Kawan-kawan kakcik

Selasa, 24 Ogos 2010

Hari ini nak masak apa..

Dah penat jadi naga.. baru terfikir juadah untuk petang ini.  Sekejap sahaja hampir separuh Ramadhan berlalu.  Malam ini malam ke 15.  Alhamdulillah, masih diberi waktu untuk mendekatiNya (huhuhu... kenyataan orang baru sedar dari lamunan terhenti).  Tengoklah nanti, apa agaknya rezeki yang akan terhidang.

Ini di antara lauk yang terhidang dua hari lepas :
tenggiri masak sambal


sup sayur

Tengahmalam tadi menerima kejutan dari adik angkatku yang bersusah payah membuat kek cawan sebalik balik dari kerja (berkejar dari Kepong - Taman Bukit Jalil - Taman Kencana - Gombak) dan kemudian menghantarnya ke rumahku.  Terima kasih Ummie.



yang sibuk makan ialah Budak Sepet dan Bangcik



p/s : semoga Allah memberi keampunan atas segala dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku dan dosa-dosa seluruh ahli keluargaku.  Ya Allah, bimbinglah kami yang lemah ini ke jalan yang Kau redhoi.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.



24 ulasan:

  1. kalau ikan tenggiri goreng pun dah sedap kan....

    happy birthday kakcik....

    moga sentiasa dibawah rahmat dan lindung allah selalu....

    BalasPadam
  2. salam kakcik
    dah birthday ke masih pra ni??
    hehehe
    cheqna ucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE...
    MOGA KAKCIK DIBERKATI ILLAHI..DIKURNIAAN KESIHATAN YANG BAIK..SERTA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SENTIASA..AMIN..

    BalasPadam
  3. amboi2 kak cik anak berselera tul makan ye.. hehehe

    BalasPadam
  4. Alaaa KAKCIK... cawan tu ada berdozen dozen. Setakat si Sepet dan Bang Cik, tak abih nyer. heheheh

    Petang ni masak Mee Kari ler Kak Cik..

    BalasPadam
  5. Salam Ain..

    ikan tenggiri goreng + sayur + sambal belacan, nasi pulak panas2 = boleh berpeluh weh! :)

    Terima ksih untuk doa. Semoga Ain juga ceria selalu. :)

    BalasPadam
  6. Salam Cheqna..

    hari ni kakcik dah 49 tahun (orang tua yang masih berhati muda...)

    Terima kasih untuk doa yang dititipkan. Semoga Cheqna juga akan sentiasa gembira dan dikurniakanNya dengan pasangan yang menggembirakan. ;-)

    BalasPadam
  7. Salam Angah..

    budak-budak tengah membesar.. :)

    BalasPadam
  8. Salam Azie..

    memang berangan nak buat mee kari.. tapi, tunggu hari cutilah kot. Ramai sikit bila berkumpul anak-beranak, adik-beradik, baru meriah. :)

    BalasPadam
  9. ari nie acu berbuka di Bangi Golf Club...dah tak pening pala nak pikir apa yg nk di makan...hehehhee

    BalasPadam
  10. Salam Acu..

    kakcik tak boleh nak berbuka di luar, selain dari memikirkan kos....kena juga fikirkan gerabak yang dibawa. :)

    BalasPadam
  11. salam kak cik..

    ikan tenggiri masak sambal kegemaran amy tue kak..sedapnya la

    BalasPadam
  12. Salam Amy..

    bolehlah Amy masuk lauk tu petang ni, kan? :)

    BalasPadam
  13. salam kak cik...

    ni sapa pya besday sebenarnya nih..itu budak sepet dia semangat lebey makan itu cupcakes lah...hahhha


    kak cik..buat sambal sotong... sayur kacang buncis goreng... ikan kembung goreng... ok dak ???

    BalasPadam
  14. Salam my dear KakCikS:)

    Happy Besday KakCikS
    Moga akak dianugerahkan kesihatan yang baik
    Dimurahkan rezeki..& diberkatiNya selalu..
    Moga segala kebaikan mendatangi KakCiks yang disayangi selalu...:):):):)

    BalasPadam
  15. salam Ila..

    budak sepet tu memang macam tu.... Apa2 dia mesti didahulukan. :)

    Wah.. Menu yang Ila sebutkan tu, mengancam juga tu. Kena nasi panas pulak...

    BalasPadam
  16. Salam Tinie Sayang..

    terima kasih untuk doa. Semoga Tinie juga dikurniakanNya dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak outus. :)

    BalasPadam
  17. wahhh.. sodap tu.. bukan main layan lagi bebudak yek

    BalasPadam
  18. birthday dalam bulan puasa, banyak barokahnya tu...

    BalasPadam
  19. tengok anak2 makan pun kita dah kenyang kan kak ..

    BalasPadam
  20. Salam Reen...

    memang betul. Kalau mereka tak lalu makan, kita pulak jadi susah hati. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com