Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 8 Oktober 2010

Siapa nak jawab?

Sekadar melepas gian setelah lama tidak berpantun.  Cuma sesekali diminta mengarang dua tiga rangkap pantun untuk diselit dalam ucapan teman-teman...



bakar setanggi di dalam dupa
asapnya naik menyapu wajah
hasrat hati ingin menyapa
mengapa tuan endah tak endah?


ambil lada mari digiling
hendak dibawa ke rumah mertua
melihat diriku dikau berpaling
apakah bencana yang mungkin kubawa?


nampak berbalam di balik gunung
rupanya hujan turun tak jadi
puas kutelek puas kurenung
baru kutahu orang tak sudi......


tiba-tiba rasa mengantuk la pulak.... nak tidurlah sekejap!  (tak jawab pun tak apa... sebab sendiri dah jawab)  (*_*)


20 ulasan:

  1. IM teringat pulak pantun ni. mak dodoi IM semasa tidur dalam buai;

    cik cibo menjual kapo,
    anak cicak berlari-lari,
    ape kabo orang di dapor,
    sudah masak angkat ke mari.

    BalasPadam
  2. ada kawan namanya ali
    mari bersama minum kopi
    bukan semua yg tak sudi
    tapi tersebok dgn hal sendiri..
    jgnlah diambil hati..
    kelak tersongeh nampak gigi..
    siperiang perlu senang hati..
    agar hidup diberkati..
    sayang selalu dan jumpa lagi..
    buat kakcik yg baik hati..

    BalasPadam
  3. Nanti jawab. Nak tido dulu gak...hehehe




    *Pssstttt.. nape tiap kali klik komen, mesti ada pop-up widget tu?

    BalasPadam
  4. Hello Kakcik, saya suka your beautiful pantun....
    Ini saya punya.....dulu2 bila saya, ahemmm, ada kawan perumpuan Melayu.

    Terbakar kampong kelihatan asap.
    Terbakar hati siapakah tahu?

    Angin menderu menolak awan,
    Awan berarak hingga ke senjah.
    Mula berkenal lalu berkawan,
    Berputik pula rasa chinta.

    Tudung saji bawa menari.
    Menari rancak hingga ke pagi.
    Kalau sudi katakan sudi,
    Tidak saya ternanti nanti.

    You have a pleasant weekend, simpan satu lagu dalam hati. Lee.

    BalasPadam
  5. Kakcik...yang arif..
    Adakah maksud pantun kakcik tu lebihkurang cam pantun masa saya di sekolah rendah dahulu?

    Anak rusa saya,
    Baru kembang ekor,
    Apa dosa saya,
    Lalu tidak tegur..
    ***
    Lalu bermaksud; berjalan bersebelahan.

    BalasPadam
  6. Salam IM...

    pantun IM tu bermaksud lebihkurang begini...

    jangan berjalan di senja rembang
    takut disampuk dek hantu pocong
    jangalah kome asyik bersembang
    peghut teman dah main keroncong...

    betul tak? :)

    BalasPadam
  7. Salam LB...

    pokok ciku di tepi titi
    pohonnya rendang lebat buahnya
    bukanlah kakcik mengambil hati
    cuma sekadar hendak bertanya

    :)

    BalasPadam
  8. Salam Azie...

    dah pergi kerja agaknya waktu ini, ya?

    kakcik rasa masalah tu timbul sebab widgeo yang kakcik pasang (dari mana?) tu... sebab, bila kakcik masuk ke blog yang ada alat tu, memang akan timbul pop-up bila nak komen... atau kakcik kena disable pop-up tak?

    BalasPadam
  9. Hello Lee...

    saya kagum kerana Lee masih ingat pantun-pantun lama yang indah -indah itu... :)

    hatiku tenang melihat awan
    putih bersih di langit nan biru
    mula berkenal lalu berkawan
    semakin lama semakin rindu

    sungguh indah kebaya nyonya
    jangan hanya dibuat hiasan
    sekadar berkawan apa salahnya
    asalkan kita tahu batasan

    Semoga Lee dan isteri ceria, sihat dan mula selalu. :)

    BalasPadam
  10. Salam Salmi...

    lebihkurang begitulah...

    rasa kakcik, pantun asalnya - rusa saya tu adalah rusa nani dan dosa saya = dosa kami...

    biasalah... orang tua kan cepat terasa hati??? (*_*)

    BalasPadam
  11. salam,

    warga emas jangan dilupa,
    duduk di kerusi roda berkarat,
    bukan tak endah pada yang menyapa,
    belum disapa, cuma hasrat.

    pandang-pandang, jeling-jeling,
    muka ditutup dengan besin,
    memang dia sengaja berpaling,
    hanya seketika melepas bersin.

    apa diharap padi seberang,
    hujan tak turun padi tak menjadi,
    apa diharap pada seseorang,
    kalau memang dia tak sudi.

    BalasPadam
  12. saya tak pandai nak beli pantun KakCik la...

    oleh itu...
    saya nak ucap...
    selamat berhujung minggu aje lah kat KakCik...
    :)

    BalasPadam
  13. Salam kakcik.

    Bedak zaitun dijual kat kedai,
    pantun memantun hamba tak pandai.

    BalasPadam
  14. kakcik, saya tak beli pantun tu. saya nak gi beli pisang jap. ngeeee

    BalasPadam
  15. Salam my dear sis:):)

    ...sorry sis...
    blur nihh nak jawab pee..hehehe

    pe2 harap sis sht2 di sana!!+ ceria2 selalu:):)

    BalasPadam
  16. Salam Myri...


    raut daun dapatkan lidi
    daun kelapa jatuh tertiarap
    kalau dah nyata orang tak sudi
    tidakle teman terharap-harap

    :)

    BalasPadam
  17. Pn Dr...

    Sabtu dah berlalu - esok Ahad, ada lagi program menunggu... Penat weh!

    BalasPadam
  18. Salam AM...

    hehehe... ok apa pantun dua kerat AM tu! :)

    BalasPadam
  19. Salam gB...

    belikan untuk kakcik sekali, ya? :)

    BalasPadam
  20. Salam Tinie Sayang..

    Alhamdulillah, kakcik sihat... harapnya Tinie pun sihat dan ceria :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com