Ini adalah siaran ulangan. Catatan ini telah disiarkan pada 11/12/2010 selepas keputusan PMR dikeluarkan. Sempena keputusan SPM yang baru diumumkan sengaja kubuka semula catatan ini...
Kita memang impikan, mahukan dan perlukan kejayaan. Kita akan rasa seronok, bangga dan megah dengan segala kejayaan yang kita genggam. Namun, janganlah kejayaan yang kita raih itu akan membuatkan kita bongkak, angkuh dan sombong. Jangan mencebikkan bibir atau menjeling sinis kepada yang 'kurang bernasib baik'. Kita berjaya mungkin kerana usaha mungkin juga kerana tuah atau seribu kemungkinan lain. Namun, segalanya tidak mungkin terjadi tanpa izinNYA.
Kita memang impikan, mahukan dan perlukan kejayaan. Kita akan rasa seronok, bangga dan megah dengan segala kejayaan yang kita genggam. Namun, janganlah kejayaan yang kita raih itu akan membuatkan kita bongkak, angkuh dan sombong. Jangan mencebikkan bibir atau menjeling sinis kepada yang 'kurang bernasib baik'. Kita berjaya mungkin kerana usaha mungkin juga kerana tuah atau seribu kemungkinan lain. Namun, segalanya tidak mungkin terjadi tanpa izinNYA.
Andainya kita bukan orang yang berjaya atau kurang berjaya, janganlah kecewa. DIA tahu apa yang baik atau tidak buat kita. Aku ingin mencatatkan pengalamanku sendiri. Bukan untuk membuka pekung di dada dan bukan juga hendak mengada-ngadakan cerita.
Pengalaman 1 :
Suamiku pernah ditolak cintanya oleh seseorang kerana dia bukan 'siapa-siapa'. Tidak bekerjaya bagus dan tidak punya harta - rumah atau kereta. Memang tika itu dia kecewa. Maklumlah, saat hati suka - semua yang diminta, diberikan sahaja (ops ... bukan maruah, ya?). Tiba-tiba dikatakan 'awak tak sesuai untuk saya'. Mahunya tidak kecewa, kan? Namun Alhamdulillah, berkat kesabaran - walaupun tidak mewah, tapi tidaklah sampai merempat.
Pengalaman 2 :
Anak-anakku bukanlah dari golongan pelajar cemerlang. Along atau Angah, tidak ada A dalam keputusan UPSR mereka. Begitu juga di sekolah menengah. Pencapaian mereka sangat sederhana dan kadangkala lemah. Bohonglah kalau dikatakan tiada langsung rasa terkilan. Tapi aku dan suami kena positif. Kami lihat ke mana kecenderungan dan minat anak-anak. Along kelihatannya sangat berminat ke arah agama. Dari seawal usianya 11 atau 12 tahun, dia akan bangun pagi sebelum subuh semata-mata kerana hendak sampai awal di surau. Dia akan mengalunkan azan sebaik masuk waktu Subuh. Pernah sekali dia tertidur di surau kerana dia menyangkakan jam 4.30 pagi itu adalah 5.30 pagi! Alhamdulillah, walaupun sekarang dia bukan seorang Jurutera atau Akauntan, dia adalah seorang Imam yang sangat dikenali masyarakat setempat. Aku amat-amat bersyukur.
Angah sekarang masih belajar di bidang Teknologi Maklumat yang diminatinya. Aku dan suami hanya boleh mengawal agar perjalanannya tidak terkeluar landasan dan semoga dia akan mendapat kejayaan walaupun tidak cemerlang tapi boleh menjamin masa depannya dunia dan akhirat.
Pengalaman 3 :
Sewaktu bersekolah dahulu, aku adalah di antara pelajar cemerlang. Tapi, aku terkandas di satu peringkat kerana kesilapanku sendiri. Melihat rakan-rakan lain melangkah penuh gaya ke peringkat lebih tinggi, memang ada rasa terkilan di hati. Namun, sekeras waja - hatiku tidak lagi dapat dilentur untuk menyambung pengajian. Aku terus bekerja dan akhirnya kini walaupun aku kelihatan seperti ketinggalan - sekurang-kurangnya aku tidak mengemis di jalanan. Alhamdulillah, aku masih mampu untuk hidup dengan seadanya.
