Dari Kedah, kami ke Perai dan menginap di Pearl View Hotel. Disebabkan BS tak pernah lagi menaiki feri, kami membawanya untuk merasai pengalaman itu.
Suami mengambil kesempatan untuk meninjau Evergreen Laurel Hotel di mana pada bulan November nanti, satu acara akan diadakan di sini.
Hotel ini terletak betul-betul bertentangan dengan laut. Pemandangannya memang boleh memukau pandangan. Walaupun hanya seketika, aku sempat menatap 'adegan yang tak ingin dilihat' yang dilakukan oleh anak bangsaku. Sedih! tak lama di sini, kami pulang ke 'Tanah Besar'. Badan penat tak boleh cakap. Tapi, masih ada agenda lagi - BS mengadu lapar. Kami meneruskan perjalanan untuk makan (dah tak larat nak ambil gambar makanan). Perjalanan kami ini sebenarnya ditemani oleh seorang rakan suami yang lebih tahu tentang selok belok jalan di sini.
Selesai makan, kami balik ke hotel untuk mandi, solat dan tidur.
Pandangan dari Tingkat 13 pada waktu malam |
Pandangan di waktu siang |
Sila ambil perhatian! (bersambung ke bahagian akhir) |
Berjalan makan angin ke Utara memang besttt...!
BalasPadamOps! BS tak pi sekolah yerrrrr...?
wow!bestnya jalan2..
BalasPadamyang paling best tapi belum rasa..naik feri tu...hehe
BalasPadamSalam Azie...
BalasPadamBS tak sekolah pada hari Isnin sahaja. Mak dan ayahnya bagi cuti Agong! ;-) (jangan sampai rosak anak aku dah leee....)
Salam Mizah...
BalasPadampenatnya sampai hari ini! :)
Salam Sarah...
BalasPadamInsyaAllah.. akan sampai nanti tu... Feri tu tak akan ditamatkan perkhidmatannya, kakcik rasa. :)
kak cik gi bercuti lagi ke????? ole2 jgn lupa yerrrrrrrr... hehehe
BalasPadamSalam Angah..
BalasPadamkakcik dah balik pun. Nak singgah Pekan Rabu pun tak sempat! :)