Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Januari 2011

Malam...

dikaitkan dengan kelam
disangkutkan dengan seram
diimpikan bersama tilam
dimusuhi mahupun diidamkan dalam diam
malam
dalam kelam ada ceria
membawa bersamanya putaran dunia
di sana ada rezeki tersembunyi
bagi mereka yang tak letih mencari
namun biarlah di jalan yang diredhoi
jangan mereka-reka alasan yang sengaja dicipta
demi 'membersihkan' sebuah dosa

malam
mengapa dikaitkan dengan segala yang seram
konon ada yang sedang mengintai
dan kadangkala ia mengilai
usah lakonkan yang bukan-bukan
demi mengaburkan dari penglihatan
usah bercerita dengan keghairahan
andainya kita tidak pasti tentang kesahihan
akhirnya kita mudah dimomok-momokkan
lalu tertinggallah di belakang kemajuan

malam
memang enak dibuai mimpi
apatah lagi di tilam yang tebalnya lebih sekaki
kita lupa masalah yang membelit diri
sedangkan ia belum berlalu pergi
berselawat dan berdoalah sebelum mata terpejam
semoga dalam mimpi tidak terasa direjam
andai kita dijemput dalam diam
setidak-tidaknya kita telah mengucapkan salam

Malam tadi di perjalanan antara Banting - Dengkil

nota hati : sebenarnya aku masih kekeringan ilham di awal tahun 2011 ini...


32 ulasan:

  1. uhh~~~sedap sajak~~

    saya 1st lah makcik~

    BalasPadam
  2. bujal X...

    terima kasih kerana tetap sudi singgah di pondok makcik ni. :)

    BalasPadam
  3. AM...

    Alhamdulillah. DIA masih memberikan keupayaan kepada kakcik untuk menitip sebaris dua ayat walaupun agak kelam kabut susunannya.. :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kakcik...

    Best pe kak cik tulis tu...:)

    Amat beruntunglah orang-orang yang menggunakan sepertiga dari malam itu untuk beribadah kepada~NYA..

    BalasPadam
  5. Bila kak cik buat tajuk malam..
    ntah kenapa masa baca puisi ni..
    terdengar2 lagu MALAM nyanyian kumpulan Shades versi Acapella dulu.
    Hehehehe

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    betapa ruginya bila terjaga tetapi enggan bangun ungtuk menghambakan dri kepadaNya seminit dua, kan? Semoga tahun ini, kakcik akan dapat selalu 'berbicara dalam sunyi' denganNya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  7. Vic...

    kakcik pun bagaikan terngiang-ngiang mendengar lagu MALAM yang senikatanya lebihkurang begini...

    Malam
    Bila Rinduku Bertambah Dalam
    Kau Datang Lagi Dengan Kenangan
    Oh Betapa Dinginnya Malam Ini

    :)

    BalasPadam
  8. Aida...

    selamat pagi Cikgu. Dah sibuk semula di sekolah, ya? :)

    BalasPadam
  9. Pentingnya malam
    agar kita dapat berehat
    pejam mata..
    rehatkan minda ..
    cergaskan akal
    beribadat sepertiga malam .



    p/s > Saya tahu jalan ini .. dulu pernah tinggal di Banting .

    BalasPadam
  10. LiNda...

    kakcik ni, kalau dah penat sangat - malam macam siang, siang macam malam! :)

    Semoga LiNda sihat dan sejahtera sentiasa. :)

    BalasPadam
  11. Kakcik jgn macam tu...(rujuk jawapan pada Linda)..jangan jadi kucing siang tidur malam berjaga.
    Paling takleh gi ..kalau malam yg panjang...terlebih tidur ..letih.

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,
    tak nak cite sal malam, Nak cite sal pagi.. Pagi ni anta anak ke sekolah..heee

    BalasPadam
  13. Salmi...

    sebenarnya, jarang sangat kakcik dapat tidur siang. Kalau kat pejabat, kadang2 dapat juga melelapkan mata di waktu rehat - tapi, dalam 10-15 minit je... :)

    BalasPadam
  14. salam tahun baru kakcik.

    sebenarnya malam itu adalah waktu terbaik untuk kita merenung kembali siang kita. :D

    BalasPadam
  15. W/salam Yan...

    BS dan BC dah beso - kakcik cuma siapkan keperluan mereka. Nanti ayahnya anto BS ke sekolah. BC pergi dengan berjalan je... :)

    BalasPadam
  16. salam akak..
    indahnye puisi ini..
    penuh makna..
    best2..saya suke..:)

    BalasPadam
  17. gB...

    kalau dah ngantuk, jangan kata nak merenung, nak ingat pun kadangkala tak sempat! :)

    BalasPadam
  18. CCC...

    puisi orang kekeringan ilham, macam tulah gayanya... :)

    BalasPadam
  19. Saya suka lagu MALAM, tapi tak ingat sapa nyanyi. Broery kot....

    BalasPadam
  20. Azie...

    lagu MALAM dendangan M.Nasir pun sedap didengar. :)

    BalasPadam
  21. Sahrom...

    terima kasih kerana tetap singgah meninggalkan kata2 semangat.. :)

    BalasPadam
  22. betul kakcik..
    asal malam jadi takut..seram
    padahal tempat sama je
    cuma gelap je..hehee

    ni idea baeekkk kakcik..hehe..bukan kering idea nih..

    BalasPadam
  23. SN...

    yang kita takut tu sebenarnya bayang2 yang kita cipta sendiri... :)

    BalasPadam
  24. amboi bukan main puitis lagi kak cik nie ye..

    BalasPadam
  25. Amy...

    kakcik suka berpuisi - cuma kadang2 tak berapa menjadi! :)

    BalasPadam
  26. kak chik puitis sungguh bahasa kak chik. ini bukan ilham ke?

    BalasPadam
  27. Cik Ina...

    kiranya macam ilham orang yang tak ada ilham... hehehe.. macam mana tu, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com