Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 Disember 2010

Orang bandar masuk kampung

Bandarlah sangattttt.....

Ops... Pekan Rabu tu di Bandaraya Alor Setar - bukan di kampung

Mula-mula tengok dulu...

Inilah kumpulan kambing yang sedang 'diperhatikan'...

Woi...woi... mati juga anak kambing tu nanti...

Hehehe... BS lari sebab takut dengan anak kambing...

Comel tak 'gelas' minuman ini?...

Dah lama tak tengok 'mesin getah' ini...

Sempat merakam sambil lalu bas pesiaran yang telah mengorbankan 27 nyawa - tersadai di hadapan Balai Polis Medan Kidd, Ipoh... (Basnya tak nampak dalam gambar sebab ramai sangat yang berkerumun di situ)



nota hati : Masih bercuti sakit hari ini.  Hidung tak berhenti 'srot sret'.  Bila makan ubat, rasa macam nampak bantal dan tilam ....


34 ulasan:

  1. Salam pagi kakcik :)


    Dulu time bljr kat kedah slalu gi pekan rabu...tp dulu xcantik mcm skrg ni

    BalasPadam
  2. Salam KAKCIK.

    Saya dah berpuluh tahun tak pergi Pekan Rabu tu. Ntah cemana lah rupanya sekarang.

    Dan lama juga tidak pegang kambing lagi. Rindu lak pada bau nyer.. hehehehe

    Untung juga Kak Cik dapat snap gambar dari kamera sendiri, kemalangan bas tu. Sedih...

    BalasPadam
  3. Selamat pagi Mimi...

    Sempat juga kakcik beli sehelai jubah di kawasan berdekatan Pekan Rabu tu... Along pula, kalau singgah mesti beli kopiah. :)

    BalasPadam
  4. W/Salam Azie...

    Rasanya, tiada banyak perubahan 'rupa' Pekan Rabu tu. Cuma, mungkin lebih meriah ...

    Kakcik pun tak pegang kambing tu.. cuma ambil gambar je! ;-)

    Memang sedih, kan? Tapi nampaknya sepanjang Lebuhraya PLUS tu - bas masih dipandu laju - mungkin melebihi 120km/j (berpandukan meter di kereta kami)... :(

    BalasPadam
  5. saya biasa berkawan baik dengan mesin getah itu suatu waktu duluuuuu ..!

    BalasPadam
  6. ni mcm kes anak4 saya kakcik
    jika blik kg..abis mati anak2 ayam yg comey tu di"kenyek"..

    abis lari anak2 kucing dikejar ngan kayu

    jika tgk ibu ayam ngan anak2 kecik tu..nk dikejar mereka..bukan ke bahaya sb ibu ayam tu protect anak dia..huhu..bab telur ayam..jgn ckp la..abis hancurrrrrr...

    nak buat camna..anak saya lahir kat bandar katakan..hehehe

    BalasPadam
  7. makcik idung srot sret tapi minum air fresh orange~~lambat baiknya makcik~~

    BalasPadam
  8. kiutnya bs takut kambeng! hahaha. kambing tu besar betis kamu je, dik! ;)

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    di kampung suatu waktu dulu, saya suka bermain2 dengan mesin itu (kepunyaan ibubapa saudara saya...) :)

    BalasPadam
  10. SN...

    BS suka sangat ;melihat' haiwan2 ternakan itu .. tetapi tak begitu berani untuk 'bermain2 dengan mereka'.

    Nampak tak sungai di belakang kandang kambing itu? BS dibawa menyusuri sungai itu dengan menaiki bot. Pucat dia! sehingga terpaksa berpatah balik 2 minit kemudian...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Kakcik..

    Harap kakcik beransur sihat..

    BalasPadam
  12. Bujal...

    oren itu bukan makcik yang punya... makcik cuma minum air suam. Makcik cuma nak tunjukkan 'gelas' yang asalnya adalah botol jem! :)

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    InsyaAllah. Terima kasih. :)

    (Tahun depan nak ke Kuching lagi - tapi masih belum berjaya tempah tiket - tak tahu apa masalahnya!)

