Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Disember 2010

Jadi rebutan...

Komputer riba jenama Compaq ini sepatutnya diterima oleh Angah secara percuma (benarkah percuma?) sebaik mendaftar di kolej hampir dua tahun yang lalu.  Bagaimanapun, cuma pada hari Jumaat lepas Angah menerimanya.  Disebabkan telah pun  mempunyai komputer riba jenama Dell yang kubelikan untuknya, si Compaq ini tidak diperlukan oleh Angah.  Dia memberikannya kepadaku untuk digunakan.  Tapi, berapa lama sangatlah aku hendak mengadap komputer riba itu?  Aku lebih selesa menggunakan komputer meja.  Sudahnya, menjadi rebutan antara BC (Bangcik) dan BS.  Tapi, mereka tak berani hendak bergaduh kerana akhirnya nanti siapa pun tak dapat menggunakan komputer itu bila si emak menggunakan kuasa 'Polis Dunia'... hehehe....

~mak BC dan BS guna komputer riba ini seawal jam 4.30 pagi~



Selinganhujan  lebat disertai guruh di luar sana.  Dapat tidur, sedap ni - tak kiralah walau 'tersangkut' kat kerusi macam BS ni....




40 ulasan:

  1. kak cik..
    saya suka lappy dari desktop
    senang bw gi mana2..

    time2 ujan gtu..mmmg best tdo..

    BalasPadam
  2. kc

    saya pun suka komputer kat dekstop..segar mata tengok.

    BalasPadam
  3. komfom jadi rebutan kalau benda tu 1 jer..mcm anak2 rebina saya tu lah!..

    BalasPadam
  4. SN...

    kalau nak ke mana2, memang senang bawak lappy.. kalau bawa desktop - mana gayanya? :)

    BalasPadam
  5. IS...

    guna desktop, kakcik rasa lebih relax. Lagipun mata kakcik ni dah agak teruk penglihatan jarak dekatnya. :)

    BalasPadam
  6. MDT...

    dah namanya budak2, memang suka berebut walaupun sebenarnya tak perlu direbutkan... BS tu, kadangkala duduk memerap main lappy kat bilik Alongnya atau main PS... Saja dia suka buat kecoh kat BC. :)

    BalasPadam
  7. gB...

    bila mak diaorg keluar kad merah, semua tak boleh kata apa lagi.. :)

    BalasPadam
  8. wah..tlebih2 plak komputer kt umh kcik.hehe..dftr kolej ape dpt free lappy tu kcik?mmg xyh byr lgsg ke?bestnyee..

    BalasPadam
  9. salam.

    kita guna laptop jer PC dah rosak

    uish..cam tu pun leh tido na..
    penat sgt lah tu..huhu

    BalasPadam
  10. Amboiii untungnya ada laptop sampai 2...

    Saya masih gak ler guna PC buruk.. hehehe asal saja boleh masuk blog.

    Saya ni sama ler mcm Kak Cik, bagilah laptop canggih, tetap ndak jugak komputer meja yang wpun buruk tapi sedap diguna..

    Agaknya orang lama semua gini kot KAKCIK ek? hehehe

    BalasPadam
  11. Salam kakcik..

    saya kalau berpergian, sanggup tak berblogging sebab langsung tak minat ngan lappy....tido lg sedap.

    saya sayang pc cabuk saya ni...best!

    BalasPadam
  12. tido sangkut macam tu tak sakit tengkuk ke bs oi....

    p/s kpah punya lptop orang lain tak boleh pakai ekeke..

    BalasPadam
  13. SA...

    lappy tu memang dapat percuma (katanya) tapi kita bukan tahu entah apa caj tersembunyi dikenakan dalam yuran dsbgnya.

    BalasPadam
  14. Ati...

    kakcik tak minat sangat dengan lappy. Bila guna lappy, kakcik lebih senang meniarap!

    BS tu dah penat sangat agaknya. :)

    BalasPadam
  15. Azie...

