Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 Ogos 2010

Pejabat Tabung Haji, Putrajaya

Ops.. lambat aku buat catatan hari ini.  Bukan sebab nak tayang cek yang nilainya beberapa ringgit kat bawah tu.  Sebenarnya, tadi aku ke Pejabat Tabung Haji di Putrajaya atas sedikit urusan.  Jauhnya sampai ke Putrajaya?  Di Kuala Lumpur tiada Pejabat Tabung Haji ke?


 

Aku suka berurusan di Tabung Haji Cawangan Putrajaya ini kerana urusannya cekap dan cepat.  Para petugas di kaunter pun sentiasa bermuka manis.  Aku harus menyatakan pujianku terutamanya kepada Pn/Cik RIMA MELATI yang sentiasa tersenyum sama ada semasa berurusan dengan pelanggan mahupun ketika menanti kedatangan pelanggan.  Semasa duduk di kerusi menunggu, aku sentiasa memerhatikan petugas-petugas di situ menjalankan tanggungjawab mereka.

Setiap petugas juga tersedia sarung tangan hitam di sebelah mereka.  Setiap kali berurusan dengan pelanggan berlainan jantina, mereka akan menyarungkan sarung tangan tersebut di tangan sebelah kanan.  Tujuannya supaya senang memegang tangan pelanggan untuk urusan cap jari.  Sebelum ini, ketika berurusan di kaunter cawangan lain (mungkin semua cawangan lain telah menggunakan prosedur yang sama - cuma aku yang ketinggalan kerana telah sekian lama tidak berurusan di kaunter) mahupun di kaunter bank contohnya,  para pelanggan dibiarkan terkial-kial menurunkan cap jari sendiri.  Bila tersilap atau tidak menepati apa yang dikehendaki, akan nampaklah muncung ikan todak atau rengusan halus dari bibir petugas kaunter tersebut.

Alangkah bagus sekiranya semua petugas di mana-mana kaunter mencontohi sikap dan layanan mesra para petugas kaunter Pejabat Tabung Haji Cawangan Putrajaya ini.


**** kepala tengah sakit.  Tergigil-gigil ambil pcm 2 biji - satu jatuh atas lantai.. telan satu sahajalah.. :(



28 ulasan:

  1. kat bank selalu nampak hak muncung2 tu...


    p/s:kak...rest banyak2 yek...

    BalasPadam
  2. Salam kakCik
    Kalau petugas kat mana2 tempat buat kerja mereka kerana Allah, pasti hidup kita sebagai pelanggan lebih ceria.

    Pil yang jatuh tu tak dpt diselamatkan ke??

    BalasPadam
  3. Mimi..

    kalau senyum mesti menarik, kan? Semua orang pun jadi senang hati. :)

    p/s.. dah bawa tidur, bila bangun lagi berdenyut pulak sebelah kiri kepala ni...

    BalasPadam
  4. CS..

    sebagai pelanggan, kita pun tak kedekut untuk memuji dan memberi penghargaan bila hati kita disalut ceria. :)

    Pil yang jatuh tu sedang 'mengubatkan' En Tong bin Sam anak Pah.

    BalasPadam
  5. Kakcik tak shopping ke kat Anjung tu? Saya kalau pi sana, mesti beli sesuatu - kerepek, asam dan kerap juga dapat baju kurung siap hehe.

    BalasPadam
  6. salam kakcik,
    saya pun amat puas hati dengan layanan petugas Tabung Haji cawangan K. Pilah, mesra pelanggan dan murah senyuman, sejuk je hati bila berurusan...

    BalasPadam
  7. Salam Aida..

    sempat juga 'sambar' sebalang kuih bangkit dan sebekas putu (koye) kacang - beli sebab Suami suka makan. Terbang juga RM30.00.

    Tengok juga baju2 yang tergantung (sementara tunggu kereta datang jemput) - tapi tak ada saiz laaaa... :( (sebenarnya tak duit pun sama!)

