Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Ogos 2010

Cerita aku

Ada seorang perempuan (aku pun seorang perempuan, tapi perempuan dalam cerita ini selain aku adalah seorang perempuan lain).  Kunamakan perempuan ini sebagai WANITA.  WANITA adalah perempuan biasa seperti aku.  Tapi, biasalah.. setiap kejadian Tuhan, ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Kelebihan WANITA, dia amat peramah (tidak seperti aku, yang suka menyendiri kalau tak ada hal yang memerlukan aku bersikap ramah).  Aku tak tahu, apa sebenarnya yang membuatkan WANITA selalu tak puas hati dengan aku.  Ada saja perlakuanku yang menyakitkan hatinya (kalau tidak masakan dia sentiasa mengambil peluang menyindirku) walaupun saat itu aku hanya duduk diam-diam di meja tempat aku selalu membancuh air.  Walaupun kerjaku sebagai pembancuh air, tapi aku bukanlah pengampu.  Aku tidak akan menghantar air yang telah siap dibancuh ke meja bos-bos, semata-mata untuk menarik perhatian mereka akan kewujudanku.

Walaupun WANITA bukan seorang pembancuh air, tapi beliau sanggup membancuh air dan menghidangkan sarapan pagi bersama kuih untuk bos.  Tak apalah, mungkin beliau ikhlas melakukannya tanpa mengharapkan apa-apa.

Yang aku tak faham, kenapa WANITA suka sangat melukakan hati dan perasaanku.  Dalam seminggu, entah berapa kali aku memendam tangisan dalam senyap.  Bila aku suarakan pada suami, pesannya cuma satu  'jangan sesekali bergaduh di tempat kerja.  Kalau bergaduh, saya tak akan hantar awak lagi.  Saya malu nanti orang kata  isteri saya kaki gaduh'.  Berpegang pada kata-kata (amaran) suami, aku telan sahajalah kata-kata sinis yang dilempar kepadaku tanpa menjawab apa-apa.  Kalau sewaktu muda dulu dan masih bujang, mungkin juga aku akan bertengkar - dan diakhiri dengan limpahan airmata.

Berbalik kepada WANITA, mungkin kadang-kadang dia perasan dengan wajah mendungku.  Maka dia akan berkata dengan lenggok manjanya, 'apa yang saya cakap, hanya keluar di mulut dan bukan dari hati.  Habis di situ saja, saya tak simpan apa-apa di hati'.  Aduh... senangnya bemain kata.  Mungkinlah dia tak simpan di hati.  Tapi dia ulang di bibirnya saban hari kata-kata yang merenggut tangkai hatiku ini. 

Aku tahu, aku bukan manusia sempurna.  Kelemahanku ada di sini sana.  Kalau betul ingin menegur kesilapanku, tegurlah dengan ikhlas.  Bukan dengan menyindir dan memberitahu pada orang lain di sekeliling bahawa langkah yang kuatur adalah pincang, suapanku ke mulut sendiri sememeh di bibir dan bersepah keliling pinggan.

Kini aku agak lega.  Aku dan WANITA tidak lagi di tempat yang sama.  Aku tak perlu lagi hendak berpura-pura ceria sedangkan hakikatnya di hatiku ada ombak yang sedang menggila.

Pagi ini aku beremosi sehingga tak silu mengalirkan airmata bila lukaku diguris semula.





36 ulasan:

  1. mula-mula tadi saya nak jawab macam pakar kaunseling tapi di hujung cerita masalah dah selesai dengan sendirinya.

    BalasPadam
  2. Kanda AL..

    kalau jawab pun tak apa. Boleh saya jadikan panduan di masa akan datang. :)

    Tapi.. macam suami saya kata, 'tak rugi kalau bersabar'.

    BalasPadam
  3. betul kata hubby kak cik...tak rugi kalau berssabar....

    BalasPadam
  4. mmg x rugi klu brsabar tapi klu hari2 dok brjumpa dan sakit telinga mendengarnya mana boleh tahan kakcik.
    kat opis zue pun ada spesis mcm ni..tapi kami lwn..gaduh2 lah peduli apa. kita x kacau dia..

    BalasPadam
  5. Alimaz..

    cuma, perkataan sabar tu senang disebut tapi tak senang hendak dilaksanakan. (^_^)

    BalasPadam
  6. Zue..

    memang sakit hendak bersabar tu. Tapi, selagi kakcik ingat pesan suami, kakcik teruskan kesabaran itu dalam kesakitan. :)

    BalasPadam
  7. kesian...pagi-pagi dah berasap...macam aku kat sini :

    http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/2010/04/baru-je-baca-yaa-sin-ngan-murid-tahun-6.html

    BalasPadam
  8. Myri..

    jenis asap yang tak nampak api ni lagi bahaya... :)

    BalasPadam
  9. sabar tu kan bnda paling simple nk sebut tapi paling payah nk buat...takat mana mampu....kdg2 sndiri tak ley jwb..sb tu jgk lah sabar tu jdi sebahagian dari cabang iman.

    leceh ngn spesis manusia suka ckp sindir2 ni..

    BalasPadam
  10. baby..

    betulkan? dari sindir2 tu lebih baik cakap terus terang je.. nak jawab pun senang!

