Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Ogos 2010

Berbuka Puasa - Sabtu dan Ahad.

(Ini adalah catatan untuk menunjukkan blog ini dan tuannya masih 'hidup' walaupun ilham hampir mati!)

Sabtu :

Berbuka puasa bersama keluarga, bapa dan adik perempuanku yang datang bersama anak-anaknya.  Suaminya tidak ikut serta kerana berbuka bersama anak-anak yatim. 

Menu Utama :  Nasi ayam

Menu Sampingan : Roti Sardin dan agar-agar bodoh (itu sebab kena makan)

Air :  Sunquick Ice Blended, Teh O Panas dan Sirap

(tiada gambar sebab chef tak kuasa nak jadi jurugambar sambil memasak -  alasan sahaja - sebenarnya, dah agak jemu mengambil gambar!)

Ahad :

Berbuka bersama keluarga, bapa dan adik lelaki bongsu yang datang bersama isteri dan anak-anak.

Menu Utama :  Nasi putih bersama sup ayam, pajeri terung, ayam percik (beli), sambal tempoyak, sambal nasi ayam (dibuat khas atas permintaan bapa), ikan pekasam goreng, daun salad sebagai ulam.

Menu Sampingan :  Roti Sardin (Budak Sepet suka sangat nak tolong buat), kebab (beli), roti john lennon (beli) dan nasi kerabu untuk Lokman (beli).

Air :  Teh O Panas, Air Soya (beli) dan Sirap.


tengok tangan Budak Sepet yang bangga sangat menunjukkan Roti Sardin yang dia tolong buat...


18 ulasan:

  1. salam kakcik..sihat hari ni??
    besh kan berbuka ramai2??

    BalasPadam
  2. Salam en_me..

    Mudah2an kemeriahan itu menimbulkan keselesaan. :)

    BalasPadam
  3. SalaM Cheqna..

    Alhamdulillah... kakcik pun sihat. Semoga Cheqna juga begitu. :)

    BalasPadam
  4. salam kak chik,
    makan besar nampak..

    BalasPadam
  5. Salam Mizah...

    biasa2 sahaja.. cuma makan beramai2.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Kak Cik,

    Paling bezz bila berbuka ramai2.
    lebih-lebih lagi bila lauk-pauk faveret ada..


    tak sabar tunggu hujung minggu ni..

    BalasPadam
  7. Salam Reen...

    memang seronok bila dapat berkumpul.. hilang rasa penat... :)

    BalasPadam
  8. salam kak chik, ktia sejak hari jumaat lepas, nak buka macam tak bernafsu je, kalau boleh cuma nak makan kurma/buah/minum air dan tidur... tapi takut pulak sakit, jadi paksa jugak diri makan

    BalasPadam
  9. Salam KOG..

    dua tiga hari kebelakangan ini, kakcik berbuka dengan minum teh o, kemudia terus solat Maghrib. bila orang semua dah makan, baru kakcik makan - senang nak mengemas.. itu pun, kalau makan nasi dengan sejenis lauk sahaja.. :)

    BalasPadam
  10. sedap nye pekasam..di makan pula dengan nasi panas...terliur nye...hohoho

    BalasPadam
  11. Salam Acu..

    memang sedap bila dimakan dengan nasi panas. :)

    BalasPadam
  12. salam,

    selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  13. salam kakcik,

    sup ayammmm..... sama la kita...

    hehehe....

    selamat menyambut merdeka kakcik...

    BalasPadam
  14. Salam Myri...

    selamat hari raya - InsyaAllah sebelas hari lagi.. :)

    BalasPadam
  15. Salam Ain..

    dah buntu nak masak apa - dahlah hari2 ayam je!

    Selamat menyambut hari kemerdekaan. :)

    BalasPadam
  16. salam kak cik
    wah..wah.. kak cik menu besar nampak

    BalasPadam
  17. Salam Angah..

    mana ada besar.. kakcik je yang besar! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.