Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kakcik.. tolong....




Baru sahaja aku membuat catatan INI.  Tiba-tiba pagi ini aku menerima panggilan dari seseorang yang telah lama juga tidak menghubungiku.  Dengan ceria aku memberi salam dan bertanya khabar.  Namun, aku terkedu seketika, suara di sana kedengaran sebaliknya.  Ada bunyi esakan.  Dia meminta pertolongan - ingin meminjam sejumlah wang dariku dengan  janji akan melunaskannya semula sebelum Isnin depan!


Terus terang, aku tidak punya wang sebanyak itu saat ini.  10% dari itu pun aku tak punya.  Maaflah, bukan aku tidak ingin menolong - tapi aku tidak mampu.  Aku juga enggan mendesaknya bercerita akan apakah musibah yang menimpa.


Sering juga aku menadah tangan memohon pada Yang Maha Pemurah agar melimpahkanku dengan rezeki agar dapat kukongsikan dengan mereka yang memerlukan.  Tapi, setakat ini aku belum mampu lagi.  Aku percaya dan yakin sepenuhnya bahawa Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diberi kepadaku.







14 ulasan:

  1. amin..semoga rezeki dtg kepada kita ..selepas kita telah berusaha utk memperolehnya..

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik;

    Saya suka part ni...(dlm n3 sebelum nih)

    "tak payahlah bangga dengan pangkal nama yang tak memabawa 'sen' itu kan?"

    Makan dalam tuuuu.... hahahaha...

    Berkaitan n3 ini pula, walau kakcik ada duit atau tidak, tak perlu dilayan, dah la.. lama tak jumpa dan berhubung, sekali call nak pinjam duit..

    apa diorang ingat kakcik nih... Bankers..??? atau AhLong..???

    Errr... kakcik pinjam 10juta... hahaha... amacam...

    BalasPadam
  3. salam mama
    erm...rasanya kalu cheqna di tempat mama..andai ada duit pun cheqna tak mau tolong...tetiba je kol nak mintak pinjam...tak koser cheqna..huhuhuhuhuhuhu
    tak baik kan sikap cheqna ni???tapi gitulah...buat baik berpada2...
    harap mama sihat sokmo =)

    BalasPadam
  4. nampaknya dia betul2 terdesak tu .. tandanya bila kakcik dihubungi setelah sejak lama tidak dihubungi. rasa segan tu dah tak ada akibat kesusahan itu. semoga dia mendapat pertolongan dari orang lain yang lebih berada.

    BalasPadam
  5. salam kakcik,

    kita doakan aja ada orang lain yang akan bantu 'dia'..

    BalasPadam
  6. Salam Sarah...

    iya, rezeki tidak akan datang bergolek andai kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. :)

    BalasPadam
  7. Salam Isa...

    hehehe... faham, ya? Iyalah.. ada orang tak segan silu mengaku kerabat sana kerabat sini, keturunan itu keturunan ini... tapi...... (sambunglah sendiri.. hehehe..)

    10 juta?? kalau nak bina jalan 10 lorong, tak cukup tu - kecuali jalan tu sepanjang 1 - 2km shj! :)

    BalasPadam
  8. Salam cheqna anak mama...

    'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali', kan? Adakah maknanya buat jahat kena berkali-kali tapi tak perlu buat baik selalu?

    Saja mama nak merapu tetengahari ni... :)

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    semoga begitulah... Jangan jadi seorang kawan yang terdesak kerana penyakit yang sendiri cari... konon nak bayar pada kastam/imigresen (macam kes yang keluar kat suratkhabar tu...). Dinasihat tak nak dengar, menangis2 nak pinjam duit....

    Tapi.. rasanya, kawan yang ini, betul2 sedang terdesak - semoga ada yang sudi membantunya.

    BalasPadam
  10. Salam Ain...

    InsyaAllah. Sama2lah kita doakan.

    BalasPadam
  11. Salam...

    Doakan Allah permudahkan urusan dia. Mama kalu tak mampu bantu, mama tolong doakan ajer. Insyaallah.

    BalasPadam
  12. Salam Mama...

    Iya, semoga urusannya dipermudahkan Allah - sesungguhNya hanya pada Dia kita berserah.

    BalasPadam
  13. kak cik,

    pernah situasi yg sama jadi kat sy.kawan nak pinjam duit. mulanya kata nak bayar hjg bulan, last2 berbulan2 jugak.

    peti ais baru boleh beli, nk bayar hutang kita, tak boleh.

    BalasPadam
  14. Salam GC...

    itulah situasi yang tak sanggup dihadapi... sakit mata dan sakit hati sedangkan dengan kita macam2 alasan diberi! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com