    BalasPadam
  8. Salam ibuintan..

    bila petugas kaunter 'mesra rakyat' memang pelanggan akan sejuk hati. Tapiiii.. tak semua petugas kaunter murah dengan senyuman dan layanan mesra. Kena hantar kursus kot? :)

    BalasPadam
  9. salam..atas bos, kak..klu bos mesra, anak buah pasti mesra

    BalasPadam
  10. Salam sahrom..

    bergantung pada individu juga. Bos duduk dalam bilik, orang tak nampak. Yang duduk kat kaunter sentiasa berhadapan dengan orang ramai.. :)

    BalasPadam
  11. kat tempat saya pon diorg pki sarung tgn..bagus!jauhi fitnah

    BalasPadam
  12. Bagus Kak Cik,
    Kebanyakan org jarang bercerita ttg yg elok tapi kalau yg buruk mmg laju je cerita....

    Patut perkhidmatan contoh spt ini dicontohi sektor KERAJAAN yang lain.

    BalasPadam
  13. kira banyaklah duit dari nuffnang tu, sampai kakcik masukkan ke dalam TH.

    BalasPadam
  14. kak cik...

    **** kepala tengah sakit. Tergigil-gigil ambil pcm 2 biji - satu jatuh atas lantai.. telan satu sahajalah.. :(

    (pcm) itu paracetamol kah?. better go to clinic tau....

    BalasPadam
  15. muncung dek nak cuti tak dapat..
    jika muncung panjang sgt saran kerja di Penjara..

    BalasPadam
  16. Hamizah..

    Alhamdulillah. Semoga kesedaran itu akan jadi ikutan. :)

    BalasPadam
  17. Vic..

    Yang baik itu elok kita war-warkan agar orang lain boleh menjadikannya sebagai contoh. Kalau adalah orang Tabung Haji membaca catatan kakcik ini, ini adalah penghargaan dari kakcik yang bukan siapa-siapa. :)

    BalasPadam
  18. Kanda AL..

    eh! ke situ pulak..(^_^).

    Cek tu masih ada dalam beg kakcik. Pergi kemaskinikan akaun anak-anak sahaja. :)

    BalasPadam
  19. imanamani..

    ya, paracetamol. Tak sempat nak ke klinik pun. Balik kerja tadi, lepas masak, ke Banting jemput Angah. Kepala makin sakit sampai termuntah-muntah (terpaksa berhenti tepi jalan). Tapi, saat menaip ni - Alhamdulillah, dah makin ringan rasanya.

    BalasPadam
  20. Zeq..

    kalau musim hujan, elok buat tempat sangkut baju! ;-)

    BalasPadam
  21. KAK CIK... bukan senang nak jumpa kaunter-kaunter sebegitu.

    Dan jangan tak percaya, ada juga petugas kaunter lelaki yang pandai merungut dan muncung... huh tak padan.

    BalasPadam
  22. Kakcik,
    Saya jarang jumpa yg sombong jika berurusan kaunter..kadang tu siap sembang lagi.
    kakcik kurang tidur kot sebab tu senang dapat pening. rest cukup - cukup.

    BalasPadam
  23. Salam Kak Cik,

    dah malam baru sampai..

    rehat secukupnya kak.


    saya pernah tegur staff di pos malaysia yang masam muka tapi dia buat dek aje..

    kita pulak rasa tak selesa bila tengok air muka yang keruh tu..

    BalasPadam
  24. Azie..

    memang ada petugas kaunter lelaki yang bersikap sombong dan ndah tak endah - entah apalah yang ada dalam fikiran mereka yang bersikap begitu, ya?

    BalasPadam
  25. Salmi..

    hati pun senang kalau berurusan dengan mereka yang tidak sombong, kan?

    Kakcik ni dah gemuk sangat agaknya. Itu yang senang sangat penyakit nak datang. (^_*)

    BalasPadam
  26. Reen..

    kakcik pun pernah tegur petugas M*d*n
    yang bermuka masam. Kakcik kata, kalau letih - rehat sebentar, jangan tunjuk muka masam denga pelanggan. Hehehe.. memandai2 je kakcik, kan?

    BalasPadam
  27. Pn. Dr..

    tak masyuk dan tak keluar.. hehehe.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com