Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Ogos 2010

Menjelang Ulangtahun Kelahiran..

Sering aku ditanya..
'suami bagi apa?'
'makan-makan di mana?'
'bercuti ke mana?'

oh!
suamiku bukan jutawan
tidak juga hartawan
syukurlah dia bukan penghidap sawan


perlukah hadiah-hadiah mewah?
romantiskah bila dihadiahkan bunga?
bagiku itu semua tidak kuperlukan
kerana aku tahu had dan batasan


syukur bagiku
bila kasih suamiku tidak berubah
bila dia masih tidak silu bertemankan aku

andai diberi beg tangan yang harganya beribu
ke mana agaknya hendakku gayakan
wartawan mana hendakku panggil
untuk beri kenyataan
untuk apa kubawa ke sana ke sini
andai isinya hanya syiling sekupang dua

di rumah pun aku boleh makan dengan selesa
tanpa kek dan lilin yang menyala
tak pernah rasanya aku berduka
kerana sedari dulu hidup kami begini saja

bercuti itu bukan setakat menghindar kerja
bukan juga untuk bermuka-muka
nampak ceria namun hati bersalut duka


duduk bersantai berdua
atau dengan ditemani anak-anak teruna
bersenda sambil gelak ketawa
cukup untuk membuat hati teruja....



40 ulasan:

  1. betul tu kakcik
    yang penting kita bahagia walau tak punya wang berjuta
    selamat menyambut ulangtahun kelahiran untuk kakcik =)

    BalasPadam
  2. Salam Cheqna..

    apa ertinya ditimbun dengan kemewahan andainya jiwa terdera, kan?

    BalasPadam
  3. Salam Yan..

    terima kasih.. belum lagi sebenarnya.. baru menjelang sahaja (pra - bak kata orang sekarang) :)

    BalasPadam
  4. salam,

    andai dapat,
    hadiah beribu ringgit,
    kat blog ni kakcik leh update...

    Selamat hmenyambut hari lahir di ramadhan almubarak...seiring kemerdekaan negara.

    BalasPadam
  5. Salam Myri..

    suamiku bukan jutawan
    hendak menghadiahkanku intan berlian...


    Terima kasih atas ucapan. :)

    BalasPadam
  6. Salam kakcik

    huhu... nak nangis.. bersyukur kita kan, sebab Allah bagi hati yang sentiasa cukup dengan apa yang ada, tidak meminta2...

    BalasPadam
  7. Salam Aanas..

    Alhamdulillah, syukur - kita masih ada 'bermacam-macam' yang mungkin tiada pada orang lain. Bila memandang ke bawah, kita akan insaf bahawa ada yang melata dan mungkin terpijak oleh kaki kita sendiri. Tapi, kalau kita memandang ke atas, kita akan merasakan betapa kerdilnya diri kita...

    BalasPadam
  8. salam ramadhan kak cik

    miss uu lah angah cakap sama uuu lama tak singgah blog nie.. angah ada masalah tak dapat elakkan soo hari ini angah singgah gak hehehe tak pedulii hehehe..

    ooo apa yg di kata betul tue??

    BalasPadam
  9. Happy birthday in advance yer..

    setuju dengan kakcik.. tak perlulah kita bandingkan apa yg org lain dpt, bersyukurlah dengan apa yg Allah kurniakan kepada kita. kekadang kita dok mengejar sesuatu yg kita tak kan dapat, dah berciciran apa yg dikendong barulah kita sedar yg apa yg ada pada kita lebih dr cukup untuk kita.

    BalasPadam
  10. Salam Ramadhan Angah..

    harapnya apa juga masalah yang Angah hadapi, akan segera terlerai dan Angah dapat 'berlegar-legar di maya ini' seperti sebelum ini. :)

    BalasPadam
  11. Salam Mila..

    terima kasih. Syukurlah dengan apa yang kita ada, kan? Kata orang, dunia ini semakin kita kejar, semakin jauh ia lari - tapi, kematian sentiasa dekat dengan kita. Semoga kita 'kembali' nanti dalam keadaan sempurna dan bersedia. InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. salam kak cik..

    semoga akan terus berbahagia dan menerima kehidupan ini seadanya...

    BalasPadam
  13. Salam Ila..

    InsyaAllah. Syukur dengan apa yang ada. Saat kakcik rasakan selimut kakcik tak cukup tebal untuk melindungi diri dari kedinginan, kiranya ada orang yang tidur tanpa pakaian yang secukupnya untuk menutup tubuh.