Cukuplah setakat itu catatan pengalamanku. Apa yang ingin kusampaikan sebenarnya kepada anak-anak yang telah dan akan mendapat keputusan peperiksaan - walaupun mungkin keputusan kalian itu jauh ketinggalan dari rakan-rakan kalian, itu bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Carilah kekuatan di sisi lain yang kalian ada. Gunakan sepenuhnya kekuatan itu agar nanti kalian tetap dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan kalian.
Wallahuaklam.
Salam Kak Cik..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman , yang menjadi penyuntik semangat serta kekuatan pada ila untuk terus mendidik Iman Farhan dan Alya Amani..
terima kasih banyak2....
Vic setuju dengan cara Kak Cik, mencari kelebihan lain yang ada pada anak untuk diketengahkan.
BalasPadamKadang2 mereka yang berjaya dalam akademik ketika disekolah, belum tentu menjadi hebat ketika di alam kerjaya, sebaliknya mereka yang tercicir dalam akademik ramai yang telah berjaya dan menjadi usahawan negara sehingga ke peringkat antarabangsa.
Salam Ila...
BalasPadambukan apa.. kakcik tengok ada anak-anak yang beriya2 menangis kerana gagal mendapat keputusan yang baik. Ada juga ibupaba (selalunya ibu lah) yang seakan2 menyorokkan muka - malu kononnya kerana anaknya mendapat keputusan yang teruk. Janganlah begitu - malulah kepada Allah bila kita tidak memahami aturanNya...
suka entri ni....
BalasPadamentri kakcik ni patut dibaca oleh semua orang supaya mereka tidak sesuka hati mengata dan menghukum orang sesuka hati.
Salam Ila...
BalasPadamramai juga pelajar yang awalnya cemerlang, akhirnya tidak ke mana2 kerana mereka sebenarnya tidak mengenali potensi diri mereka. Kadang2 ibubapa pun bertanggungjawab atas 'kegagalan anak yang cemerlang' ini. Diacu mengikut kehendak sendiri tanpa memahami sebenarnya sesuai atau tidak acuan itu buat sianak...
Thanks kak cik kerana kongsi pengalaman hidup yg penuh makna kat sini utk tatapan bersama.
BalasPadamsaya setuju sgt yg kelayakan akademik bukanlah segala-galanya utk hidup. Yang penting adanya ikhtiar untuk hidup dan keimanan kepada Allah
bertuahnya kakcik ada anak yg seperti along.. di saat anak org lain ada yg merempit, buang anak etc etc yg buruk2 tuh.. tp dia jadi imam. sejuk perut ibu mnegandungkannya
Salam gB...
BalasPadamkakcik menaip mengikut apa yang tersirat di hati kakcik sahaja. Syukur Alhamdulillah sekiranya ada manfaat untuk yang membaca. :)
Salam Mila...
BalasPadamsebagai ibubapa, kejayaan anak2 adalah kebanggaan kita. Tapi, janganlah sampai kebanggaan itu membuat kita lupa kepada Yang Maha Kuasa.
Jujurnya, kakcik malu padaNya. Dia kurniakan kepada kakcik seorang anak yang boleh menjadi Imam (sebenarnya itu doa dan pinta kakcik padaNya sejak kakcik mengandungkan Along), tapi kakcik masih lagi banyak kekurangan dan kejahilan....
Salam Kakcik sayang ..
BalasPadamPengalaman dari orang seperti Kakcik lah yang membuatkan saya rasa sangat kuat dan semangat dlm mendidik anak .
Tahniah kakcik !
Kebahgiaan ibubapa adalah bila anak2nya berjaya ..Tdk semestinya dlm pelajaran , tetapi dalam hidupnya ..
Salam LiNda sayang...
BalasPadamyang penting, anak2 berjaya dalam hidup mereka dan tidak menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Itulah kebahagian ibubapa, kan? :)
salam perkenalan ya. nama ku melor
BalasPadamSalam Melor...
BalasPadamkakcik telah berjunjung ke rumahmu sebentar tadi.. :)
salam.. apa yg penting kita kena ada cara utk terus mendidik anak2
BalasPadamSalam Angah...
BalasPadamAngah masih muda dan anak pun masih kecil.. coraklah dia dengan corak yang baik dan cantik.. :)
Salam Kakcik..so meaningful, berkongsi pengalaman bersama. gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Syukur Kakcik dikurniakan suami dan anak2 yg hebat yang menyayangi IBU mereka sepenuhnya. Kasih IBU membawa ke syurga berkat doa dan tawakal yang tidak pernah jemu.
BalasPadamSalam Cyana...
