Dua kanak-kanak perempuan sedang berlari-lari riang. Sikakak berusia 5 tahun - manis dalam pakaian jeans, kemeja T lengan panjang dan bertudung. Siadik berusia 2 tahun - sudah pandai berkata-kata. Dia memakai jeans serta kemeja T lengan pendek. Comel dan montel.
Mereka berkejar-kejaran tanpa memperdulikan orang lain mahupun mata yang memandang. Sesekali sikakak menyembunyikan dirinya dari pandangan siadik. Sikecil itu akan menjerit-jerit dengan suara risau... 'kakak....kakak'. Kakak yang cerdik itu keluar dari persembunyian dan menyergah adiknya sambil ketawa. Kemudian mereka berpelukan mesra sambil ketawa ria. Sejurus itu mereka berlarian lagi.
Seseorang menegur, 'kakak.. jangan berlari.. nanti jatuh'.
Petah sikakak menjawab, 'kakak nak buat adik gembira...'.
Tiba-tiba hatiku dipagut rasa sendu.... sekecil anak itu telah mengerti erti kasih yang begitu mendalam. Dia tak hiraukan keselamatan dirinya (mungkin dia masih begitu mentah untuk mengerti erti keselamatan), yang penting baginya adalah kegembiraan sang adik. Mengapakah ada manusia yang lebih dewasa, matang dan punya akal fikiran seolah-olah tidak lagi mengenal erti kasih?
Semoga kasih sayang yang terjalin di hati kedua beradik ini akan disimpulkan oleh Yang Maha Kuasa sehingga akhir hayat mereka biar apapun dugaan yang bakal melanda. Amin.
Kecil dahulu adik beradik punyai ikatan yang kuat dan kukuh . Saling menerima dan memberi , penuh kemaafan . Berkasih sayang .
BalasPadamNamun,
Besar kini , semuanya membawa haluan sendiri . Perbalahan terjadi setelah campur tangan ipar duai biras .. emak/ayah merasa sedih ..namun kata nasihat mereka telah tidak dipedulikan lagi ..
sedih sungguh kaans kakcik .
Moga tidak terjadi kepada keluarga kita dan keluarga semua sahabat2 kita .
sama macam kat umah ni...
BalasPadam2 kakaknya sibuk nyanyi2 ngan borak2 ngan si baby...seronok btl tgk...hrp2 smpi ke besarla camni
Nama pun adik-kakak. Ikatan darah daging itu tiada pertikaian. Tetap kental dan terikat ketat.
BalasPadamKasih sayang memang milik setiap insan.
salam kak cik..
BalasPadamwajah baru yer blog ni..nmpk cantik berkaler biru..hehe..
semoga kita juga dikekalkan dgn k/sayang itu..amin..
Salam LiNDa yang manis...
BalasPadambegitulah...sewaktu kecil, semuanya sangat luhur.. tapi, bila masing2 menginjak usia, semuanya jadi tak sama - sungguh menyedihkan.
Semoga perkara begitu tidak terjadi dalam hubungan mereka.... (mereka adalah gambaran kehidupan dunia nyata)
Salam Mimi...
BalasPadamSeronok dan rasa damai hati kita melihatkan suasana itu, kan?? :)
Salam Azie...
BalasPadamiya.. ikatan darah tiada siapa boleh menafikan.. tapi sering juga terpisah kasih sayang angkara nafsu yang menjadi tuan! :(
(Azie faham, kan?)
Salam Sarah...
BalasPadambiru itu lambang kelembutan (walaupun tuan punya blog bukanlah seorang yang penuh kelembutan!) ;-)
Amin untuk doa yang Sarah titipkan. :)
walau seteruk mana pun bergaduh kalau dah nama nye adik & kakak tetap kukuh ikatan kasih sayang dlm diri masing-masing...
BalasPadamsayang kakcik ;)
p/s:: pegi ke jamuan raya ondsence tu??
teringgat kc dan enariq, pandai si kc melayan dan menjaga adik
BalasPadammmmmmm...baca en3 kakcik teringgat anak
teringgat kasih sayang adik beradik masa kekecik dulu
rindu..........
salam Acu...
BalasPadamrasa kasih tetap ada... tapi kdgkala, ego membatasi segalanya! :)
Sayang kakcik tak dapat menghadiri majlis itu kerana dah ada komitmen lain... Acu pergi, ya?
Salam Sya...
BalasPadamkakcik juga merindui saat kecil dulu...
Semoga anak2 kita akan berpanjangan kasih sayang mereka...
wow sudah cat baru... hehehhehe
BalasPadamterinagt linn kecik2 dulu... sampai skrg rapat sgt2 dgn adik bawah linn tu
Salam Ciklinn...
BalasPadamsesekali 'tukar selera' :)
Alhamdulillah.. semoga kasih sayang kalian berpanjangan ke akhir hayat masing2. :)
kalau kasih sayang semasa kecil terus disemai.. insyaallah akan dibawa hingga ke besar.
BalasPadamSalam kakpah...
BalasPadammudah2an begitulah hendaknya. InsyaAllah.
salam..didikan kasih sayang yang diberi sedari kecil pasti akan mengesani...
BalasPadamok...base colour blue..fav colour kita..yeayyyy
BalasPadampasni meh nyanyi lagu true blue ..baby i luv...u..hahahah
Salam sahrom...
BalasPadamkadang2 bukan kerana salah asuhan tapi kerana nafsu yang terlalu diikutkan maka hidup jadi tak keruan! :(
Salam Ila...
BalasPadamyea yea.. i luv you too.... hehehe... :)
kalau dr kecik disemai kasih sayang antara anak2.. Insyaallah ikatan itu akan kekal hingga mereka besar..yg penting saling hormat menghormati..
BalasPadamSalam Uda...
BalasPadamtanpa hormat kasih sayang pun tidak bermakna, tanpa kasih sayang, hormat hanya berpura-pura, kan? :)
mudah2an dua org anak lelaki ida mempunyai sifat begitu..kasih syg yg berkekalan..
BalasPadamrasanya sejak kecil si abg begitu perihatin pada si adik..hanya abg yg dapat menjaga adiknya bila ida tiada lagi..
kasih sayang kanak-kanak sgt suci...
BalasPadamSalam Ida...
BalasPadamInsyaAllah, anak2 Ida akan jadi anak2 yang baik dan berkasih sayang sepanjang hayat mereka. :)
Salam gB...
BalasPadamselagi mereka tidak dicemarkan samada pemikiran mahupun perbuatan, InsyaAllah mereka akan sentiasa dalam keadaan suci. Tanggungjawab kita untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. :)
mendalam KakCik berfikir eh hari ini pasal kasih sayang....
BalasPadamSalam Pn Dr...
BalasPadamperkara2 sekeliling kita kdg2 membuatkan kita berfikir semula.... :)