Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Oktober 2010

Pernah terkena tak???

Sewaktu singgah di sebuah hentian sebelah arah selatan, Budak Sepet hendak sangat membeli minuman dari mesin (sedangkan van yang jual pelbagai jenis minuman ada berhampiran).  Setelah dimasukkan wang yang secukupnya dan butang yang berkenaan ditekan, tin air tidak pula keluar.  Berkali-kali dicuba, tak keluar juga.  Duit juga tidak 'dikembalikan'.  Maknanya lebur begitu sahajalah duit yang dimasukkan.  Itu baru seorang.  Dalam sehari, berapa kali agaknya perkara begitu berlaku.  Mesti banyak untung tuan punya mesin tu, kan?





18 ulasan:

  1. salam,

    memang pernah gak terkena. Aku bengang. Gerodak punya gerodak...purrrr beterabur keluo duit selin....kutip je le...mase tu banyak duit singgit syiling...takla sampai lima ingget. Balun je!

    BalasPadam
  2. saya pom penah kene kak cik..anak2 lah nk sgt..rugikn..geram sgt..kita hasi gegar mesin ni..hehe..

    BalasPadam
  3. salam kakcik.
    .memang pernah terkena pun...duit ditelannya tapi tin minuman tak keluar...memang cepat kaya tauke mesin tu.....

    BalasPadam
  4. Kalau vic la... vic tendang mesin tu... hehehe

    BalasPadam
  5. selalu kena kakcik... geram mmg geram... sng2 je dorang kaut untung
    mcmtu ~

    BalasPadam
  6. tu yg dok lingkop kena hentam dik pelanggan yg tak dapat control ..hee

    BalasPadam
  7. Hello Kakcik, saya ta'pernah masuk duit dalam machine ni....pandai churi duit kita, ha ha.
    Lagi pun, mahal tu minum dari machine.
    Jarang saya dengar machine2 ta'makan orang2 punya duit, barang ta'keluar.

    Sini Coca Cola 24 empat tin saya beli $4.50.
    Kalau minum lagi machine, satu tin $1,00. Cheh!
    Buang duit tu, kan?

    You have a nice day, keep well, Lee.

    BalasPadam
  8. Salam Myri...

    masuk duit, keluo duit ya? Baru berbaloi dengan rasa geram tu kot! :)

    BalasPadam
  9. Salam Sarah...

    kakcik dah kena beberapa kali demi melayan kehendak anak2...

    BalasPadam
  10. Salam ibuintan...

    kakcik terfikir balik, adakah mesin itu rosak dan perlu diselenggara semula. Kalau begitu, mesti banyak juga kos yang perlu dikeluarkan oleh pemilik mesin tu, kan?

    BalasPadam
  11. Salam Vic...

    tendang tu, taklah.. tapi kena goncang mesin tu, memang ya! :)

    BalasPadam
  12. Salam Manje...

    di sebalik untung yang 'mereka' dapat, pasti ada rugi di mana2, kan? Belum masuk bab kena sumpah lagi!

    BalasPadam
  13. Salam LB...

    sipa suruh tuan punya tak pantau mesin tu supaya sentiasa berfungsi, kan? :)

    BalasPadam
  14. Hi U. Lee...

    betul... harga minuman yang dibeli dari mesin itu memang lebih mahal. Wah.. harga Coca Cola itu sampai $19.50 lebih mahal untuk 24 tin? Memang membazir betul kalau beli di mesin, kan?

    Lee, semoga panjang umur dan sihat selalu.

    BalasPadam
  15. kak cik kalau kena 10 org ambikkkkkk kaya lah macam tueeeeeee kan??????

    BalasPadam
  16. Angah : jom kita buat bisnes cenggitu, nak? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com