Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Ogos 2010

Cek pertama dari Nuffnang

(harap-harapnya bukan  yang terakhir).  Biarpun jumlahnya tak banyak, bolehlah setakat nak beli Selipar Jinjang Jepun.  Terima kasih Nuffnang. (^_^)





44 ulasan:

  1. kak cik.. bg ler tengok angka disebaliknya tuh hihihi :-)

    BalasPadam
  2. Mila..

    ala.. tak berapa ringgit je.. seganlah. Orang lain boleh dapat ribu riban sebulan, kakcik nak kumpul beberapa ringgit tu, makan tahun! :)

    BalasPadam
  3. Reen..

    kalau setakat nasi lemak RM1.50 sebungkus tu, bolehlah.. :)

    BalasPadam
  4. Zeq...

    uish.. tak sampailah ke angka tu...(v_v)

    BalasPadam
  5. LB..

    terima kasih. Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi jengah blog kakcik dan klik kat iklan yang ada sini.

    BalasPadam
  6. tahniah kakcik,
    merasa juga, sikit2 dulu lama nanti boleh lak beli kereta Jepun..

    BalasPadam
  7. macamana nak dapat cek tu. kongsi la dengan IM. kut-kut boleh tumpang jadi kaya sama...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wbt
    Ingatkan teman ndak ngendeng2 ler kokcik, ngorat pun iya jugak kot2 buleh hilang buat hilang kecor dimulut. Isyyy biler dipikiyor balik, teringat kenkawan teman kate,`Weh! oghang Kuale ini cikoih orgnya, ate orghang leghah Paghit pule cikei orgnya! Ye ke?

    BalasPadam
  9. ibuintan..

    sekarang pun pakai kereta jepun.. tapi belum habis bayar lagi.. :)

    BalasPadam
  10. Pn Sri..

    buat beli kuih raya sebalang pun tak berapa lepas! :)

    BalasPadam
  11. IM..

    dapat cek tu melalui 'penebusan' dari akaun nuffnang yang kakcik pasang iklan kat blog ni. Tapi itulah, blog picisan macam blog kakcik ni tak ramai orang datang, jadi taklah banyak hasil dari iklan tu. Yang penting kakcik dapat banyak kawan. :)

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Yop..

    ghase teman oghang kuale idokle secikoi oghang paghit yang deme kate 'genggam tak tighih' tu. Tetiba teghingat pulok kat bekas tunang teman oghang paghit tu.... ih ih ih... (^_*)

    BalasPadam
  13. Salam kakcik..

    Tahniah ..
    w/pun sikit,
    tapi duit jugak kanns..

    BalasPadam
  14. salam kakcik
    bila dpt cek@duit tak kira bnyk manapun dah kira seronok kan...

    BalasPadam
  15. Kak Cik, tahniah!

    Tapi rasanya kita semua faham, blogging bukan untuk mencari wang, lebih kepada kepuasan diri.

    Kalau dapat duit, itu dikira bonus.

    Menulis secara jujur dan berkongsi ilmu dan pengetahuan itu lebih penting.

    Semoga Kak Cik tidak jemu menulis dan happy blogging!

    BalasPadam
  16. Salam Ida..

    orang kata 'rezeki jang ditolak, musuh jangan dicari'...hehehe.. :)

    BalasPadam
  17. Sdr. MAS..

    terima kasih. Betul tu. Berblog ini lebih kepada 'bercakap dengan diri sendiri'. Apa yang kita rasa, itulah yang kita curahkan. Orang suka atau tidak, bukan masalah kita sebenarnya. Dalam pada itu pun, kakcik tetap berhati-hati agar tiada 'yang terguris tanpa sengaja, tercalar tanpa sedar'. tapi, iyalah.. hati orang bukan dapat kita baca.

    Apa2pun, bagi kakcik yang penting, kakcik dapat ramai kawan tanpa mengira latarbelakang dan status.

    Bagi yang sudi meninggalkan komen, memang sangat2 kakcik alu2kan. Tapi selepas sekali dua atau tiga empat kali, kakcik tengok komen itu hanya 'untuk memperlekehkan', kakcik tak akan teragak2 untuk 'menggugurkannya'.

    pssstttt.. Sdr faham maksud tembakan kakcik tu, kan??? kerana ramai yang telah menjadi rengsa..

    BalasPadam
  18. KAKCIK.. tahniah. Tumpang gumbira.

    Agaknya lepas tak selai tudung raya.? Ahaks!

    Terus menulis sehingga dakwat habis! heheheh taip di PC guna dakwat? alahaiii....:)

    BalasPadam
  19. Azie..

    kalau tudung ARIATU tak lepas kottt.. Tapi, kalau tudung yang kakcik biasa pakai, bolehlah dapat 4 - 5 helai (^_*)

    Yaaa.. terus menaip sehingga papan kekunci jem.. lalalala... :)

    BalasPadam
  20. alah, apasal nak rahsia² kak gelapkan amount tu... kita tak mintak belanja punya, hihi... :)

    BalasPadam
  21. tahniah. boleh lah pergi lagi ke Sabah.

    saya belum pernah lagi dapat .. kenapa agaknya ya ?

    BalasPadam
  22. KOG..

    sebab jumlahnya ciput. Kalau banyak, bolehlah tunjuk (dasar riak.. hehehe..) (^_^)

    BalasPadam
  23. Kanda AL..

    adoii.. nak bayar bagasi pergi balik pun tak lepas!

    Kanda dah buat penebusan ke? :)

    BalasPadam
  24. en_me..

    kayolah beberapa hengget sebelum miskin beberapa hengget semula.. :)

    BalasPadam
  25. sayapun dah dua kali claim...sekali 50.00...2X = 100.00...pastu masuk iklan mangga...dia kata pengguna yang tidak setia...sayapun buangla nuffnang tu...

    BalasPadam
  26. kak cik...belanja..belanja...agegegegege

    BalasPadam
  27. hehe..rahsia sungguh amount nye..takut kene lanjer kami la ni kakcik..ye tak? hehe

    BalasPadam
  28. Myri..

    setakat ini kakcik hanya masukkan iklan dari Mr Nuff sahaja. Nak juga cuba ManggaAds tu.. tapi, maleh yang banyaknya. :)

    BalasPadam
  29. imanamani..

    jom.. nak jumpa kat mana? :)

    BalasPadam
  30. Pn. Dr..

    belum cukup untuk beli cap En. Boye.. :)

    BalasPadam
  31. Baby..

    ala.. kalau setakat nak banjer eskrem, tak ada masalah punya! :)

    BalasPadam
  32. Acu..

    hehehe.. tuko ke syiling 50 sen, boleh dapat banyak gak tu. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com