Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 7 Ogos 2010

Nasi Lemak TPCA

Pagi ini keluar bersama suami.  Melalui Warung Pasembur Utara yang keluar di rancangan JJCM, TV3 tu.  Rupa-rupanya aku dan suami telah beberapa kali makan di situ tapi tak pernah ambil tahu nama warung tersebut.  Aku suka makan mi rebus di situ.  Tujuan kami pagi ini, sekali lagi ke Medan Selera, Hospital Kuala Lumpur (Stadium TPCA).  Sementara menanti nasi lemak yang dipesan untuk anak-anak,  kami makan dulu....
 cuma RM3.20 sepinggan.

Di gerai ini, cuma ada lauk daging/sotong/telur.  Ayam tiada disediakan.

 beratur menanti giliran.  Kalau masuk JJCM ni, 
mesti lagi ramai yang bertumpu ke sini.

Dari TPCA, kami menuju ke Jalan Masjid India untuk bertemu dengan rakan kami sekeluarga (semasa program Integrasi Nasional ke Sarawak dulu, kami menumpang di rumah keluarga ini . Malangnya, kehadiran mereka di Kuala Lumpur selama seminggu hanya baru kami ketahui petang semalam dan mereka akan balik ke Kuching hari ini).  Masuk pula ke Restoran Yaseen untuk sarapan.  Ampun.. aku tak mampu lagi mengisi perut.
Cikgu Bolhi hadir ke Kuala Lumpur untuk menerima Ijazah Sarjana 
di UM hari Selasa lepas.
 Keluarga Cikgu Bolhi.

Dari Jalan Masjid India, kami Ke Pasar Chow Kit untuk membeli bahan masakan. Kemudian, singgah sebentar di pejabat suami.  

Sekarang duduk depan pc ni sambil fikir nak masak apa..

8 ulasan:

  1. Salam Kakcik
    Masak apa hari nih?

    *berbisik* suami kakcik kerja bernas ya? My abang pernah kerja situ tapi now dah pencen.

    BalasPadam
  2. Salam CS..

    tak masak punnnnnnnnn... hehehe... (^_*)

    *berbisik juga* ya... pencen lagi 4 tahun++. Abang CS tu siapa namanya?

    BalasPadam
  3. laaaaa kakcik duk lama sangat ke depan pc tadi sampai tak jadi masak...
    simpan je bahan yang dibeli tadi dalam freeze tu, sokgi pikir lagi masak apa..

    BalasPadam
  4. ibuintan..

    tadi kakcik beli nasi lemak enam. bungkus. sampai sekarang, masih ada dua bungkus atas meja. Hero-hero tu belum nak makan lagi. Malam ni nak pergi kenduri kahwin pulak. Esok sahajalah baru masak. :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,

    lama sungguh tak pergi TPCA tu.. tempat laluan masa kecik2 dulu. Dari keramat ke chow-kit (tempat mak berniaga)


    tetiba rindu pulak nak makan nasi.. huhuhu...

    BalasPadam
  6. Salam Reen..

    masih 'berpantang' makan nasi ya? Kuatnya semangat Reen. Kakcik ni, pantang jumpa je! :)

    BalasPadam
  7. sedapnyer... tingin nk gi jugak.

    wahh!!! keluarga cikgu bolhi melawat KL ker? Terasa rindu pula nak dgn Sarawak. hehe

    BalasPadam
  8. Cyana..

    Cikgu Bolhi menerima Ijazah Masternya di UKM. Dah datang tu, dia bawa sekali anak isterinya. Datang Sabtu lepas, balik hari ini. Mungkin tahu Abg Bob sibuk, Affandy baru bagitahu semalam ttg kehadiran Cikgu Bolhi (adiknya) tu.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com