    BalasPadam
  11. kakcik,
    wanita tu rakan sekerja je, tapi saya pulak ngadap wanita juga tapi boss....
    sabar yang dah tak tersabar jadinya

    BalasPadam
  12. ibuintan..

    siapapun WANITA itu, kita doakan agar mereka akan sedar segera. Memang sakit nak sabar lama2.. :)

    BalasPadam
  13. kak,

    elok juga akak bersabar masa tu.. ada hikmahnya kan..

    biarlah dia, asalkan tak mengusik periuk nasi kita.

    BalasPadam
  14. KakCik
    Hari nih kita macam sama perasa'an aje? hehe.. takpe.. kita ceria2kan hari kita dengan makan makanan kesukaan kita..mcm cekodok pisang ke??

    BalasPadam
  15. Reen..

    kakcik harap dia pun bahagia di tempat barunya tanpa mencari mangsa baru. :)

    BalasPadam
  16. Cik Som...

    cekodok pisang??? kakcik sukaaaaa.. tambah kalau panas2 - makan berbuka nanti sedap gak tu. Tolong buatkan, boleh? (^_^)

    BalasPadam
  17. kak cik...

    sabar banyak banyak ok...

    cumanya..kalau kena pada saya..rasanya dah kena lempang laju laju WANITA ituuuu.... hihihihihi

    BalasPadam
  18. en_me...

    hehehe.. lelakisss pun ada juga berperangai macam ponpuansss tau... :)

    BalasPadam
  19. imanamani..

    wah boleh tahan garang tuuuu... :)

    BalasPadam
  20. kakcik

    sabar itu manis sebenarnya.....

    BalasPadam
  21. cheqna..

    iya.. kalau kita tahu menghargainya. :)

    BalasPadam
  22. ermmm..hebatnye dugaan kakcik di tmpt keje yer..nasib baik WANITA itu dah tak de..

    tp saya pun selalu amek pendekatan diam jer kalau ade manusia yg mulut mcm longkang konon hati baik..

    agaknye wanita2 baik mcm kita ni selalu jd mangsa ketidakpuasan wanita lain..hehe..

    BalasPadam
  23. Firuz..

    kakcik taklah kata kakcik baik. Mungkin kakcik yang terlebih perasan, itu sebab ada orang nak 'cuit2'. Macamana pun, kalau sebut pasal WANITA tu, sampai sekarang kakcik boleh menangis dibuatnya. huhuhu...

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah dah x ngadap dia lg kak...
    sabar itu ada hikmahnya :D
    moga akak ceria selalu

    BalasPadam
  25. salam my dear sis..KakCikS:)

    Alhamdulillah...
    kiranya akak tak lagi mengadap WANITA tu ekk:):)
    Sabarlah kak ekk..
    selagi kita tak buat pe2 salah..selagi kita tak buat sakitkan hati sesiapa...itu dah memadai..
    Biarlah mereka dgn dosa2 kering !!aduhaii..

    BalasPadam
  26. Lili..

    Alhamdulillah. Tapi sesekali mesti dia teringatkan kakcik, kan? Kakcik pun bila disebut namanya (macam pagi tadi), terus teringat. :)

    BalasPadam
  27. Salam Tini Sayang..

    dan semoga juga tiada lagi WANITA lain yang bersikap sepertinya. :)

    BalasPadam
  28. satu dugaan jugak nak menghadapi wanita yg bermulut pedas dgn pertuturan yg berbisa.. kalau setiap hari duk menghadap, boleh tergugat kesabaran.. tapi alhamdulillah .. kak cik dah setempat dgn dia...

    BalasPadam
  29. Uda...

    Alhamdulillah.. berkat kesabaran selama bertahun2, akhirnya kini semua bagai disapu angin. :)

    BalasPadam
  30. fenin, fenin, kejap pompuan, kejap wanita...heheheeee...so, kiranya dah selesai la ye...cuma dalam proses mengubat diwi sendiwi kan?

    BalasPadam
  31. Pn Sri..

    sama je.. sebenarnya...pompuan, WANITA dot dot dot.. hehehe...

    biarlah kurawat hati yang lukaaaa.. eceh... :)

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum wbt
    Ate kokcik bknnya tak peikak hati ompuan. Entah ape ke sebenornya deme ndak, kita pun X tahu. Adeeee je seknika benda yg X kene dr hei2 se kecik ghenit sampei le ke besor manjang. Ghalibnya org laki ni lekeih2 mati sebab nyemedang bebenor menyighap daghah dek mencecet x ghenti2. Bila ckp kang, mule le juihkan molot, kate kite nyimpan ompuan. Ate kalo dibiyorkan, inile ghopenya...

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam Yop..

    itu yang teman tak paham tu. Kalo kata teman ni 'menjentik' dia ke.. teman jelin dia ke.. ada jugele alasannya tak gemo kat teman. Ini ngalohkan teman ngaco laki dia pulok. Semeeee tak kena. Ih .. letih otok nok mikiokan..

    BalasPadam
  34. salam kakcik!

    bak kate omputeh.. what goes around comes around! ini hr dia buat akak, esok2 mane tau org buat dia cenggitu pulak.. bior die ghase! (teman oghang peghok juge)

    BalasPadam
  35. Salam AzeedA..

    biarlah dia dengan dunianya.. tak kose doh teman nok mikiokannye! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com