Mahabbah De Laila kisah wanita bersuami muda
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila.
Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup.
Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelanghari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanitayang terlalu tabah.
Apa lagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan.
Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.
Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila.
Pada masa yang sama, Waad 'berperang' emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.
Telah disiarkan di TV9, drama 26 episod yang akan memenuhi slot sejam itu turut menyingkap bagaimana ketabahan DeLaila dalam melayani kerenah suaminya.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Abby Abadi, Hairul Azreen, Zarina AF2, Anding AF2, Maimon Talib, Fadhil Dhani, Dian P. Ramlee, Yusof Wahab, Liza Abdullah dan Faizal Hussin.
Mengulas perihal watak De Laila, pengarahnya, Hadji Maa Hayu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Nizarman(M) Sdn. Bhd., memberitahu, watak De Laila, lebih kepada karakter wanita berkerjaya yang berhati mulia serta sering menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.
"Disebabkan dia seorang yang berhati mulia, sepasang suami isteri yang telah termakan budi yang ditabur oleh De Laila berkenan dengan sikap serta kelembutan De Laila. Lantas mengahwinkan anak mereka yang berusia belasan tahun dengan De Laila."
"Apa yang cuba kami zahirkan dalam cerita ini, bukan hanya ketabahan hati dua insan yang berbeza umur yang disatukan dalam ikatan perkahwinan tetapi kebaikan seorang insan yang mempunyai kelebihan dalam menghulurkan bantuan," katanya.
Di minda masyarakat, sudah tentu akan memandang serong kepada lelaki muda yang berkahwin dengan wanita berkerjaya dan berharta.
Oleh sebab itu, kisah tersebut cuba diketengahkan kepada umum untuk turut sama menilai dan merasai bagaimana dilema yang dihadapi oleh pasangan yang berbeza umur menghadapi gerbang perkahwinan.
Berbeza umur
Bercerita perihal wanita bersuami muda, menurut pengarah berkenaan, dalam penilaiannya, tidak wujud sebarang masalah berkaitan perkahwinan pasangan berbeza umur asalkan kedua-dua pihak dapat berfikir dan mengatasi segala masalah secara rasional.
"Kebijaksanaan mereka itulah yang cuba kita tonjolkan dalam siri ini.
"Biarpun menyatakan bahawa tidak menyintai De Laila, namun, sebagai seorang isteri, De Laila masih berlembut hati dengan membiayai pengajian suaminya," katanya.
Gandingan pelakon muda Hairul Azreen yang dipasangkan dengan Abby Abadi ternyata banyak menterjemah kisah yang cuba disampaikan.
"Berbanding Abby, pada awalnya memang sukar mewujudkan keserasian antara Khairul dengan Abby. Namun, setelah hampir sebulan menjalani penggambaran, lakonan Khairul semakin lama semakin matang.
"Biarpun nampak sedikit pemalu, namun tidak sukar membentuk serta mewujudkan keserasian di antara mereka," katanya.
nota hati : En Ilham dah masuk dalam peti sejuk beku buat sementara waktu.
memandangkan umur wanita umumnya lebih panjang dari lelaki, eloklah lelaki muda mengahwini wanita yang lebih tua !
BalasPadamsaya nak de laila macam maria farida atau rojita che wan.
BalasPadamboleh begitu makcik?
he~~
cinta dan sayang tak kenal usiakan...
BalasPadamyg penting persefahaman, respek, tahu tugas dan tggjwb..itulah punca keharmonian rumahtangga...bukan sebab usia..
Kadang cinta itu buta nasiblah kalau teraba kat sape :)
BalasPadammak saya dok tgk citer ni. mula2 tu sebab adik saya yg kat KUIS tu dok promote sebab citer ni buat shooting kat sana.
BalasPadamlast2 terus tersangkut tiap2 minggu. hihihi~
salam kakcik,
BalasPadamtak pernah lagi tengok citer ni, sinopsis yang sungguh menarik hingga tertarik nan tengok jugakkkkk....
Kanda AL...
BalasPadamadakah itu satu fakta? :)
nabi kita pun isteri nya lebih tua... tak salah bersuami muda....asalkan saling memahami dan sayang menyayangi...
BalasPadambujal X...
BalasPadamyang ada kat rumah tu nak letak kat mana? Makcik takde hal punya.. :)
SN...
BalasPadambetul tu. Yang penting - persefahaman, tolak ansur dan tidak ego. :)
AAP...
BalasPadamkalau teraba kat dinding pun, redho je lah...kan? :)
gB...
BalasPadamdah nak habis pun cerita ni.. kakcik kadang2 sempat tengok, kadang tak... sekarang dah dua kali seminggu. Lagi dua minggu, habislah. :)
Ain...
BalasPadamkalau tak salah kakcik tinggal 4 episod je lagi - setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 - 9.30 malam di TV9. :)
AKT...
BalasPadamkalau pandai mengemudi rumah tangga, usia bukanlah masalah utama, kan? :)
mama
BalasPadamtayang hari mende ni??
kul bape??
macam besh je..
Cheqna anak mama...
