Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Januari 2011

Permata ibu...

Gambar dari : sharingcentre.net

Seorang ibu marah-marah
bila anaknya ditegur kerana memakai yang dedah-dedah
dia kata perkara itu remeh sahaja
banyak benda lain yang boleh diambilkira

benar...
kita boleh menjadi ibu yang bangga
bila anak kita menempa jaya
tapi kita ini ada agama
matlamat utama kita menuju syurga

anak itu permata kita
hendak menggilap ada caranya
permata itu keras sifatnya
tersilap gilap kita yang luka

permata itu juga silau sinarnya
tersilap pandang menyakitkan mata
terlebih silau pandangan tersasar
mungkin membawa musibah yang besar

kalau sayang jagalah sebaiknya
bukan ditayang merata-rata
walau kita tak sebaik mana
permata kita jangan diceroboh sesiapa....



50 ulasan:

  1. Pesanan seorang ibu kepada ibu-ibu yang lain termasuk saya.

    Terimakasih KAKCIK. Sayu bila melihat kembali ke dalam diri....

    BalasPadam
  2. Azie...

    bila kakcik melihat ke dalam diri sendiri - terlalu banyak rasanya lopong di sana sini... :(

    BalasPadam
  3. terasa takut untuk jadi seorang 'ibu'.. mencuba untuk tidak mengalah.. mekasih kakcik

    BalasPadam
  4. AzMask...

    dalam dunia yang serba mencabar, segalanya begitu menggerunkan! Mudah2an kita menjadi ibu yang kuat dan tabah menghadapi apa juga badai yang melanda demi kesejahteraan permata2 kita dunia dan akhirat. InsyaAllah...

    BalasPadam
  5. salam kak cik..

    cukup takut menjadi ibu di zaman teknologi..kalau anak lelaki dengan cara anak lelaki..kalau yang ppuan lagi risaunya..moga Allah pelihara ahli keluarga kita..

    BalasPadam
  6. W/salam Suri...

    anak lelaki atau anak perempuan, kebimbangan hati seorang ibu tetap sama. Kakcik ada 4 putera yang berbeza karaktor. Semoga Allah melindungi anak2 kita dari segala gejala yang tidak baik...

    BalasPadam
  7. pesanan ni utk ciklinn juga.. tq sis... ha smlm linn jumpa satu gambar..ada budak tu kan pakai tudung tapi tang dada... mak aii... kelurah2 nampak.. hehhe.... hadoii leh lak org kat forum tu wat avatar.... so berhati2lah dilaman sosial.. ahhahah

    BalasPadam
  8. macam mana agak nya bila satu ari nanti acu bergelar ibu??emm..mudah-mudahan acu mampu mendidik "bakal" anak2 acu dengan sempurna..insyaAllah

    BalasPadam
  9. Ciklinn...

    bukan sedikit kebimbangan dan bukan sedikit cabaran bagi seorang ibu dalam membesarkan permata hati. Disebaliknya pula - kenalah kita renungkan bagaimana payahnya ibu kita membesarkan kita dahulu. Semoga kita sentiasa punya kekuatan...

    BalasPadam
  10. @cu sayang...

    jadikan apa yang berlaku hari ini sebagai panduan untuk esok hari. InsyaAllah, selagi agama menjadi pegangan, kita tidak akan hilang pertimbangan. :)

    BalasPadam
  11. Pesanan yang baik untuk ibu-ibu diluar sana, termasuk kita. Terima kasih kak chik.

    BalasPadam
  12. Cik Ina...

    terima kasih. Pesanan untuk diri kakcik juga tu. :)

    BalasPadam
  13. salam kakcik,

    kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya....

    pelik pulak ain bila 'dia' boleh pertahankan imej anak dia yang macam gitew....

    dari dulu lagi memang sakitt mata nengoknya....

    moga allah melindungi anak2 kita hendaknya....

    BalasPadam
  14. W/salam Ain...

    InsyaAllah... Dia sentiasa bersama kita walaupun kadang2 kita lupa kepadaNya. Mudah2an kita akan sentiasa menjadi ibu yang 'baik' buat anak2 kita. :)

    BalasPadam
  15. kak cik..saya tersangat lah setuju..apa lagi ada lagi 5 permata dalam rumah ni...

    BalasPadam
  16. saya pun kene jaga diri sebab sentiasa bawa nama mak ayah bila ke mana-mana.

    thanks kakcik atas ingatan ini. :)

    BalasPadam
  17. Sifatnya juga anak2 ini bagai menarik rambut dalam tepung bila ada sesuatu tindakan yang perlu diambil. New Entry "Jangan lembik, keras sikit..."

