seorang tak suka, belum tentu org lain pun tak suka. Kita menilai karya dari sudut berbeza... perspektif masing2. Jadi kalau dah jiwanya seni, yang merapu meraban pun... ada nilainya tersendiri.

    Teruskan berkarya kak cik..
    Will support u always..

    BalasPadam
  30. Setuju dgn pandangan Tuan AL ..
    Tulisan kakcik sentiasa menyenangkan
    sejuk jek hati bila membaca ..

    BalasPadam
  31. Selamat Tahun Baru Vic...

    masih sibuk dengan segala yang baru ya? Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan Vic tetap selesa menempuhinya. Kakcik setuju - bukan semua orang setuju dan suka dengan kita. Persepsi manusia berbeza-beza dan terpulang kepada kita untuk 'menjadi bijak dalam menerima teguran mahupun pujian' :)

    Terima kaksih kerana menyokong kakcik untuk terus berkarya. :)

    BalasPadam
  32. LiNda...

    Alhamdulillah. Terima kasih keran memberi sokongan. Semoga LiNda ceria dan sihat sentiasa. :)

    BalasPadam
  33. tulisan-tulisan dan pendapat KakCik saya tabik..
    kipidap !! (meminjam kata2 Tijah)

    BalasPadam
  34. Pn Dr...

    terima kasih atas sokongan. Kakcik ke 'rumah' Puan tadi.. tapi kalau dari 'meja' ini, sangat susah untuk kakcik masuk ke rumah itu apalagi untuk meninggalkan komen! :(

    BalasPadam
  35. sape tak sayang kakcik?? sume syg tau..termasuklah uncle2. hihihi.

    saya belum tau lagi apa terjadi kat blog uncle tu, nanti saya jenguk. pape pun, saya nak ucap tahniah terlebih dahulu kan kakcik. :D

    BalasPadam
  36. gB...

    terima kasih keran sudi menyayangi kakcik. Sungguh, kakcik sangat terharu - kakcik juga sayang kamu semua. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com