Hmmm.... gara-gara tak nak dengar cakap mak. Mak kata, jangan minum air tebu atau air tembikai. Tambah-tambah lagi bercampur ais. Tak dibeli, merengek-rengek. Menangis-nangis. Sudahnya, waktu sahur tadi batuk tak berhenti tanda diserang semput. Bagi ubat batuk dan sedut ventolin baru lega.
Lepas Zuhur tadi, bawa Budak Sepet ke Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru. Masuk sahaja ke Jalan Daud, dah mula sesak. Takkan baru pukul 2.15 petang, orang dah berpusu-pusu membeli belah?
oooo.. rupa-rupanya ada pembahagian bubur lambuk
bubur lambuk hari ini ditaja oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
Dah alang-alang lalu, kami pun singgah mengambil sama bubur tersebut. Kemudian terus ke HPAI. Setelah berjumpa doktor, Budak Sepet disuruh ambil nebulizer.
Sementara menunggu, sempat juga aku ambil gambar periuk untuk masak bubur lambuk ni. Ini, kalau msukkan Budak Sepet pun muat ni...
Rezeki itu Allah yang beri. Walaupun ada bubur percuma, peniaga bubur lambuk tidak pula terbiar begitu sahaja. Ada saja pembeli yang datang. Alhamdulillah.
Selesai urusan di Hospital, kami 'pusing-pusing' dulu, ikut kehendak Budak Sepet. Singgah pula di restoran...
Beli satu dua jenis lauk dan terus balik. Selalunya kalau hari cuti, wanita bekerja macam aku akan ambil kesempatan untuk masak macam-macam. Tapi, hari ini aku rasa kurang rajin nak masak. Esok, kalau adik-adikku datang berkumpul untuk berbuka di rumahku, barulah aku akan merajinkan diri untuk memasak. :)
Gambar Selingan : Sesiapa yang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan ternampak kepala paip ini, tandanya anda berada tidak jauh dari rumahku.
makin sepet mata Budak Sepet bila pakai nebs.
BalasPadam.
kita selalu nampak kepala paip majik tu!!!
yeay!!!
BalasPadamfirst!
harap budak sepet cepat sembuh
BalasPadamkakcik
sya selalu ter"lalu" dipaip besar tu.
doc
wah 1st yo..tak aci...nak jugak. ;p
Pn Dr..
BalasPadammemang dah bertambah sepet sebab pipinya makin naik! :)
Pn Dr lagi..
BalasPadamwah pestaim at pespelez tu... TAHNIAH.. (^_^)
lupa lak.. nampak tak umah kita sekali? ;-)
Salam Kakcik
BalasPadamCian budak sepet. Habis tu dia puasa ke tak? (sori kalau soalan nih cam naif aje, hehe).
P/S: Tangkas betul doktor kita tu ek? Bolot no. 1 n 2. Wah3.
Sya..
BalasPadamInsyaAllah.. dah boleh main beskal tu - ok la tuuu... :)
Dah nampak tu... koling le kakcik, boleh singgah amik mangga. :)
Sya nak nombor siji kenalah tunggu depan pc/leptop! :)
Salam CS..
BalasPadamdia tetap puasa. Nebs tu tak membatalkan puasa (setahu kakcik yang daif dan naif juga ni..) :)
Pn Dr tu pinjam sayap serangga yang kat rumah dia tu.. ;-)
salam kakcik, singgah ni, lama dah tak menjengah. Kakcik sihat ye....dan harapnya budak sepet pun dah sihat juga..
BalasPadamDulu masa gi SA. memang lalu situ ,tak silap saya ada satu signboard besar gambar lelaki mancho berdekatan dgn kepala paip tu..kan kakcik. Anak saya memang xcited giler nampak kepala paip tu.
BalasPadamTapi sekarang kita dah lalu ikut Batu caves masuk DUKE.
hehe.. sian budak sepet tuh, mmg ssh kalo bebudak merengek kan, ssh nk tolak permintaan..
BalasPadamrehat ye sepet syg ngeeee
Salam Kak Cik,
BalasPadamkekeke...
kalau muat si sepet periuk tu, Angah lagilah muat..
wah..nanti boleh saya calling2 tiba situ.. dokek yo pandan indah tu..
ada lagi ke mangga feree tu ?
KAKCIK > Kepala paip besar tu hari-hari Azie leh nampak, time MRR2 jem gilos... tambahan skang ni ada jalan baru nak bukak tepi taman rumah saya tu.
BalasPadamSaya pun baru balik dari masak bubur lambuk beramai-ramai tadi. Besttt...!
kalau di kg laman IM, panggil kanji. kalau dulu yang ambil kanji ni budak-budak sebab orang gtua malu nak beratur. sekarang ni orang tua terpaksa beratur sebab anak-anak lebih suka lepak tempat lain...
BalasPadamKami sekeluarga suka makan bubur lambuk. Kalau yang free lagi sukeee
BalasPadamkesian si adik sepet... haih!!! tu la degil tknk dengar ckp mak.. cubit tinga sket. haha. tp best la dpt mak ayah yg rajin melayan kerenah anak2. hehe
BalasPadamSalam Annie..
BalasPadamtak apa.. kakcik tahu Annie sibuk. InsyaAllah kami sihat. Semoga Annie sekeluarga juga dalam keadaan sihat sejahtera. :)
Salam Salmi..
BalasPadamgambar lelaki tu dah tak ada. Kalau lalu tu, singgahlah ke rumah kakcik. :)
Salam Maiyah..
BalasPadamAlhamdulillah, dia nampaknya dah ok.. hmmm.. anak2, macam2 ragamnya. Semoga Maiyah juga sihat dan ceria selalu. :)
Salam Reen..
BalasPadamada nombor kakcvik, kan? Kollah nanti. InsyaAllah, mangga tu ada. Datanglah. :)
Salam Azie..
BalasPadamMRR2 tu jarang sangat tak sesak. Tambah sekarang ni ada kerja-kerja pelebaran jalan kat situ.
Azie masak bubur kat mana? :)
Salam IM..
BalasPadamha ah.. kat kampung kakcik dulu pun, orang panggil KANJI.
Budak2 sekarang, disuruh beratur - mereka SEGAN, jadi orang tualah yang kena ambil. :)
Salam Aida..
BalasPadamkalau kita duduk dekat, boleh kakcik tolong ambil dan hantarkan ke rumah Aida. Kat rumah ni, budak2 lebih suka makan nasi. :)
Salam Cyana..
BalasPadamtu la pasal. Semalam Along dia tanya 'nak air tebu lagi tak?' Cepat dia jawan 'tak nak'. :)
Dah namanya anak bongsu.. Abang2nya pun dah tak nak mengikut.. :)
salam kakcik,
BalasPadammacam manalah kakcik boleh bayangkan adik sepet boleh muat dalam periuk tu, kretif la kakcik ni, nasib baik kakcik tak suruh adik sepet duk bergambar dalam periuk tu....
Salam ibuintan..
BalasPadamhehehe.. budak sepet tu memang selalu membuatkan kakcik 'geram'. Kadang2 rasa nak gigit2 je. Nak gigit abang2nya semua dah lebih besar dari kakcik! Terfikir juga nak suruh dia masuk dalam periuk tu, nanti tak pasal2 kena hambat pulak dengan taukeh bubur lambuk tu... :)