BalasPadamhari senin ngan selasa - 8.30mlm di TV9. Nak abis dah tak lama lagi tu... :)
saya tak sokong sangat kalau lelaki muda kahwin perempuan lebih tua. tua 1 atau 2 tahun tak pe, ini yang bezanya sampai 10 tahun.Sanggup ke lelaki muda tu menahan sabar, bila perempuan yang lebih tua tu menoupus.
BalasPadamkita ada alasan yang kukuh, sebab dah terjadi pada sahabat sendiri. at least kalau lelaki tua dari perempuan tak pe sangat.Kita saja bagi nasihat kat perempuan yang dah berumur nak kahwin lelaki muda, fikir jauh sikit.
anastasyea pun suka tengok drama Mahabbah De Laila. Memang unik .. tapi tak berapa suka la dengan cara dia nak umumkan siapa suaminya yang sebenar dalam episod baru-baru ini. =)
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamkalau dah macam anak dengan mak, nampak macam tak serasi je, kan? ;-)
anastasyea...
BalasPadammacam Waad kata, 'cara itu agak kejam'... dan cara tetamu meninggalkan majlis pun agak keterlaluan, kan?
kakcik..macam best aje...cite ni..nak tgkla..:)
BalasPadamCCC...
BalasPadamjangan lupa senin dan selasa depan. :)
br tgk sekali je kot cite ni...tu pun sebab tertuko channel hehe..
BalasPadamMimi...
BalasPadamkakcik pun mulanya 'tertengok' - lepas tun 'ternanti2'.. :)
kak cik bole tahan gak citanya angah ada gak tengok
BalasPadamAngah...
BalasPadamkalau tengok pasangan Abby dengan Hairul tu memanglah nampak sangat tak sepadannya... :)
wah mcm best jer citer ni....
BalasPadamCiklinn...
BalasPadamcubalah tonton Isnin malam - minggu depan. :)
Salam Kakcik, bukan ke Abby pun ada pasangan baru yg muda dr dia?
BalasPadamW/salam Yong Helli...
BalasPadampasangan Abby kat luar dunia lakonan taklah nampak muda sangat macam dalam drama tu... :)
Saya tak tgk citer ni....sbb rasa takleh terima keadaan macamtu ,,, betui spt kata cik ina..beza .setahun 2 tak pa kalau dok berpuloh tahun ....
BalasPadamSalmi...
BalasPadamkakcik ni suka nak tahu kesudahannya macam mana. Kalau ZarinaAF tu ok lagi minat kat Waad. Ini, Prof (lakonan Jasmin Hamid) pun tergila2kan Waad! :)
salam, tak sempat bernafas ni..jengah kejap kakcik nak tanya khabar
BalasPadamImanshah...
BalasPadambernafas pelan-pelan. Jangan terkejar2... Kakcik sihat. Semoga Iman juga sihat dan ceria :)
KAKCHIK,
BalasPadamSALAM..
Sejujurnya IE jarang menonton TV9..memang diakui byk program menarik..cerita ini pun menarik..
IE...
BalasPadamkakcik ni kalau tak menonton saluran2 Astro, TV9lah tempat kakcik melepak, kemudian baru TV3 atau TV8... :)
sekarang ramai lelaki pilih wanita berusia
BalasPadamkan lelaki ni suka di manjakan
hari apa dan pukul berapa kak cik?
Ati...
BalasPadamhari Isnin dan Selasa, jam 8.30malam di TV9. Nak manja tak apa - jangan nak mengikis, sudah! ;-)
kakcik - mesti cerita tu bestkan? terasa lak yang aku ni tua. maklumlah beza umur dengan isteri 12 tahun. he he
BalasPadamTRR...
BalasPadamselalu orang kata 'umur sekadar angka' - apa ada hal, kan? ;-)
Kena pasang tv dpan meja,hehe
BalasPadambila baca kisah dalam cerita ni rasa tkde salahnya andai satu masa kelak ida pun jadi begitu...itulah jodoh pertemuan di tentu Allah..kita merancang..
BalasPadamzeq...
BalasPadampasang depan meja atau atas meja? :)
Ida...
BalasPadamInsyaAllah, kebahagiaan ada di mana2 walaupun kadangkala sukar untuk kita menjumpainya. Semoga Ida tetap tabah dalam menempuhi liku2 kehidupan. :)
Suka tgk citer nie tapi kdg2 selalu gak miss.. tapi sebuah citer yang menarik untuk ditonton..dan banyak kisah dah teladan :)
BalasPadamRinna...
BalasPadamdalam menonton pun kadangkala kita boleh mendapat iktibar, kan?
Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog ini. :)
acu pun folo cite nie..
BalasPadamtapi baru2 nie dah ter"miss"
tak tau pulak dah tukar siaran ke ari isnin & selasa...huhuhu
Acu...
BalasPadamkalau tak silap kakcik, tinggal 4 episod je lagi...
Assalam kak chik n semua,
BalasPadampada sesiapa yg nk tgk blk cite ni dr ep 1, leh tgk kat youtube...sy letakkan link kat bawah tu... cite ni mmg unik dr segi tema dan skrip..
kak chik tumpang letak link ye...
http://www.youtube.com/user/cinderjulie1987
TQ.