    Azie pun dah tengok macamana 'opis' kakcik ni, kan? Hahaha... kakcik lebih selesa begitu - tak payah rusau nak tersepak atau sebagainya waktu kakcik ke dapur. :)

    BalasPadam
  16. Q cayang bucuk...

    samalah kita. Kalau bercuti, tidur lagi best! Kadang2 suami kata, kalau nak tidur baik duduk kat rumah. Eh! ingat kalau duduk rumah, boleh tidur sesuka hati macam kat hotel ke? Jangan harap...

    Kakick pun sayang pc cabuk kakcik ni. :)

    BalasPadam
  17. Kakpah...

    BS tu selesa gitu gamaknya.

    PC atau lappy kat rumah ni memang berkongsi2 (kecuali Along ngan Angah punya)... jadi - tak boleh simpan rahsia! hehehe...

    BalasPadam
  18. Salam, skrng berebut laptop, sikit lagi berebut keta.

    BalasPadam
  19. Yong Helli...

    bukan berebut kete, tapi berebut tempat duduk dalam kete. :)

    BalasPadam
  20. saya suka pc dari lappy.. hehehe.. sebab kadang2 tengah duk taip sambil BF.. kaki budak kenit tu sempat juga menghentam keyboard.. kalau lappy mesti dah bertabur dia punya keyboard..

    BalasPadam
  21. salam...

    saya suka guna laptop..kat dapur, kat luar rumah pun sempat update blog..hehe

    BalasPadam
  22. salam kakcik,

    jangankan anak2 kakcik yg budak2 lagi tu..saya dengan sis pun selalu berebut lappy...hehehe

    BalasPadam
  23. Kakcik Seroja:


    Siapakah pemenang misteri tuh 'anakanda' kah kihkihkih........

    Jangan marah nnt kena jual kihkihkih.....

    BalasPadam
  24. Errr...den suka pc n netbook...kat ghumah guna pc..kat kilang pakai netbook...2 2 pun ok selagik internet nya ok...ahakz

    BalasPadam
  25. guna kuasa veto ye..
    hee..baru sama adil kan..

    BalasPadam
  26. Salam Kak Cik..

    Nida pun suka guna komputer meja, sebab puas rasanya...

    p/s: olorrr tomelnya BS tu tidur.. mana2 letak kepala pun boleh

    BalasPadam
  27. Uda...

    masing2 ada kelebihan, kan? Guna lappy boleh akangkat ke sana ke sini. Kalau guna desktop agak selamat dari 'tersepak'! :)

    BalasPadam
  28. SR...

    kalau guna lappy, jari kakcik selalu tersasar bila menekan papan kekunci.. maklumlah mata dah tak terang lagi... :)

    BalasPadam
  29. W'salam Siti...

    hehehe.. kalau benda ada satu, memang jadi begitu.. kan? :)

    BalasPadam
  30. Bangcik...

    pemenang apa? Rantai kunci mana?? ;-)

    BalasPadam
  31. jeBateja...

    betul juga, kan? kalau tak ada line internet tak bermakna juga duna pc/lappy canggih! :)

    BalasPadam
  32. LB...

    oh! kuasa veto itu sesekali memang perlu digunakan...:)

    BalasPadam
  33. W'salam Nida...

    kakcik ni kalau di rumah, ada tabiat yang tak elok - bila guna lappy, kakcik suka menaip sambil meniarap! Lebih baik guna pc, boleh juga tegakkan belakang... :)

    BS tu kalau dah mengantuk sangat, kat mana pun dia boleh lelap.

    BalasPadam
  34. kehkehkehk tersangkut mcm tu pun BS lena kan .....sabar aje laaaaaaaaa

    BalasPadam
  35. Ila...

    sebenarnya, kakcik pun terfikir2 sama ada dia betul2 lena atau tidak masa tu. Siapa pulak yang ambil gambar tu? Dia set kamera, kot! :)

    BalasPadam
  36. penuh basah airlior kat kosi tu BudakSepat oiiiii!!!!!!!!

    BalasPadam
  37. Pn Dr...

    satu hari nanti, mak BS bawa dia jumpa Pn Dr supaya dia boleh basahkan kosi kat kelenet Dr pulak... hehehe.... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com