Catatan ini bukan untuk mengungkit tapi hanya sekadar untuk mencuit...
Dalam perjalanan pulang dari Kedah baru-baru ini, aku bersama keluarga singgah sebentar di Ipoh. Tujuan kami adalah untuk 'melawat' anak-anak buahku yang 'yatim berbapa' itu.
Bila ditanya kepada adik iparku (bekas adik ipar sebenarnya) apakah dia telah membuat persiapan persekolahan untuk anak-anaknya, dengan teragak-agak dia menjawab 'belum'.
Kami membawa anak-beranak tersebut untuk membeli persiapan naik ke sekolah - masing-masing mendapat dua pasang baju kurung, sepasang kasut dan sebuah beg. Kemudian, mereka dibawa menjamu selera.
Hatiku berkata dan mulutku menyebut : 'tidakkah ada sekelumit ingatanmu kepada mereka?'. Atau engkau merasa cukup selesa kerana tahu bahawasanya KAMI tidak akan membiarkan anak-anak itu terbiar?
Terpulanglah kepadamu. Selagi terdaya, aku akan terus 'peduli'. Syukur juga aku dikurniakan dengan suami yang sangat memahami walaupun ramai yang memandang sinis kepadanya!
alahai....
BalasPadamtp mmg ada parents yg camtu kakcik..
dia tau anak2 dia xkan terabai...
makcik~~saya belum beli baju sekolah lagi~~
BalasPadamMimi...
BalasPadamkakcik hanya mengharap dia kembali...
Bujal...
BalasPadamBujal pakai saiz apa, ek? :)
salam kakcik
BalasPadambesar pahalanya bantu anak2 yatim ni kan kakcik... ikhlaskan lah kerana Allah... moga Allah murahkan lagi rezeki kakcik... (^_^) ~
emm baru nak gunting baju untuk anak niii..
BalasPadamapa2 pon ikhlas kan hati ye kak cik... mungkin itu dah rezeki mereka
Assalammualaikum kak cik..
BalasPadamyang pertama ... syukur pada Allah , melalui kak cik dan suami di kirimkan rezeki buat anak anak "yatim berbapa itu"
yang kedua... apabila si dia tidak berdaya berjalan dan menguruskan diri nya sendiri..semoga ada insan yang akan membantu dia... seperti mana anak anak nya di bantu...
yang ketiga... kak cik...satu ketika Ila pernah menggangur.. dah pernah susu anak di beli kan orang atas ehsan...
hari ini..walaupun gaji hanya berapa sen..Alhamdulillah..cukup untuk membantu suami menampung perbelanjaan sekeluarga.. malahan.. dapat bersedekah pada mereka yang memerlukan..walau yang dihulur cuma RM 10 saja...
kerana pernah susah...makan roti dan minum air kosong... saya mengerti perasaan mereka yang kesusahan..
bukan mudah mencari ibu dan bapa saudara yang mahu bersedekah seperti kak cik dan suami..
semoga setiap langkah kak cik akan di berkati dan di rahmati rezeki melimpah ruah... amin..
W/salam Manje...
BalasPadambiarlah Allah sahaja yang menilainya, kan? Sebab kalau apa yang kita buat disertai dengan rasa riak - sekelumit pun tiada nilainya.... :)
Mila...
BalasPadamiya, dalam rezeki yang diturunkan kepada kita, terselit juga rezeki untuk mereka yang tidak kita ketahui siapa. Bila kita mengeluarkan kepada sesiapa juga, rupanya memang mereka yang berhak menerima (sama ada kita suka atau tidak, redha atau tidak...). Itu pandangan peribadi kakcik dan kakcik tidak mengaitkannya dengan mana2 dalil... :)
Wa'alaikummussalam Ila...
BalasPadamkakcik juga pernah merasa susah. Sangat2 susah, sehingga pakaian pun mengharapkan pakaian terpakai yang didermakan oleh 'orang senng'. Pernah makan nasi tanpa lauk atau sekadar beras yang dimasak menjadi bubur.
Kakcik sangat berharap agar kakcik tak akan menjadi manusia yang mudah lupa diri walaupun sekarang kakcik bukanlah orang kaya...
Kak cik , lelaki cam tu , bila jadi yatim, lebih banyak berangan benda lain dah. Perempuan pulak dia lebih utamakan anak dari diri sendiri.maaf ye kaum lelaki kat luar, akak cakap ikut kaji selidik.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamkakcik pun tak faham bagaimana ingatan boleh terpadam! :(
hati tersentuh..moga cik murah rezki..kadangkala rezki yang datang itu lebih banyak drp yang telah dikeluarkan.itulah rahmat Allah.mungkin sal bercakap melalui pengalaman..asalkan penuh keikhlasan di hati..
BalasPadamSal..
BalasPadamkita cuma mengharap agar Allah mengurniakan segala yang terbaik buat kita. Semoga dapat kita kongsikan kebaikan itu dengan yang memerlukan. InsyaAllah. :)
Hati Pak Nidus memang mudah tersentuh
BalasPadamkalau melibatkan anak-anak begini...kadang2 timbul perasaan geram dan marah kepada jantan macam tu.(Maaf Kakcik kalau terkasar bahasa)
Pak Nidus...
BalasPadamkakcik tak marah. Tapi kakcik sedih memikirkan nasib anak2 itu...
slm kakcik :)
BalasPadamsetiap perbuatan tu ade balasannye.. hr ni dia buat anak2 gitu, esok2 org buat gitu kat dia cemane gamoknye rase ye.. Allah maha Adil..
Wslm AzeedA...
BalasPadamkakcik tetap mendoakan agar dia bertemu jalan kembali...
orang macam tu, dah tua nanti kalau anak tak suka nak bela, jangan masuk metro marahkan anak pulak ye...
BalasPadamKOG...
BalasPadambila keluar kisah ibubapa tidak dipedulikan oleh anak2, janganlah kita terus menjatuhkan hukuman gantung ke atas anak2n tersebut, kan? Memanglah tanpa ibubapa, anak2 tidak ujud - tapi kalau setakat melahirkan kemudian dibiarkan, apalah ertinya? :(
kak cik..
BalasPadamtak sangka ..Ila dapat juga bertemu insan yang pernah merasa apa yang Ila rasa..
bila teringat balik.. airmata mengalir sendiri..
semoga Allah sentiasa mengingat kan kita ye kak cik..bila senang ingat masa susah..walau senang kita tu bukanlah kaya raya...
Ila..
BalasPadamsemoga ingatan kita kepada waktu susah kita dulu, membuatkan kita mensyukuri apa yang kita nikmati kini, kan? :)
yup..setuju !!
BalasPadam