    BalasPadam
  18. terima kasih ..atas peringat yg berguna
    buat semua..

    kalau bukan ibu bapa yang corakkan
    ntah apa akan jadi pd anak2 kan...

    BalasPadam
  19. Kak Ezza...

    permata2 kakcik yang 4 orang itu pun sentiasa membuatkan hati kakcik 'ngilu'. Yang 'berserban' lagi banyak dugaannya. Yang 'diam2', takut menjadi api didalam sekam!. Hanya Allah tempat kita meminta perlindungan.

    BalasPadam
  20. AAP...

    betul. Silap2 tarik, tepung itu menutup muka kita atau rambut itu menghiris jari ...

    BalasPadam
  21. Ati...

    kadang2kala anak2 tidak faham. Mengapa 'begitu' mengapa 'begini'. Mengikut rentak mereka, BUKAN BERMAKNA KITA MERELAKAN UNTUK DITARIK LEMAS BERSAMA...

    BalasPadam
  22. gB...

    baguslah gB sentiasa beringat begitu. Bila ada ibubapa bersama, langkah kita lebih terjaga. Semoga juga ibubapa yang mengiringi anak2 tidak membiarkan anak2 berbuat sesuka hati walau turut berada di sisi...

    BalasPadam
  23. kini menjaga anak2 lebih susah .. masa dulu2 orang kata "beranak sorang, menjaga sekampung"

    sekarang orang kata "jangan jaga tepi kain orang" .. silap2 kita kena saman.

    BalasPadam
  24. Kanda AL...

    memang pun! Bila jadi sesuatu hal, baru kata 'jiran kena prihatin'. Tapi, sebelumnya boleh menjadi musuh bila ditegur! :(

    BalasPadam
  25. anak2 zaman sekarang rasanya lebih susah dijaga dari anak2 zaman dahulu.....

    BalasPadam
  26. salam mama
    nasihat yang berguna
    terima kasih mama =)

    BalasPadam
  27. AKT...

    menjadi ibubapa, sentiasa ada cabarannya...

    BalasPadam
  28. w/salam cheqna...

    nasihat untuk diri mama dan anak2 mama juga... :)

    BalasPadam
  29. assalammualaikum kak cik...

    terima kasih kerana mengingatkan.. adakala terlupa jua... mujur ada yang sudi beri nasihat...

    BalasPadam
  30. sebab tue la or kata ibu tue kalau marah tandanya sayang......

    BalasPadam
  31. Wa'alaikummussalam Ila...

    kita manusia yang sering lupa - eloklah saling memberi peringatan sesama sendiri di samping mengingatkan diri yang tak sepandai mana ini. :)

    BalasPadam
  32. CCC...

    tapi, anak2 ingat bila ibubapa 'menegur' kerana tak suka pada mereka! :(

    BalasPadam
  33. Angah...

    kalau buat tak peduli, tanda benci - ya? :)

    BalasPadam
  34. Yang ini jenis "Neraka di Bawah Tapak Kaki Ibu"

    Tak gitu Kakcik... hehehe

    BalasPadam
  35. jeBateja...

    bapa jarang berminat dengan permata! hehehe....

    BalasPadam
  36. salam kakcik,
    hati ibu tercalar
    tika bercakap benar
    anak enggan mendengar
    malah membuat bingar
    seolah ibu yang tersasar

    ada anak yang payah memahami ibu

    BalasPadam
  37. dah terdedah..
    banyak langau hinggap ...
    (makanan la.. batu permata tak.. heheeh..)
    .
    .
    mendalam entri hari ni kak!!
    (tenet saya lembab hari ini.. sekarang saya paham perasaan kakCik..:) )

    BalasPadam
  38. Kak pah...

    memang bukan senang membuatkan anak2 faham ... tapi kita juga tak boleh mengalah dengan mereka demi untuk kebaikan mereka, kan? :)

    BalasPadam
  39. Pn Dr...

    bila kita berkobar2 nak 'masuk' kemudian tersekat di muka pintu, memang tersangatlah geramnya, kan? :)

    BalasPadam
  40. kadang2 ida rasa ida gagal jadi ibu yg bagaikan permata..
    kdg2 ida rasa ida bukan seorg ibu yg baik..cuma ida rasa anak2 beruntung mndapat ida sebagai seorg ibu kerana ida tetap begini walaupun seribu dugaan datang melanda...

    BalasPadam
  41. Ida...

    malangnya kadang2 ada anak2 yang langsung tidak menghargai ibu bagaikan permata yang perlu dijaga dan dihargai...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com