Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Ogos 2010

Takut..

Kebelakangan ini ketakutanku semakin menjadi-jadi.  Kadangkala timbul rasa ngeri sampai kalau boleh aku ingin mengecutkan diri (kalaulah boleh..  dah badan macam guni beras 140kg, ada hati nak kecut-kecut bagai...)

Kadang-kadang aku pegang tempat pemegang sebelah atas pintu kereta, macam boleh tercabut benda tu.   Siap dengan mengepitkan kaki seolah-olah memberi laluan.

Apa sebenarnya yang aku takut?  Aku takut dengan penunggang motorsikal.  Anehnya, mereka itu bagai langsung tak tahu takut.  Menunggang motorsikal bagai tiada kenderaan lain di atas jalan raya.  Memotong dengan sesuka hati dari kiri dan kanan.  Membunyikan hon sambil menunjuk isyarat jari yang tak sepatutnya (bukanlah semua penunggang begitu) sambil menjerit seolah-olah kenderaan lain tidak berhak berada di atas jalanraya.  Berkali-kali darahku berderau dan jantungku berdegup kencang bila tiba-tiba 'mereka' muncul di sebelahku (aku duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu).

Berkali-kali juga aku menutup mata, bila mereka tiba-tiba memotong dari sisi terus ke hadapan kereta.  Hanya beberapa sentimeter sahaja jaraknya dari bahagian tepi kereta.  Agaknya kalau aku memandu, harus sahaja terjadi kemalangan ngeri kerana aku memandu sambil menutup mata!

Tidakkah mereka sayangkan nyawa sendiri.  Tidak terfikirkah akan risiko-risiko yang mungkin dihadapi?  Entahlah, hanya mereka yang boleh menjawabnya.  AKU TIDAK MEMUSUHI PENUNGGANG MOTORSIKAL TAPI AKU AMAT TAKUT SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN.

Sayangilah nyawa anda, berhati-hatilah di jalanraya dan ingatlah mereka yang tersayang.

kalau jalan lengang macam ni, bagus juga.. kucing pun boleh tidur atas jalan..



31 ulasan:

  1. salam kakcik

    cheqna dah kalih(biasa) dengan gelagat mat2 motor ni..
    takut gak sebenarnya tapi wat2 berani je =)

    BalasPadam
  2. Salam Cheqna..

    kakcik memang fobia la dengan penunggang yang suka cilok2 ni... :(

    BalasPadam
  3. ain lagi sakit hati dengan mat rempit....

    pernah sekali tu dorang bawak motor dengan gaya menganjing kat kami....

    siap buat aksi ngeri kat tengah2 jalanraya....

    memang tak sayang nyawa betul budak2 ni...

    rasa nak jer gi sekeh pale...

    BalasPadam
  4. saya pon selalu sentap bila bawa kete, pastu kat selekoh tetiba ada motor potong kita huhuhu... syukur tak melanggar diorg... agaknya diorg ni syukur tak saya tak langgar diorg eks...

    BalasPadam
  5. Salam Ain..

    bila berlaku kemalangan, nanti senang2 salahkan kenderaan besar, tapi mereka menunggang tak 'hengat', ziq zaq sesuka hati. Kita yang tengok pulak yang ngeri. Mereka selamba badak je - bangga agaknya dengan aksi2 yang mengundang maut tu. :(

    BalasPadam
  6. Salam Mila..

    kat selekoh pun mereka berani memotong tiba-tiba. Kita pulak yang 'menjajau' tekan brek. Buat orang yang terkejut/melatah, pergi tekan minyak - bukankah menjadi bala? Lepas tu mereka boleh memandang kita sambil membebel marah. Aduhhhh....

    BalasPadam
  7. salam kak cik
    apa lagi jom la jadi macam angah naik motor kereta apa lagi...jadi ikan pekasam elak jem hehehe

    BalasPadam
  8. salam kakcik
    selalunya pemandu yang tak hengat ni jenih yang muda2, naik moto sorang2.. yang bawak bini/anak/makbapok selalunya menten bawak emergency lane jer... :)

    BalasPadam
  9. Salam Angah..

    ha.. Angah jangan nak merempit. Ingat sikit kat gegirl tu.. :)

    BalasPadam
  10. Salam Aanas..

    bab bawa anak ni satu lagi. Kakcik pernah terserempak dengan penunggang yang bawa anak (mungkin baru tadika budak tu), letak kat belakang. Nak peluk pinggang penunggang tu pun tak sampai. Kalaulah budak tu mengantuk, atau pun tergesel sikit, tidakkah mengundang bahaya? Setengah tu pulak, bawa anak tidak dipakaikan topi keledar. Ish! :(

    BalasPadam
  11. Yang pernah mengalami kemalangan macam Pak Nidus ni lagi takut. Bacalah apa yang patut sebelum naik kenderaan..semoga Allah melindungi kita.