BalasPadamkakcik cuma berkongsi antara apa yang pernah kakcik tempuhi dalam mengharungi usia yang semakin ke hujung ini. Semoga sedikit sebanyak ada manfaatnya kepada yang sudi mengambil iktibar. Kakcik harap anak2 tetap menyayangi kakcik walaupun ibu mereka ini serba kekurangan. :)
Tq kak cik kongsi cerita... betul tu kak,setiap manusia mesti ada sisi yg kuat dan yg lemah.. jgn risau n khuatir... yg penting usaha tingkatkan kualiti...
BalasPadamteman selalu ingatkan pade anok2.." ayah lebih bbangga jika anok2 ayah menjadi anok yang baik walopun idok pandei dalam pelajaran berbanding anok yang pandei tetapi sombong..ingat itu.. ayoh idok redho anok ayoh menjadi sombong dan bongkak.."
BalasPadamKak Cik...
BalasPadambetul..adakala membentuk anak mengikut acuan kehendak hati nya...
Abah Iman..selalu ingat kan .. bu..ingat..biar anak ..jadi diri nya sendiri..kita cuma beri garis panduan...
masa kak chik "terkandas dulu2" rugi saya tak kenal..jika tak boleh TAMBAH KUAH hihiiiii
BalasPadamsalam kakcik, syukur saya juga dpt mak yg mcm kakcik, yg sentiasa bg smangat & dorongan tiap kali anak2 terkandas dlm pelajaran atau berdpan masalh yg rumit..
BalasPadamtp ade jugak ibubapa yg terlalu mengharapkan keputusan yg terbaik drpd anak2 mereka walhal dulu dorang bukannya pandai sgt pun..kesian anak2..kecik2 dah merasa tertekan..
betul tu kakcik.. gagal pada 1 cabang tidak bererti gagal seluruh kehidupan.. byk lagik cabang kehidupan yg menanti... Insyaallah dengan doa, usaha dan sokongan .. anak2 kita akan berjaya suatu masa nanti..
BalasPadamSalam Kak Cik,
BalasPadamSaya setuju .
Saja nak tambah kak..
Tak semestinya pandai atau bijak sekarang akan datang akan senang-lenang. Berkemungkinan yang tak berapa pandai akan lebih berusaha untuk menjadi usahawan sehingga menjadi jutawan.
Apa yang penting Suruhan Agama jangan ditinggalkan.
Salam kakcik..
BalasPadamagak ketinggalan saya hari ni kerumah kakcik, ada byk urusan lain yg perlu didulukan. Terimakasih atas perkongsian jujur ini.
Ramai dr parents sebenarnya tidak sedar telah menjadikan anak2 mereka hamba atau buruh utk memikul atau menggalas harapan dan cita2 mereka hingga anak2 jd tertekan dan sanggup mencabut nyawa sendiri pada usia 12 thn semata2 takut gagal UPSR, ingat lg berita tu kakcik?
Hebat sgt ker UPSR dan peperiksaan dunia tu? Pengalaman saya kakcik, sewaktu memberi kuiz dulu seeblum beri duit raya hehee...anak2 dah 12 tahun tktau apa tu syahadah, nama Rasul terakhir bahkan doa makan pun berterabur...tp kalau tengok zahirnya waduh2...
Hidup berorientasikan pepriksaan ini menjadikan ibubapa bermegah2 dgn kejyaan anak2 dan memandang anak sehina sampah apabila gagal.. mana anak tu nak tuju lagi... sedihkan. sikap duniawi inilah yg terus mengalir dlm diri hingga anak2 tu ke univesiti dan menjadi ibubapa pula...berkesinambungan...
ini kalau tidak diimbangi dgn akhlak dan ugama, jawabnya kalau anak2 tu jadi pemimpin kelak, maka rasuah berleluasa, kalau jadi arkitek, byk bangunan runtuh sbb knyangkan kontraktor 'menghulur', kalau jadi peguam, bukan membela sebaliknya membunuh....
Kakcik contoh ibu terpuji, syabas dari saya....anak kita aset kita diakhirat sana. Jgn hirau penilaian mata manusia...dh azan maghrib ni kakcik, salam.
saya tidak bimbang sangat tentang anak-anak yang kurang cemerlang ... tapi hasrat terlalu tinggi ibubapa itu yang mengusarkan saya.
BalasPadamcoretan ini moga dapat membantu ibu bapa yang gundah gulana dengan pencapaian anak-anak khususnya upsr yang baru berlalu.