    BalasPadam
  14. bagi saya..dengan ucapan pun dah cukup..hadiah tu bonus jer.. :)

    yg paling penting kasih sayang suami isteri kekal sampai syurga dengan cinta-Nya :)

    BalasPadam
  15. Salam Firuz..

    kalau ada, Alhamdulillah. Tapi, terus terang, suami kakcik bukan jenis yang suka bagi hadiah berdasarkan sesuatu tarikh. kalau dia ingat nak bagi waktu dia ada rezeki lebih, bila-bila masa saja dia bagi. :)

    Yang penting, dia sentiasa ada terutama saat kakcik memerlukannya. :)

    BalasPadam
  16. salam kelahiran..semoga kakcik berbahagia di samping suami ya

    BalasPadam
  17. Selamat Hari Lahir Kakcik

    Semoga terus diRahmati Allah... Bersyukurlah dgn kasih sayang yg tiada sempadan kerana itu yg akan memberi kebahgiaan

    BalasPadam
  18. Salam sahrom..

    Alhamdulillah, setakat ini tiada apa yang hendak dikesalkan. :)

    BalasPadam
  19. Salam KZ..

    terima kasih untuk doa. Syukurlah, Dia telah mengurniakan suami yang baik untuk kakcik dan ayah yang baik buat anak-anak. Semoga kasih sayang itu berpanjangan ke akhir hayat kami. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  20. kakcik..
    kemewahan bukan segalanya..
    yg penting keikhlasan hati dia kan...
    dan penting sekali dia menjadi suami dan ayah yg baik utk kita dan anak anak..
    itu sudah cukup membahagiakan...

    BalasPadam
  21. Salam Kakzaa..

    Alhamdulillah.. semua orang mengidamkan hidup yang senang lenang, kan? Tapi kalau cukup 'makan pakai' serta tidak ditimpa bencana atau kesakitan yang melampau pun sudah dikira rezeki. Ada orang yang lebih susah, bila kita fikir kita susah. Dengan berfikiran begitu, kita akan akan selalu bersyukur. Betul tak? :)

    BalasPadam
  22. saya pun setuju dengan gaya kakcik. tapi tidak pula membenci orang yang sambut dengan cara yang berlainan. biarlah. masing ada citarasa sendiri.
    asalkan kita bahagia dengan cara kita dan tak kacau orang. kan ?

    BalasPadam
  23. salam dan selamat berkenalan kak cik...

    menarik betul sajak ulang tahun ni...bravoooo....

    BalasPadam
  24. Salam Kanda AL..

    catatan kakcik tu, catatan orang yang 'tidak berada'. Kalau orang berada, lain caranya. Ikut kemampuan masing2, kan? Asal jangan sampai menimbulkan rasa riak dan 'rasa besar' sampai melupakan Yang Maha Besar, sudahlah. :)

    BalasPadam
  25. Salam Sarah..

    selamat berkenalan. Biasa sahaja - nukilan insan naif yang bernama kakcik. :)

    BalasPadam
  26. fa pernah jugak makan dibawah cahaya lilin...berdua...terasa romantik...tapi bukan masa anniversary...masa tak de api (letrik) hehehee...

    BalasPadam
  27. Salam Pn. Sri Fa..

    waaa.. lomentik gituuu.. tak kisahlah apa pun alasannya... :)

    BalasPadam
  28. Salam Mizah..

    terima kasih. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  29. nie pra-anniversary ke kakcik???
    hehehehe...apa yg penting ada lah doa semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat :-)

    BalasPadam
  30. Salam Acu..

    pra ualngtahun kelahiran kakcik yang menghampiri setengah abad, sebenarnya. Terima kasih kerana mendoakan. :)

    BalasPadam
  31. selamat menyambut hari lahir kak cik...

    selamat berpuasa

    BalasPadam
  32. Salam Amy..

    terima kasih.

    Selamat Berpuasa untuk Amy dan Mr Hubby juga. :)

    BalasPadam
  33. ..Ku bukan seorang cendiakawan
    Yang dapat mendidik seribu insan...

    Selamat Hari Lahir Kakcik.

    BalasPadam
  34. Salam Pak Nidus..

    terima kasih. Tak apalah bukan cendikiawan asal jangan jadi cendawan - walaupun ada yang liat, tapi kememeh! :)

    BalasPadam
  35. Salam kakcik
    Hepi besday to you. Semoga kakcik sentiasa ceria dan sihat sejahtera.

    Setuju dgn pantun2 kakcik tu. Kehidupan ringkas lebih manis, lemak dan berkrim, kekdahnya.

    BalasPadam
  36. Salam CS..

    terima kasih untuk ucapan dan doa.

    Ala.. kakcik merapu je tu.. kekdah 'orang tak punya'..hehehe... :)

    BalasPadam
  37. Selamat Ulangtahun KAKCIK. Semoga yang terbaik buat KAKCIK sekeluarga, semoga terus berbahagia..

    Menerima seadanya dengan hati terbuka, itu lebih bahagia.

    BalasPadam
  38. Salam Azie..

    terima kasih untuk doa.

    Redho dengan apa yang ada adalah kunci untuk rasa bahagia, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com