    BalasPadam
  14. salam kakcik,

    sakit ke..ala sian
    semoga kakcik cepat semboh
    makan ubat on time ok

    pekan rabu ..best shopping2

    BalasPadam
  15. Kakcik, kalu x alergik dgn ubat, boleh cuba 'Clarinase' - Blh didapati di Farmasi-barang kawalan ni.

    Pengalaman saya, kalu 1 hari hidung berair berjejeh-jejeh (jgn bayangkan, geli eeeeEEE...!) telanlah sebiji di waktu malam.

    Bangun pagi InsyaAllah, legaaaaa...

    Kambing2 tu comellah Kakcik! (baru belajar2 menghargai kecomelan kambing demi menjaga hati suami theheheheee....).

    BalasPadam
  16. W/salam Ati...

    duduk di rumah ni walaupun rasa nak baring je... banyak yang kena dibuat. :)

    Kalau bawa duit yang banyak, memang best shopping... tapi, peruntukan kakcik selalu terhad...

    BalasPadam
  17. kakcik..ubat srot sret tu memang ngantukkan lepas makannhya..

    mesin getah arwah abah saya dah dilarikan, gara2 barang recycle ada harga

    BalasPadam
  18. Liza...

    semalam doktor dah bagi ubat, itulah - bila makan.. rasa nak lolap je!

    Suami dah mula ternak kambing, ya? Selamat maju jaya. :)

    BalasPadam
  19. To my lovely KakCikS:)

    Salam

    Moga akak cepat sembuh yaa:):)

    Tergelak kejap bila bygkan si budak kecik tu lari sbb takutkan ank kambing..hehehe

    BalasPadam
  20. ibuintan...

    ubat untuk menghilangkan selsema memang mengakibatkan mengantuk...

    Minggu lepas, mesin basuh kakcik yang diletak oleh suami di luar rumah kerana 'mengemas' pun telah dilarikan. Mujurnya, mesin basuh dengan muatan 13kg tu terletak di dapur!

    BalasPadam
  21. Tinie sayang...

    terima kasih untuk doa.

    Memang kelakar tengok BS tu lari bila disuakan oleh Alongnya dengan kambing! :)

    BalasPadam
  22. as salam kakcik..byk makan vitamin C ya...

    BalasPadam
  23. W/Salam Sahrom...

    InsyaAllah. Terima kasih. :)

    BalasPadam
  24. salam kakcik,
    sukanya tengok binatang2 ternakan tuh.. sure anak2 saya terlompat2 kalo dapat nengok dekat2 cam tuh.. lama udah tak pegi pekan rabu, akhir pegi tahun 1995 kot.. mesti pekan rabu dah lain skang... gelas minuman tu rupanya cam botol jem... heheh..

    BalasPadam
  25. Memang seronok kalau ke kawasan kampung ni..


    Kena tunggu balik kampung suami aje boleh jumpa semua ni...


    Gelas re-cycle ke tu kak ? pandai ada aje idea dorang nak meniaga ni..

    BalasPadam
  26. Aanas...

    Anak kakcik si BS tu memang teruja nak ke rumah kawan kami tu setipa kali ke Alor Setar. Dia seronok melihat haiwan2 di sana seperti yang kakcik pernah cerita dalam catatan sebelum ini.

    Kampung kakcik dah tiada apa lagi! :(

    BalasPadam
  27. Reen...

    gelas yang asalnya botol jem! Lepas ni, kakcik pun nak simpan botol jem untuk dijadikan gelas..hehehe...

    BalasPadam
  28. W/salam CCC...

    Bila2 ada kelapangan, bolehlah pergi.. :)

    BalasPadam
  29. geleng2 kepala mak mentua bila nengok botol jem jadik gelas!!

    BalasPadam
  30. kreatif! sangat pandai guna botol untuk gelas air.. hehe..

    1st time tengok lembu kat depan mata, masa ke kelantan... kelakar je.. sebab tak pernah tgk hidup-hidup kan...amik gambar sana sini... hahaha

    BalasPadam
  31. Pn Dr...

    silap2 kena sumpah! Samapi beso dia bela anaknya, tak pernah bagi minum guna botol jem.. hehehe...

    BalasPadam
  32. Amni...

    mesti tak ramai orang yang sanggup minum tanpa straw, kan? :)

    Wah... Amni ni mesti orang bandar..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com