    BalasPadam
  12. Salam Pak Nidus..

    kakcik juga pernah kemalangan. Sekali waktu balik kerja. Sedang menaiki motor bersama suami, tiba2 ada tali yang membelit tubuh kakcik menyebabkan kami terpelanting. Syukurlah kakcik tidak cedera teruk. Suami pun tidak apa2. Tali itu datangnya dari pekerja yang hendak mengikat barang di atas lori. Sewaktu dia mencampak tali, kebetulan kami lalu. (Macamanalah tali itu tercampak sampai ke tengah jalan?)

    Sekali lagi, kena sondol dari belakang. Masa tu, tidaklah kami berada di tengah2 jalan. Menunggang di lorong tepi. Tapi, pemuda itu memandu dengan laju. Tahu2 motor lepas ke depan, penunggang dengan pembonceng terlentang atas jalan! :(

    BalasPadam
  13. kakcik, mmg bahaya2 sesetengah penunggang motor nih. kadang kadang tu dimaki nyer kita ni mcm motor dia lagi besar daripada kereta kita yang besar ini. haish.. hati hati lah kakcik yerk.. take care..

    BalasPadam
  14. Salam Rina..

    memang betul apa yang Rina katakan itu. Bukanlah nak berbangga ita naik kereta dan merak menunggang motor. Mungkin mereka juga ada kereta cuma malas nak bawa. Bawa motor boleh 'cilok2' tapi janganlah sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain juga, kan?

    BalasPadam
  15. betulla teww eksiden namanyer.. kita je hati2 orang len x hati2 kannns..

    BalasPadam
  16. Ada pemandu kereta berhemah, dan ganas..

    Begitu juga pemandu motosikal. Yang merempit tu yg buat orang naik darah tuh.

    BalasPadam
  17. Salam en_me..

    kadang2 kita hati2, orang jantung2.. ornag hati2, kita pulak macam tak ada hati.. hehehe.. 2 x 5, 5 x 2..

    BalasPadam
  18. Salam Azie..

    ada juga pemandu kereta yang aduhai... mengucap panjang dibuatnya.. sesuka hati potong Q, tak bagi signal, membelok... boleh sakit jantung dibuatnya...

    BalasPadam
  19. Patutnya penunggang motosikal yang berani mati ni hantar mereka kat Gaza... suh berperang... at least kalau mati... mati syahid... idak le mati katak...

    Pesanan ni pernah diberi pada adik vic gaks... hehehehe

    BalasPadam
  20. kakcik,
    saya pun takut ngan mat2 motor ni..
    pernah di jalan Bukit Putus, mat2 motor ni potong memotong di selekoh tajam tu, lastnye seorang penunggang tiba2 salah lap trus masuk bawah tayar treler..
    betul2 sebelah kereta suami, bergulung mat rempit tu antara 4 tayar, pecah berkecai kepalanya,
    nasib baik masa tu suami yg drive, itu pun saya mengigil sampai Seremban..

    BalasPadam
  21. sbb tu diorg yg ramai mati kat atas jalan raya..

    BalasPadam
  22. acu pun phobia dgn diaorg nie..bila sekali keta acu "dicium" oleh mereka sampai skrg phobia nye belum hilang...huhuhu

    BalasPadam
  23. Salam Vic..

    alang2 dah tunjuk berani, baiklah pergi berjihad, kan? :)

    BalasPadam
  24. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..

    eh.. dah depa tak betul, takkan kita pun nak jadi tak betul sama.. x baik tau... :)

    BalasPadam
  25. Salam Ibuintan..

    kalau kakcik terlibat dengan hal macam tu, memang tak boleh bernafas la kakcik jawabnya. Sedangkan baru bergesel pun, kakcik dah kelam kabut cari 'inhaler' sebab sesak nafas!

    BalasPadam
  26. Salam Mizah..

    x tahu nak sayang nyawa dan tubuh badan, kan? :(

    BalasPadam
  27. Salam Acu..

    kalau dah kena sekali, fobianya boleh bawak sampai ke mati..huhuhu... :(

    BalasPadam
  28. nak jalan lapang macam tu, kena tunggu cuti raya tu kak cik

    BalasPadam
  29. Salam KOG..

    cuti raya nanti boleh menari gelek kat Jalan TAR! :)

    BalasPadam
  30. mostly tarak otak... gagal pmr pun boleh dapat lesen motorsikal.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com