Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Disember 2010

Macam-macam...



JAKARTA - Seorang penyokong Indonesia duduk di atas palang besi pada bumbung Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini untuk menonton pusingan kedua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.



Penyokong yang tidak diketahui identitinya itu beraksi seperti adi wira Spiderman apabila dia berjalan dari satu tiang ke tiang lain di atas bumbung stadium itu.

Sekilas pandang, dia dilihat membawa bendera Merah Putih Indonesia yang tertera nombor 4-0 yang bermaksud kemenangan skuad Indonesia.

Ketika perlawanan itu berlangsung semalam, Spiderman tersebut berkali-kali mengibarkan benderanya sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak tanah airnya.

Aksi beraninya menarik perhatian orang ramai termasuk kumpulan kakitangan media kerana Spiderman itu duduk dekat ruang wartawan membuat liputan.

Dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu, Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia.

Namun, pada pusingan pertama yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 sekali gus menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali. - Agensi

Apa-apapun tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia yang tetap cemerlang (berpanjangan hendaknya) walaupun bermain dalam tekanan yang bukan sedikit.


*** rasa kelakar pulak semalam tengok wajah beberapa penyokong Indonesia yang bagai terpinga-pinga bila Malaysia diumum juara! Mungkin terfikir 'gimana sih - kok kita yang menang... MALINGSIA dinobat juara?' hehehe...***

Moralnya : jangan menyokong secara meng'khinzir' buta tanpa mengetahui fakta yang sebenarnya...


22 ulasan:

  1. kita masuk tidur awal semalam, ingatkan kita menang 1-0, haha... patut la kat berita orang kata menang aggregat 4-2, dalam hati, tah macam mana laaa korang kira aggregat pun tak betul! hahhaa :)

    BalasPadam
  2. nasib dia tak terjun ala-ala
    spiderman gak ...akibat frust ..huhu

    BalasPadam
  3. tahniah Malaysia,dah lama juga tak menjerit bila tengok bola.kat tv saja pun.

    BalasPadam
  4. salam kak cik...
    sy bukan pengikut bola malaysia sangat...tapi hubby memang :)
    tapi bila menang....best sesangat hehehe

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik..,
    Semangat betul diaorang ni w/pun memang sukar mengatasi mata agregat ..tapi stadium tetap penuh..dan dengan semangat itulah riuh rendah sorakan 1 gol tu semalam meskipun dalam hujan lebat.

    BalasPadam
  6. Salam kakcik, tu macam nak mengadai nyawa aje :( nasib tak de yang tunjuk coli laser semalam yak :)
    New Entry "Esok cuti umum 31.12.2010"

    BalasPadam
  7. wpun lebih 85 ribu penyokong indon menyerang gunakan laser, termasuklah artis indon yg konon nak pakai coli berlaser-laser supaya player msia hilang fokus,

    wpun msia diprovoke oleh penyokong indon yg tidak profesional, yg terbaik tetap akan menang, menang secara bermaruah

    tahniah diucapkan ke atas kebangkitan semula arena bolasepak msia

    dan t/kasih tak terhingga diucapkan kpd player msia, sbb kerana merekalah kita dpt cuti free esok

    jasa kalian dikenang

    BalasPadam
  8. berani tak bertempat

    kalau jatuh memang tak berbaloi

    apapun tahniah kpd team Malaysia

    BalasPadam
  9. kalo mati??
    apola org ni...apa2 je demi bola

    BalasPadam
  10. Entah-entah dia nak bomohkan M'sia kalah tapi tak menjadi. (Dosa kering kalau tak betul he..he...)

    Allah lebih berkuasa. Kita dah menang dah esok cuti umum...

    BalasPadam
  11. malingsia juara
    indonesial naibnya

    ...tahniah keduanya!!

    BalasPadam
  12. kakcik...kita pn tumpang senang bila menag sbb krjn isytihar cuti...hehehe....

    BalasPadam
  13. semangat betul..alhamdulillah pasukan malaysia menang...

    BalasPadam
  14. fanatik nk tngk bola smpai sanggup tngk bola dr puncak trtinggi..hihi

    Malaysia Boleh!!

    http://fadthnwan.blogspot.com

    BalasPadam
  15. penyokong cenggini pun ada.. tak sayang nyawa, kalau jatuh tak pasal jer mati katak, dek kerana bola.. apa pun, syiok gak nengok bola semalam, walopun bukan peminat bola.. yeay esok cuti free....

    BalasPadam
  16. Tahniah utk pasukan Msia n K.Rajagobal....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com