Kakcik makin jauh saya baca ada rasa terharu..
BalasPadam;- MAMPU HIDUP SEADANYA ;- boleh hidup kerana semuanya ada..
Anugerah dari sebuah kegagalan..sekali lagi saya nak ucapkan Tahniah kerana ada anak yg menjadi imam.
InsyaALLAH kakcik kan senang bukan setakat di dunia lebih - lebih lagi di akhirat.
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN PENGALAMAN. SETUJU DENGAN KANDUNGAN ENTRI INI. KEJAYAAN TIDAK SEMESTINYA DALAM AKADEMIK. TAK MASUK UNIVERSITI TAK BERERTI KEGAGALAN DALAM HIDUP. RAMAI YANG TAK BELAJAR DI UNIVERSITI TETAPI BERJAYA DALAM KEHIDUPAN. LF JUGA NAK INGATKAN SEKALI GAGAL TIDAK BERERTI GAGAL SELAMA2NYA.
Salam Kakcik,
BalasPadamLama sungguh tidak singgah disini, nama kakcik pun dah tak ada serojanya lagi.. Nasihat yang baik dalan entry kali ni..
Teruslah berkarya, rami rakan-rakan dah berkarya dalam FB nampaknya...
Sayu jer rasa hati bila baca entri Kak Cik yang ini..
BalasPadamSebagai ibubapa memang semua kita inginkan yang terbaik dan yg gemilang utk masa depan anak2, tetapi sering juga kita salah pertimbangan.
Pengaruh luar, sukar sekali kita elakkan, rasa cemburu untuk menjadi lebih baik dari orang sentiasa memburu menjentik hati..
Sedangkan yang dilumba utu kadang2 perkara yang tidak wajar sama sekali.
Terimakasih berkongsi pesanan.
apapun ilmu pelajaran tetap penting untuk masa depan yang mencabar ini...
satu ketika dulu keputusan SPM acu tidak melayakkan acu menjejakkan kaki ke mana2 menara gading pun..seperti kakcik,acu seorang pelajar cemerlang masa sekolah rendah tapi tersilap langkah masa sekolah menengah...
BalasPadamtapi syukur Alhamdulillah rezeki acu masih ada...dan akhir nye acu berjaya menggenggam segulung ijazah & menjadi IT Person yang berjaya...
Salam kakchik
BalasPadamsayu saya membaca entry ni
bagaikan berkait dengan 2 situasi yangs aya alami semalam
situasi 1)
pelajar2 dari kelas sederhana (lelaki) yang tak mahu beli no puk id bsn.alasan mereka, bolehkah kami yang tak pernah dapat A dalam math ni masuk IPT?
situasi 2)
anak (lelaki) bercerita kakak sepupunya mendapat hadiah di atas kecemerlangan pelajaran dalam kelas mereka.anak sedih tidak dapat hadiah.
kedua-dua situasi ini saya garakan sebaiknya agar jiwa ana2 ini tidak mudah patah hati untuk berjaya dalam hidup mereka.
izinkan nukilan akak, saya simpan di dalam hati, untuk saya sematkan pada minda anak2 didik saya.
tq kakchik
sekian,wasalam
Salam,
BalasPadamSangat setuju dengan entri kak cik ni.
Ukur bahagia bukan pada berapa banyak sijil yang kita ada. Allah dah tentukan setiap orang ada rezeki masing2, kalau dah usaha tetapi tidak dapat gapai awan, memang ada hikmah tersembunyi. terimalah seadanya, melainkan...tak usaha tapi nak yang terbaik, itu dah karut.
redha dan bersyukur dengan apa yang ada adalah sebaik2nya
Salam semua ...
BalasPadamterima kasih dia tas semua pendapat dan pandangan yang diberikan.
Kakcik baru balik dari kursus dan masih keletihan - tak dapat nak jawab satu demi satu komen yang diberikan. Walaubagaimanapun, kakcik dah baca satu persatu... semoga perkongsian pendapat kita dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat dalam menjalani kehidupan seharain. :)
Salam Kakcik,
BalasPadamSetuju dengan pandangan yang diluahkan dalam entry kali ini, kejayaan hari ini bukan satu ukuran untuk masa depan. Banyak contoh yang boleh dibandingkan. Antara diri dan rakan-rakan, Diatas ketentuanNya jua, Hanya Yang Maha mengetahui akan menentukan..
Salam Kak Cik
BalasPadamBetul kata2 kakcik...kita tidak bisa meramal masa depan